Saturday 30 June 2012

BERJAUHAN DENGAN SUAMI - SEMINGGU


Salam hujung minggu...
Kat FB ramai yang tak online. Maybe sibuk berehat or jalan2 dengan family. Aku pun... Ingat kau aje? Ekekekeke.... Tadi pagi buat sarapan bihun. Tapi terlebih air, bihun lembik sikit. Tapi sedap! Licinnn....

Tengahari kami keluar jalan2. Ke situ, ke sini, ke sana. Then beli pau kat makcik tu. Balik terus goreng minum dengan teh panas. Satu paket 16 biji, ingat nak goreng separuh, tapi encik suami suruh goreng semua. Katanya setakat 16 biji tu ape lah sangat. Tapi betul, dalam masa 15 minit aje mengadap, kesemua 16 biji pau habis! Oh... Kami ni kaki makan rupanya...

ini pau kacang merah
(duk main teka2 dengan kawan2 fb, sume duk pikir cekodok)

Tapi makan tak rasa apa2. Susah hati, makan tak lalu. Ekceli encik suami naik pangkat. So, dia kena pi kursus hari Isnin ni kat PD. Esok la kena gerak pagi2. Seminggu. Satu, aku takut tido sorang. Dah lah tengah panas isu hantu tu. Kedua, kemungkinan besar dia kena transfer ke Melaka pulak. 

Apa pun, tunggu aje lah keputusannya... Harap2 tak jauh2 sangat. Tahniah for my hubby... Rajin2 kerja ye cari rezeki untuk kita :)

p/s : belum puas nak memanja, dah kena berjauhan... aduhhhh....

Salam Sayang,

Friday 29 June 2012

NASI AYAM KAMI


Salam Jumaat...
Memandangkan hari ni cuti, dalam jadual hari ni kena bergotong-royong. Dah siap solat subuh tido sekejap, then bangun buat sarapan. Basuh baju, jemur, kemas2 rumah. Then tiba2 suami dapat panggilan dari kawan dia yang duk dekat Kelantan nak mai singgah. So, bincang punya bincang depa maybe sampai lepas jumaat. Jadi kami suami isteri kena cepat2 siapkan lunch untuk kami dan mereka juga. 

Punya duk pikir nak masak apa, tapi yang paling senang, Nasi Ayam. Bahan2 dah ada, simple, tak perlu banyak2 lauk pauk. So, bergotong-royong lah kami menyiapkan lunch. 

Inilah rupanya sedikit sebanyak yang perlu ada dalam masakan Nasi Ayam. Yang part ayam tu, bukan hangus okey... Hehehe, Tapi sebenarnya memang terrrrhangus sikit. Sibuk goreng sambil potong timun, sampai lupa. Dah bagitau siap2 kat En.Suami, ini bukan hangus, tapi memang style orang Kedah buat ayam macam gini. Ekekekekeke...  (resipi ayamnya dari kak Lydia Miza)

Thanks suami sayang, walaupun banyak main kat dapur, tapi banyak membantu. Semoga sikap awak yang suka membantu walaupun banyak main tu berkekalan sampai bila2. Hidup ceria selaloooo kan? kan? kan?

p/s : sedang menanti tetamu datang and makan sekali. lapoooo.....

Salam Sayang,

Thursday 28 June 2012

KENAPA POLIS TAK PAKAI TALI PINGGANG KELEDAR?



Tali Pinggang Keledar a.k.a Seatbelt!

Hari ni aku nak cakap mengenai benda diatas. Kalau sapa yang rajin baca paper Berita Harian, topik sekarang ni yang hot pasal benda alah tersebut. Tapi diorang bukan mempertikaikan kenapa kena pakai seatbelt tapi apa yang mereka pertikaikan ialah :
"kenapa petugas kereta peronda penguatkuasa (polis) tidak memakai tali pinggang keledar sedangkan mereka mengeluarkan saman kepada pemandu awam yang tidak memakai tali pinggang keledar!"
Walaupun aku ni dikatakan bukan berpihak pada parti pembangkang, tapi aku jugak sering mempersoalkan kenyataan di atas. Kenapa? Kenapa? Tapi aku tak nak MEMPOLITIKKAN isu ni. So, harap isu ni tidak DIPOLITIKKAN. Sebab time kena saman tak ada pun polis tanya kau orang UMNO ke BN ke PAS ke PKR ke BERSIH ke ape kann?? So, tak payah nak politik sangat la!

So, kat sini aku nak share sedikit sebanyak info yang aku terima dari salah seorang kawan. Sumber baik punya! Bukan omong kosong cakap tanpa bukti…

UNDANG-UNDANG!!
Kalau ikut undang2 sedia ada, KAEDAH2 KERETA MOTOR ( Tali Pinggang Keledar) 1977 [ P.U. (A) 321 ] Ianya mewajibkan pemandu dan penumpang2 kenderaan bermotor memakai tali pinggang keledar. Berkuatkuasa sejak 1 JANUARI 1979 lagi. Tapi pada 1978, Seksyen 7 (a) Keselamatan Tali Pinggang [ P.U. (A) 378 ] dikuatkuasakan. Seksyen ini memberi pengecualian kepada sesiapa yang berada dalam kenderaan polis, tentera, bomba dan ambulans untuk pakai tali pinggang keledar! Pengecualian diberikan hanya kepada anggota polis kereta peronda dalam tugas kawalan VVIP untuk memudahkan mereka melakukan pergerakan sekiranya berlaku kecemasan!

Ada faham?

Cuba bayangkan kalau kamu, kamu dan kamu ni petugas kereta peronda then terserempak dengan incident tembak menembak or something yang kecemasan/kelam kabut la, so benda tu sangat menyukarkan mereka untuk bertindak pantas. PDRM tak bekalkan anggotanya pakai senjata berat cuma pistol yang terletak kat pinggang mereka. So, jadi masalah if something bad happen okey? So mereka diberikan pengecualian. Harap maklum.

Lagi satu, dah  buat salah tu kena la saman. Tak perlu menyalahkan orang lain dengan kesalahan yang kau buat. Tali pinggang bukan untuk kepentingan pihak mana2 tapi untuk keselamatan kau, kau dan kau jugak. Tak perlu nak pertikai kenapa aku kena,  kenapa dia tak kena? Let say if kau, kau dan kau tak pakai seatbelt, dan aku pun tak pakai. Then berlaku kemalangan, kau, kau dan kau mati tapi aku tak mati. Takkan kau nak pertikai pada yg Pencipta kenapa kau mati tapi aku tak mati???

Jelas?

p/s : Pakai la seatbelt, spupu aku eksiden, tgk kereta konpem org kata dh mati. Tapi dia hidup cuma limpa hancur, kena buang sebab xpakai seatbelt, dada terhentak pada stereng. Ramai org kata kalau dia pakai seatbelt, insyallah dia boleh kuar keta sambil sapu tapak tangan. Apa pun semuanya kuasa Allah s.w.t


Salam Sayang,

KEK KARAMEL ABI ABI


Hari ni rasa sangat ceria. Kenapa? Sebab tadi dalam 15 minit sebelum waktu kerja tamat, suamiku sms mintak aku buatkan Kek Karamel macam hari tu. Then aku mulanya rasa malas nak buat dan aku mintak dia sediakan bahan2 kalau betul2 nak. Aku bagitau resipi ada dalam laci kat kabinet dapur. Then dia kata dia sanggup!

Hah, aku mintak dia sukat gula 70 gram sebanyak 3 bekas serta blend kasi halus dan asingkan telor putih dan kuning. On da way aku balik, dia call cakap dah siap. So, sementara aku nak sampai rumah, aku mintak dia putar dulu telur putih untuk meringue tu. Sampai umah dah kembang dah.

So, aku pun ape lagi. Tengok dia macam minat je nak buat. Kasi arahan. Masuk itu, kacau ini, campur itu, campur ini. So, 70% kek karamel ni En.suami yang buat. Walaupun dia banyak main2. Tapi so far so gud! Lihatlah hasilnya...

Kek Karamel Abi Abi (dia yang kasi nama). So lepas ni dah tak wujud nama kek karamel dalam rumah ni, tukar pada KEK ABI2. Kek batek pun laki aku boleh tukar nama kek belut. haishhh... Ade ke kek batek jadi kek belut! Gara2 dia kena prank kt opis dulu, dh lekat nama tu smpai ke hari ni.





Gud job sayang! Lenkali dah boleh buat sendiri dah... Hahahaha...


p/s : Entry ni aku buat semalam. Tapi tak publish sebab semalam aku publish entry yg sebelum ni. Takkan nk publish dua2 sekaligus ye dak? Layan je lah!

Salam Sayang,

Wednesday 27 June 2012

DAH 3 MINGGU



Tengahari tadi Tuan Haji datang ke opis aku. Saja menjenguk katanya. Memandangkan aku ni kenal rapat dengan dia time kerja kat opis lama, dia pulak jenis cepat mesra, jadinya sembang pun sengal2 aje. Dia memang suka menyakat aku. Dan datang tadi terus masuk opis cari aku.

'Haaaaa... Pengantin baru... Dah tak baru sangat dah kau ni... Amacam malam pertama, beres?'

Nak pecah gelak aku dengar soalan dia. Dalam banyak2 soalan, itu yang dia tanya. Senget kan? Aku sengih2 aje, malas nak layan orang tua tu.

'Dah brapa la kau kawin eh?'

'Dah masuk 3 minggu kot'

'Haa, si Pasya Sandha tu nikah 2 minggu dah ngandung, takkan kau dah 3 minggu tak ade lagi?'

Huishhh... Hebat gak orang tua tu bergosip. Ingatkan dia tak layan gosip2 hangat macam tu... Tapi aku bab2 ngandung2 ni aku malas nak amik port sangat. Dah serik kena marah aritu. 

'Belum ada rezeki lagi la aji...'

'Mana kau tau xde rezeki? Kau dah cek?'

Haihhh... Dah la suara dia tu kuat bergempita. Kalau korang nak tau macam mana dia punya tone, korang bayangkan Chef Wan yang cakap camtu. Gitulah! Sebijik! Grrr... Satu opis boleh dengar... 

'Alaa.. Kalau ada, ada la tu..'

'Ni, kau pegi farmasi, beli yang rendam dalam urine tu. Tak mahal pun. Beli 5 ke 6 ke, cek tiap2 minggu. Mana la tau kot2 ada...'

Eh eh... Pandai pulak dia nak ajar aku kan. 

'Eh nanti kan... (nada bisik) kalau kau cek dah ngandung, senang la pegi klinik. Pastu buat2 pening sikit, dapat mc, boleh rehat kat rumah. Rugi kau datang keje. Duk umah rileks aje rehat. Ada peluang amik la... Bile lagi... Bukannye kalau kau tak datang keje profit turun. Maintain aje... Orang bijak buat mcm tu la...'

Erkkkk!!! Macam tak caya pulak yang Boss Besar aku ajar buat macam tu. Hahahaha... Tapi kalau kat opis lama, kalau bab cuti dia memang tak kisah dan pemurah. Tapi, aku takkan buat kot ape yang dia ajar tu... Huhuhuhu... Macam pelik aje kan...

Salam Sayang,

KAMI SUKA MAKAN


Assalamualaikum,

Semalam lepas maghrib terus keluar beli barang2 dapur. Tempat pilihan utama tak lain dan tak bukan SABASUN HYPERMARKET. Memang tempat beli barang dapur sejak awal2 datang sini lagi. Tak sesak, berpatutan, dan pemiliknya melayu xpasti, Islam semestinya. Tapi agak banyak jugak barang2 yang kita nak tapi tak ada kat situ. Sebab pasaraya ni boikot barangan dari Israel.

Dah penuh troli, balik la, dan singgah makan malam. Menu malam ialah NASI GORENG AYAM BEREMPAH. Sedap sampai licin aku makan. Nasi goreng banyak halia, sos cili byk bawang putih. So, rasa 'berangin' je time nak tido semalam... Hehehe. 



p/s : thanks sayang kenyangkan perut ai. esok2 boleh la singgah lagi.


p/s : rasa mcm kuar dating aje malam td ehek!! :p

Salam Sayang,

Tuesday 26 June 2012

PETUA MENAMBAT HATI SUAMI


Megoogle, so ternampak satu petua untuk menambat hati suami. Biasalah pengantin baru, macam2 usaha la nak cari nak tambat hati suami. Tapi dah lama2, mana petua, mana nasihat pun tak diendahkan. Sebab dah pro... Hahahaha... Juz nak share apa yang aku dapat...


p/s : pesanan awal2, untuk bacaan 18 tahun ke atas sahaja!


Menjaga mulut suami.
Menjaga makan minum suami. Kalau boleh masak lah dengan air tangan sendiri. Elakkan membeli lauk di kedai. Walaupun tak berapa nak sedap, usaha pasti berjaya. Nak seribu daya, tak nak seribu dalih. Macam aku, kadang2 masak, kadang2 beli. Bukan berdalih, tapi tak sempat. Hehehe...

Menjaga kemaluan suami.
Memastikan kemaluan suami mendapat 'makanan' yang secukupnya. Islam mengharamkan dan melaknat isteri yang menolak ajakan suaminya untuk berjimak. Ada hadis juga yang menyuruh isterinya melayan suami walaupun sedang menunggang unta.

Ketika haid atau pantang bersalin, kebanyakan isteri tidak melayan nafsu suami. Ada juga dikalangan suami yang mempunyai nafsu yang agresif yang mahu nafsunya dilayan ketika waktu itu, maka wajib juga isteri melayan nafsu suaminya dengan cara tidak melakukan jimak tetapi melayan kemaluan suaminya. Lakukan la apa sahaja asalkan air mani suami keluar tetapi haruslah ingat, haram jika berjimak dan memasukkan melalui dubur! Dan haram juga jika suami mengeluarkan air maninya sendiri tapi suatu ibadah jika isteri yang mengeluarkannya.


Maksudnya, nafkah batin. Errr... Errr... Aku... Errr... Banyak kena belajar lagi :p So, no komen.

Menjaga minat suami.
Jangan menentang minat suami. Tapi cuba untuk meminati minat suami. If suami suka tengok bola, macam suami aku, errr cuba2 lah tengok bola sekali dua. Buatkan air ke, buatkan makanan ringan ke. Tak payah nak marah2 tukar siaran lain. If kita berkompromi dengan suami, mesti suami pun boleh berkompromi dengan kita. Bukan POLIGAMI okey!!! 


Ingatlah wahai isteri, hanya isteri yang taat kepada suami Allah akan mengizinkan memasuki syurgaNya melalui mana2 pintu!!




p/s : segan jugak aku baca entry mcm gini.....hahahhahaha... 


sumber : Laman Emjay

5 JAM SAHAJA?



Lepak.
Aku nak cakap pasal lepak sekarang ni. Dulu, sebelum kawan baik aku mengandung, hujung minggu kami selalu kuar pi makan. Tujuan keluar bukan sebab nak pi makan, tapi nak menyembang. Makan fries pun boleh makan masa selama 3 jam! Errr... Tengok, sambil sembang pun aku boleh makan 2 jenis sekaligus. Makan fries, makan masa. Hebatkan... Kau ada?

Sekarang, kawan baik aku mengandung, so laki dia tak kasi la kuar tanpa husband disisi. Sayang bini la katakan. Tapi kalau kami sembang, memang tak cukup masa 3 jam tu. Mulut tak berenti. Cerita macam2. Habis cerita baru rasa lega. Luahan, pendapat, mengumpat, bergosip, semua ada!

Itu aku. Lepak seminggu sekali. Amik masa hanya 3 jam!

Lain kisah pulak dengan suami aku. Katanya sebelum kawin, dia lepak tiap2 hari. Kuar nak pi makan malam, lepak sampai kadang2 lewat pagi. Biasalah, bujang. Kalau duk rumah tak ada apa jugak.

Bila dah kawin, jadi serba salah. Dia tak nak keluar, tapi yang kawan duk ajak2 sampai datang rumah jemput. Kalau tak keluar, konpem kena sembur. Mentang2 dah kawin, nak melekat dengan bini 24 jam. Kalau dia keluar, aku kat rumah sorang2. So, kata suami aku, awal2 ni tak boleh drastik sangat kalau tak keluar terus. So, slow2.

p/s : Tahukah mereka bahawasanya kami suami isteri hanya bertemu muka sehari anggaran cuma 5 jam sahaja. Sedihkan?

Salam Sayang,

Monday 25 June 2012

DILEMA BILA ANAK MAMA DAH KAWIN


Hepp!!

Dah masuk waktu lunch, so tiba lah masanya masa aku updated blog yang terkini. Dari pagi lagi aku ngadap lappy. Tak lain tak bukan, kena buat report. Dah rasa macam reporter la pulak aku ni.... Bosan.

Sambil2 buat, aku terfikir, macam mana la orang yang dah kerja lama2, yang dah kawin, ada anak2. Pagi2 kena bangun buat sarapan untuk anak2 pi sekolah, pastu pi kerja, balik petang, sapa pulak nak amik anak balik sekolah? Waktu lunch macam mana? Balik petang dah penat, bila nak kemas rumah? Nak iron baju laki, baju sekolah anak2, baju sendiri? Fuh!!! Masak bebbb masakkkkk......

Ada orang kata, memula kawin ni hidup berdua memang agak kelam kabut. Memang pun, apa yang aku rasa sekarang ni memang macam hanyut2 dalam laut. Rasa macam tengah berkursus kat mana2 je, bukan duk kat rumah sendiri. Makan tak tetap. Balun ape yang ada. Buat apa2 pun ikut mana yang sempat. 

Graf contoh shj

Macam graf ni. Ada naik, ada turun. Kalau sarapan ok, lunch pulak yang xde. Kalau lunch ok, dinner pulak yang tak ok. Semua yang dibuat rasa tak kena sebab tak ada penasihat tetap (mama). Kalau dulu, apa yang aku buat, mesti mama komen itu, komen ini. Lipat baju buruk sikit, kena komen jugak. Tapi sekarang, buat la macam mana pun, tak ada orang nak tegur. Tetiba teringat kat mama pulak :(

Kalau dulu buat apa2, rujuk mama. Mama kata ok, ok la. Gedik nk masak itu, masak ini. Tapi tanya mama boleh tak. If mama kata boleh, baru buat. Sekarang semuanya terletak pada tangan aku. Nak buat ape pun buatlah! Janji Senangkan hati suami. Dan kalau dulu, aku buat untuk menyedapkan hati aku. Nak hepi2 sendiri. Tak kisah la mama bebel sebab dapur sepah ke, ape ke. Mama kata sedap ke, tak sedap ke, janji aku suka benda tu. Tapi now, aku kena buat untuk suami.

Bukanlah aku merungut sebab kena buat untuk suami. Memang aku hepi buatkan something yang dia suka. Tapi yang aku terasa sekarang bila pengomen setia aku tak ada. Dulu rujuk mama. If tak jadi, or ada problem mama kena tanggung sama. Sekarang..............

Aku rindu mama :(

p/s : Macam ni lah jadinye bile 'anak mak' a.k.a budak xmatang gatai nak kawin! Jangan pikir kawin tu nak sedap aje... 

p/s : Ekceli aku nak taip entry pasal keserabutan dan kekalutan aku kat rumah. Tapi tetiba emo pulak... CANCEL!!!

Salam Sayang,

Sunday 24 June 2012

CEMBURUKAH AKU SEBAGAI SEORANG ISTERI?



Assalamualaikum sayang!

Wah, sejak bila pulak aku bersayang-sayang ni. Jiwang nampak! Hahahaha... Sekali sekala ubah angin jadi romantik sikit, tak salah kan. Asyik orang pikir aku ni ganas aje. Mana boley... 

Ekceli, hujung minggu aritu, aku kuar jalan2 dengan En.Asben. Dalam kete, baru dia cakap Zila, kawan baik dia ada datang sini. Ada kursus dan sambil2 makan angin. Aku kenal dengan kawan dia tu. Kenduri aritu pun dia pi. Kawan suami aku sejak sekolah menengah. Umurnya pun sebaya dengan suami aku. Tapi belum kawin.

Orangnya boleh tahan. Jenis yang jaga body. Dia peramah, suka gelak. Pada mulanya aku tak suka sangat pada dia. Sebab aku pikir dia ni seorang yang agak gedik. Serius kalau pertama kali korang kenal, mesti cakap benda yang sama. Suka show off! Tapi lama2, bila dah kenal, dia ok. Sangat baik orangnya. Cuma gedik tu aku tak boleh nak hilangkan lagi dari pandangan mata aku. 

Memandangkan diorang sangat rapat dari sekolah, so bila aku keluar bersama2 aritu, aku banyak diam aje. Yelah, aku tak reti menyampuk bila 'orang2 tua' menyembang. Lagipun diorang menyembang pasal kawan2 diorang dulu, mana la aku kenal. Aku juz gelak2 aje la mana part yang kelakar. Tapi aku tak jeles pun. Sebab aku tau, kalau suami aku suka kat Zila, mesti dah lama dulu dia kawin kan? Sama jugak dengan Zila. Dan semestinya ada yang istimewa pada aku berbanding Zila! Rite kan dear??

Bila time nak pi amik makanan (self service) aku cadangkan diorang pi pilih makanan, dan aku pegi cari meja. Banyak makanan bergoreng, macam keropok, fishball, nugget etc. Dan bila nak makan, suami aku ke kiosk ABC sebab aku teringin nak mam ABC special. Dan tak lama, tetiba ada pekerja kedai tu datang kat Zila...

'Ni yang suami awak punya ke....' dia hulurkan hp suami aku. Mungkin masa nak pi pilih makanan tu suami aku tercicir kat sana. 

Zila pulak terus gelak. Sebab orang tu dah silap paham. Bila suami aku datang, laju aje dia cerita.... Katanya, kali ni entah kali ke berapa dah orang fikir diorang ni suami isteri. Sebelum kami kawin pun dah banyak kali rupanya orang ingat diorang ni laki bini. Hurmmm... Yela, dia panggil suami aku 'Bi, Bi, Bi' mungkin orang ingat dia panggil 'Hubby' kan... Padahal memang orang panggil macam tu kat laki aku. En.Abi.

Tapi kalau aku tengok pun, bila diorang berjalan berdua, memang orang akan pikir diorang tu laki bini. Hurmm. Aku? Mungkin orang ingat adik aje kot! Laki aku ni dah 34 tahun. Kalau orang tengok pun, memang orang akan teka umur dia 30-an. Bukan 20-an dah. Dan Zila pun sama. So, memang kalau mereka berdua boleh dikatakan pasangan ideal. Tapi pada pandangan mata sahaja okey! 

Tapi.... Aku tak jeles pun! Nasib baik aku kenal Zila sebelum kami kawin lagi. Kalau tak, mau aku merajuk sebulan! Hehehe... Walaupun Zila tu gedik, tapi dia sangat baik. So, aku tak kisah lah! Dah anggap dia macam kakak. Dan aku harap, hubungan kami akan kekal dan berpanjangan hingga ke akhirnya. 

p/s : Sebagai seorang isteri, tak perlu kita nak cemburu buta. Dan tak perlu nak sekat hubungan suami dengan kawan2nya. Cuma selalu buat suami ingat yang dia ada kita, isterinya. 

p/s : Kadang2 bila terlalu menyekat suami, boleh buat hubungan lebih dingin dan cepat bosan!

p/s : Jangan ada pulak yang mintak aku upload pic laki aku... Xdak!! Xdak!!! Hahahahahahaha....

Salam Sayang,

BEST KE KAWIN?




Hye, 

Selamat berhujung minggu pada sahabat yang sedang bercuti2. Hari ni turn aku bercuti. Terlupa pulak pasal cuti bergilir ni. Semalam kawan opis sms tanya, baru teringat. So, 1st time hari ni aku sediakan lunch untuk suami tercinta dan tunggu dia balik lunch sama2. Menu ringkas, tapi sangat2 bersyukur sebab berjaya buat sang suami ceria!

'Kan best kalau hari2 macam ni....'

Memang la best, tapi niat untuk aku berhenti kerja tu belum difikirkan lagi. Sementara masih belum ada komitmen apa2 (anak2) aku rasa lebih elok if aku bekerja dulu. Berdikari dengan duit sendiri dulu. Masih banyak benda yang aku kena capai sebelum aku resign dengan sendirinya. 

Ada beberapa teman yang belum kawin duk tanya, 'best tak kawin?' Hahahaha.. Opkos la best sayang... Kawin kalau tak best, tak de la pulak orang hepi2 nak kawin. Xde la pulak orang nak berpoligami, takde la pulak istilah bermadu kan? Dan, tak ade la pulak kes zina dan pembuangan bayi.... Ekekekeke...

Dan pesanan dari penaja, kawin la cepat2. Dosa tak melekat, sedap pulak yang dapat. Hahahahahahaha.... Opsssss...


Salam Sayang,

Saturday 23 June 2012

MOOD JIWANG : SETIA KASIH



Yuhu.... 

Hari ni mood kemalasan. So, bosan2 teringin nak dengar lagu lama2. Lagu2 yang best bila dengar mengikut halwa telinga ni. So, godek2 punya lagu kat google, berkenan dengan lagu ni. So, terus download, ulang dengar banyak2 kali. Mood layan lagu jiwang!! Konpem petang ni hujan... Ekekeke..

Lirik lagu : SETIA KASIH - by Haleeda

Sekali air sungai melimpah
Sekali pasirnya pun berubah
Itulah falsafah… Yang menjadi ikutan…
Dan juga bualan
Tapi bagiku pula berbeza
Sungai mengalir tetap berliku
Yang berubah cuma… Adalah pasir saja…
Penghujungnya muara...
Hati ingin berbicara
Hati ingin merasai… Nikmat cinta
Yang sering diperkata
Tetapi sebaliknya
Tiada Terlaksana
Dahan yang patah tiada bersambung lagi
Hatiku pasrah dalam mencari mimpi
Getar hatiku serta kepayahanku
Hanya kau saja sudi memahaminya
Setiaku kini hanya satu
Dan kasihku bukanlah beribu
Biar bercerai badan… jasad atau pun nyawa…
Aku tetap setia...
Salam Sayang,

Friday 22 June 2012

MALAM JUMAAT PUNYA KISAH (BUKAN ENTRY LUCAH!)



Salam Jumaat!

Updated entry sambil sarapan nasi lemak special. Nasi lemak + bilis goreng + kacang goreng + kangkung + timun + telor goreng + sambal kerang. Fuh! Meletops... Baru la excited nak bergotong-royong hari ni kan. Ala sebenarnya ada sebab kenape En.Asben belikan nasi lemak special ni. Semalam ada suatu kejadian berlaku. Hehehehe...

Dia Kecik Hati
Well, disebabkan entry sebelum ni pasal aku main2 kat dia yang aku mengandung, dia kecik hati. Diam aje semalam. Pas maghrib dia kuar, pukul 11.30 baru balik. Katanya kuar kejap. Xbagitau pun pi mana. Ekceli, rasa bersalah jugak. Tak sengaja. And petua untuk mengembalikan suami yang dingin ialah... SLOW TALK. 

SLOW TALK
SLOW TALK bukan lah bererti bercakap perlahan2. Tapi ianya bermaksud cakap elok2. Hehehe. Sebelum tidur, cakap la elok2. Tanya kenapa. Walaupun dah tau sebab ape. Hahaha. Pastu mintak maaf aje walaupun tu bukan salah kita. Kadang2 lelaki ni ego. Dia nak jugak dengar kita mintak maaf. Itu bermaksud dia nak kita tahu apa yang kita buat tu salah. So, sumenye kembali normal pada malam jumaat tersebut...

Pukul 3 pagi....

BLACKOUT!
Sebelum masuk tido tu memang cuaca tak elok. Kilat, guruh, hujan. Dum!! Dam!! Dum!! Prang!! (untungla sapa dah kawin kan, boleh ngada2 sikit ekeke). Waktu tu sejuk la hujan. Tido pun best aje. Syokkkk aje. Tetiba terjaga pukul 3 pagi, semua jadi gelap!! Kipas tak berpusing, ubat nyamuk letrik tak menyala, panas, nyamuk berkeliaran! Okey... Blackout!

Soo Caring..
Dengan kepenatan, kemengantukan teramat, aku ambil keputusan untuk keluar tido di ruang TV. At least nyamuk tak la banyak sangat, and tak la panas sangat. Tapi maklum sajalah tido atas lantai, sejuk tu okey la tapi sakit belakang! En. Asben time ni tak duduk diam. Soo, caring. Terasa diri ini seperti nasi lemak special. Yelah, dihalau2nya nyamuk macam nyamuk tu lalat yang nak hinggap pada nasi lemak. Dalam tido pun aku boleh tersengih. 

RIDSECT!!
Dalam 10 minit duk halau2 nyamuk dari hinggap aku, letih gamaknya, dia bangun bukak pintu tengok keadaan kat luar rumah. Semua rumah kegelapan. Then dia kedapur cari lilin. Mungkin keadaan gelap ni akan berlarutan kot. Dah letak lilin jauh, dia tanya aku RIDSECT kat mana. Bila dah jumpa RIDSECT aku dengar dia kata.....

'Jaga kau nyamuk!!'

Terus dia masuk bilik sembur RIDSECT banyak2! Memang banyak! Ketiga-tiga bilik habis dia sembur. Selalunya orang sembur gitu2 aje. Mungkin dia geram sangat kot bunyi nyamuk banyak sangat. Sampaikan aku plak pikir kang ade yang pengsan sekali dengan nyamuk pulak! Hahahahaha... Aku pun dah bagitau jangan sembur banyak2. Busuk. Tapi lagi banyak dia sembur. Huh...

Tapi....

Elok aje dia kuar bilik, tetiba lampu lip lap lip lap TING!!!! Menyala....!!! Rumah sebelah2 pun dah terang jugak. Aku tengok muka dia, dia tengok muka aku. Eeeeeiiiiii...... Gerammmnyeeeeeee........ Sepatutnya dah elok2 boleh masuk tido, dah kena sambung tido kat luar lagi.... Subuh aku bangun, tengok2 aku dah ada dalam bilik dah... Tak sedar bila kena angkut. 

Tadi tengok2 dia bawak balik nasi lemak special seperti yang aku cakapkan kat atas tu. Huhuhu. Mungkin dia rasa bersalah kot pasal semalam. Hehehe. Sekarang, aku dah start duk mesin baju, jemur baju, dia tertidur pulak. Suwit betul la laki aku ni. Semakin hari rasa semakin kasih dan sayang. 


Salam Sayang,

Thursday 21 June 2012

ERRR.... AKU MENGANDUNG?


Opsss....

Mengandung ke??
Jangan gelabah dulu. Ekceli tajuk tu saja gempak2. Aku pun gelabah jugak nak buat entry ni. Errr... Tak mengandung lagi lah! Sebenarnya semalam aku tak dapat tido. Sakit pinggang. Rasa macam orang senggugut. Senak, ngilu kat bahagian pinggang. Kadang2 rasa macam berjalan kat lantai yang licin, pastu rasa ngilu mcm tu. Penah rasa macam tu tak. Bila nak bangun dari kerusi, rasa sakit sangat.

Mengantuk & Sakit Pinggang
So, hari ni aku tersangat2 mengantuk. Tambah2 pulak sakit pinggang. Tengok kerja pun tak banyak, aku kuar terus pegi klinik jap. Dekat aje pun ngan opis. Ekceli pagi tadi dalam kepala ni duk terpikir gak aku ni dah termengandung ke. Aku pun tak tau ape tanda2 orang mengandung. Kot le kann.... Tapi jangkaan aku tu maybe dalam 10% tepat je. Tak excited pun. Tapi takot gak la. So, tak bagitau En.Asben. 

Tak Bagitau Dia Pun
Masa nak on da way pi klinik pun aku tak bagitau En. Asben pun. Sebab aku takot dia pikir macam aku pikir pagi tadi. Kang excited terlebih pulak. Orang tak ramai. Duk skejap aje nama dah panggil. Bila bagitau doc bla bla bla, doc try tekan belakang pinggang aku. Aduh!!! Sakit gileeee.... Menyucuk2 ke urat saraf. 

Apa Kata Doc?
Kata doc, mungkin aku ada angkat berat2 or duduk terlalu lama. So, penyambung tulang aku tu tak berada dalam keadaan yang betul. Hehehehe, dah kasi 3 jenis ubat makan. Dannnn dapat MC sehari!!! Hahahahaha... Dengan gembiranya aku balik opis, kemas meja, hantar MC dan terus pulanggg... 

Buat Jahat...Ekekekeke
Sekarang kat rumah. Sempat pulak aku memain kat En.Asben sebelum aku balik umah. Aku sms dia cakap tak sihat, pegi klinik.... Dan saja aku buat ayat pancing....

'And I've gud news for u ' 

Wakakakakakakaka.... Jahat tak?? Jahat tak?? Dan aku dah agak dah, dia tak reply tapi dia terus call!! Hahahahahaha... Alolololo... Cian dia kannn... Aku tak  angkat dan selagi tu la dia call sampai la aku betul2 berada depan rumah tadi. Baru aku angkat call dia... Baru aku cakap yang berita baiknya ialah aku dah berada kat rumah... Hahahahaha... 

Gelak tu gelak la jugak, tapi aku dah kena marah dah.... Huwaaaa.... Marah la nak marah pun... Ekekekeke....


p/s : Dah sampai umah mata tak ngantok pulak...

Salam Sayang,

Wednesday 20 June 2012

KEK KARAMEL PERTAMA AKU!


Yuhu...
Semalam beriya2 aku balik awal sebab nak buat KEK KARAMEL cepat2. Tak sabar. Selalunya aku akan balik 5.30. Sepatutnya pukul 5.00 dah boleh balik. Tapi semalam pukul 5.00 aku balik dah. Dah bagitau En.Asben awal2 nak balik awal. Tapi pukul 5.15 sampai umah, tengok2 dia dah tercongok dalam rumah! Dia pun sibuk nak buat sama. 

Pukul 5.30 aku terus buat. Tengah2 nak sukat2 gula mai pulak En.Asben cakap gula sikit sangat. Aku bukan main duk sukat2 pakai penimbang, dia boleh pulak pi tambah2 satu, dua sudu main agak2. So, kena sukat balik... 'Berangin' jugak la kat dapur semalam. 

Time nak sukat minyak, 45ml, lagi satu masalah. Xtau nak sukat dengan ape. Penyukat pun paling rendah 200 ml. Lagi satu hal pulak.... Time ni idea En.Asben baru bernas. Dia bukak peti ais dan nampak ni...........

Ini penyukat sukatan ubat batuk yang duk dalam peti ais. Tapi paling tinggi 12 ml. So, aku sukat 10 ml 4x then 5ml. Cukup la 45ml! hahahahaha.... Bijak tak? Bijak tak??

Memang banyak kena kacau petang semalam. Geram! Dia usik itu, usik ini. Serabut sungguh. Kita nak cepat, dia memain pulak. Tambah itu, tambah ini. Kita nak sukat betul2, dia kata tambah sikit lagi. Last2 dia cakap..

'Tak payah la strict sangat sukatan dia, nanti kek tu stress...'

Haaaa pandai laaaaaaaaaa.... Kek tu tak stress tapi yang buat kek ni yang stress... Grrrrr.... Nasib baik laki. Kalo adik Is, memang dah kene dah.... Hahahaha....

Ini pulak gula hangus yang dah keras, merekah mcm kaca pecah. Hehehehe.... Kak Shida cakap bunyi mcm kaca pecah, bila merekah2 mcm ni aku dah tersengih2 dah sebab jadi le tuuuuu....

Rupa sebelum dibakar. Kata En.Asben, perlu ke buat bulat2 mcm gitu. Hisshhh.... Mesti la... Nanti tak cantik......

Selepas dikeluarkan dari oven selama 45 minit. Permukaan atas tu macam hangit sikit. Risau jugak kot belah dalam dia tak ok. Sebab kata Kak Shida, jangan guna senduk besi. Dah bagitau dah jangan guna senduk besi, ehhhh lai diambilnye senduk besi.... Bila bagitau bla bla bla, katanya, itu mitos semata-mata. Grrrrr.............

After 10 minit lepas kuarkan dari oven, dia merekah2 kat tepi. Menandakan dah mula sejuk. Kulit pun kecut2. Then balikkan buh dalam peti ais...

Heeeee... Tapi baru skejap letak dalam peti ais, En.Asben tak sabar2 nak makan. So, potong la sikit. Kang kalau dia potong sendiri hancur pulak kek aku yang cantik2 ni. Gula hangus pun belum sempat beku lagi. Hishhh....

Potong2. Bila dah potong En.Asben kata sayang nak makan. Sebab cantik. Tau pun. Tadi dia jugak cakap perlu ke buat cantik2. Tapi bila tak sejuk, bila makan akan rasa mcm muak sikit. Tak habis so masukkan dalam peti ais balik. Pukul 10 lebih baru kuarkan, mam licin depan TV!! Sedap!!!


Itu la sahaja kisah KEK KARAMEL aku ni. Cubaan pertama buat. Tapi karamel dia agak manis so lepas ni kena kurangkan sikit gula bahagian tu. Boleh la buat banyak2 bawak pi opis or buat kalau ada majlis pape kan. 


p/s : Lepas ni kalau nak buat kek kena buat sorang2. Tak boleh bagitau dia awal2. Habis projek!!.. huhuhuhuuhu errrr.... resipi? nanti lah. boleh KLIK SINI...  Raja Kek Karamel dia ni tau!!


Tuesday 19 June 2012

PERATURAN & PERJANJIAN SUAMI ISTERI, PERLU KAH?


Setiap pasangan, atau setiap keluarga mesti ada rules masing2 kan.... Contohnya kalau anak2 tak boleh berada di luar rumah bila waktu maghrib. Makan tak boleh merata2 kecuali kat dapur... Dan memacam la lagi. Biasanya peraturan ni dibuat awal2 anak2 masih kecik. Dan awal2 perkahwinan.  Bukan ape, kalau dah 3, 4 tahun kawin baru nak buat, anak2 dah besar baru nak buat, nanti dh lekat tabiat tu kan.

Hurm, ekceli bukan nak menunjuk2 tapi sekadar kongsi sikit2 pada yang baru2 kawin macam aku ni. Aku ni pun, mak mertua (umi) yang duk brain wash aritu. Dan banyak jugak la benda baru yang aku belajar dari orang2 tua ni. Salah satunya faktor disiplin. Jangan ingat kat sekolah aje ada peraturan, ada disiplin. Kat mana2 pun ada. Hidup pun ade peraturan, kena solat, kena puasa kan....

Okey, kalau yang memula kawin tu, tak payah la terlalu strict sangat dalam rumah. Ala kadar aje. Nak peringat pasangan yang bila dah kawin ni tak boleh sesuka hati aje nak buat sesuatu. Contoh peraturan yang kami dah buat emmm...

  1. Makan bersama2 adalah wajib dalam sehari. Means sekali sehari pun cukup la. Macam aku kerja, suami pun kerja so lunch kalau masing2 tak sibuk boleh la kuar makan sesama. Tapi baru 1minggu start keje after wedding aritu, kerja banyak jugak. Tak sempat nak kuar. So makan malam aje sama2. Tak kisah la masak sendiri ke, beli ke. Janji waktu makan tu mengadap muka masing2. 
  2. Mesti ada kat rumah before 12 a.m. Means  kalau masing kuar waktu malam, jumpa kawan ke, tengok bola ke, mesti balik sebelum pukul 12 malam. Tak nak pukul 1 ke, 2 ke. Kalau terdesak atau tak boleh elak, juz inform. Tak susah kan? Inform bagitau hal sebenar. Tak payah nak berdalih2.
  3. No smoking areas. Means, nak merokok tak kisah. Cuma jangan berasap dalam rumah. Nak berasap kat ruang beranda luar time hi tea petang2 boley la. Dalam rumah NO WAY. See, jangan tegas sangat dengan suami. Slow2 aje. Walaupun smoking tu peberet dia yang aku suka, tapi tak boley bagi muka sangat...
  4. Setiap hari Jumaat adalah HARI GOTONG-ROYONG. Means hari jumaat tak kerja, maka dari pagi kena bangun awal gotong-royong basuh baju, jemur, lipat, iron utk seminggu minggu depan. Yela, kami dua2 kerja. Pagi2 aku cuma sempat basuh baju, kadang2 tak sempat jemur pun. So baguskan bila weekend buat kerja rumah sama2. Iron baju kerja suami pun untuk seminggu terus. So, memalam boleh rehat2 tak perlu nak kalut2 baru nak iron.
  5. Setiap bulan masing2 kena masuk tabung vacation RM____. Hehehe ini idea aku dari dulu lagi. Bayangkan kalau setiap bulan masing2 simpan RM200 la kan, pastu hujung tahun boleh la pegi bercuti. Tak pun boleh pegi honeymoon bila anniversary kan. Boleh jugak bawak anak2 pegi bercuti ke. Tak pun kalau musim kenduri orang kawin, amik aje duit tu sikit buat beli hadiah. So, time musim kawin tak perlu pening2 kalau dapat jemputan banyak2!
  6. Celebrate besday ahli keluarga mesti sama2. Suami ke, isteri ke, anak2 ke. Mesti celebrate walaupun seketul ayam KFC sekalipun. Dan kalau boleh mesti ada kat rumah time tu. Bayangkan tiap kali ada besday, semua family gath sama2. Indah kan??

Haaa... Ekceli ada 11 peraturan yang kami buat. Tapi yang ni aje yang aku boleh shared. Lagi 5 tu tak boleh share. Hahahaha. Kang kalau share ada yang muntah darah pulak. Dan setakat ni peraturan yang ada kat atas ni no 1, 2, 3 aje yang mampu dibuat. No 4, 5, 6 belum lagi. Hehehehe... 


p/s : errr.... perlu beli rotan tak?? hehehhe


OPSSS... BARU PERASAN, BELOG SEDANG DIKEMASKINI OLEH CIK HAN... HUHUHUHU.....


Sunday 17 June 2012

'TAK PAYAH LA CANTIK2 SANGAT BUAT ROTI...'


Waahhh!!! 

Sekejap aje cuti panjang... Sekarang dah kembali ke opissss... Alamakkk... Tensionnyeee... Meja berselerak! Bawah meja siap ada kulit gula2... Sapa pulak la yang mengada2 main2 kat meja aku ni... Haishhh....

Semalam buatkan roti tuna roll untuk makan malam encik. asben. Sebab petang dah pi melantak kat rumah makcik, malamnya en.asben dah takmo makan nasi. So, sesaja je la buatkan roti tuna. Lagipun itu kan peberet aku.... Ekekekeke...


Pastu pagi tadi, bangun awal... Dah siap2 sume ingat nak goreng roti tuna yang belum goreng semalam. Tapi macam bosan aje. So excited terlebih la nak roti telur untuk sarapan berkhasiat untuk kami berdua. Godek2 peti ais... Jeng jeng jeng....




Timun, bawang, telur, tomato.... Sayangnya sos cili takde... So, bantai aje sos tomato pun. Punya la excited aku susun kasi cantik2... En. Asben cakap....

'tak payah la cantik2 sangat buat roti....'

Huhuhuhu... Dah terbiasa hias2 makanan untuk adik aritu. My adik kalo tak cantik, takmo le dia makan... Huhuhuhuhu... So, takpe lah. Makan aje lah... :)

Hurm... Sambung buat kerja balik. Nanti lunch kalau sempat en.asben nak datang amik. Tapi kalau tak sempat, makan asing2 aje la... Malam karang baru dinner sesama... 


p/s : dah wat perjanjian, dalam satu hari wajib makan sesama sama ada lunch or dinner... 


p/s : Kak Ayu suka la ni tempek2 gambar banyak2 ni.... hehehehe...


Saturday 16 June 2012

ESOK KERJA!!!


Tadi aku dan suami ke rumah makcik dia. Saja dia buat makan2. Kebetulan jugak anak2 dia ada balik sebab hujung minggu. Ada jugak yang tak kenal lagi aku. So, tengahari hari tadi time2 agak2 orang duk masak aku pi la. Takkan nak pi makan aje kan. 

Pi pasar beli buah2 sikit. Takkan nak pi tangan kosong pulak kan... Dah sampai sana memang pandai la en.asben aku timing. Memang diorang tengah masak. So, tak la segan sangat aku nak pi makan aje. Dapat potong tembikai pun jadi lah! Hehehehe...

Kari ikan tenggiri, serunding, tembikai dan macam2. Semua dia sapu. Alhamdulillah. Kenyang sangat....


Balik tadi buatkan roti tuna roll untuk en.asben makan malam. Simpan sikit untuk breakfast keja pagi esok. Alamakkkk... Esok kerjaaaa.!!!!!




p/s : malas rasanya nak pi kerja... Aduh aduh!!!





Friday 15 June 2012

DOA UNTUK SUAMIKU



Ya Allah…

Andai suamiku ini adalah pilihan-MU di Arash
Berilah daku kekuatan untuk terus bersamanya...
Andai suamiku inilah yang akan membimbingku di titian-Mu,
Kurniakanlah aku sifat kasih sayang & redha atas perbuatannya...

Andai suamiku ini adalah bidadara untukku di syurga-Mu,
Limpahkanlah aku dengan sifat tawaduk akan segala perintah-Mu...
Andai suamiku ini adalah yang terbaik untukku,
Peliharalah tingkah lakuku daripada menyakiti perasaannya...


Tapi Ya Allah,

Andai suamiku ini ditakdirkan bukan untukku seorang, 
Kau tunjukkanlah aku jalan yang terbaik
Untuk aku harungi segala dugaan-Mu...

Andai suamiku tergoda dengan keindahan dunia-Mu,
Limpahilah padaku kesabaran untuk terus membimbingnya...
Andai suami tunduk terhadap nafsu yang melalaikan,
Kurniakanlah kekuatan untukku perbetulkan keadaannya...
Andai suamiku mencintai kesesatan,
KAU pandulah aku untuk menariknya dari terus terlena...


Amin amin Ya Rabbal Alamin…


p/s : menitis air mata aku part  tengah2 tu... huhuhuhu... Semoga dia adalah yang terbaik untukku...

sumber : mummyirman

Thursday 14 June 2012

BERDUAAN DIRUMAH!!



Dah selamat sampai Ganu
Sekarang dah selamat sampai rumah @Ganu. Bergerak balik pukul 2 lebih tadi. Drive berasingan dengan En.Asben. Rasa malas sangat nak drive tadi. Mengantuk, malas, penat semuanya ada. Tapi bila dah masuk highway, ntah kemana aku tinggalkan En.Asben kt belakang sana nun. Tetiba je si dia call tanya dah sampai umah keee... Bahek punyer perli kan.

Kena belajar masak lauk!
Then sampai kat Dungun, singgah makan jap. Nanti sampai umah tak payah kalut nak masak lagi. Lagipun tengok dalam peti ais tadi sayur2 sume dah tak elok dah. So, esok pagi boleh la bersama2 ke pasar basah beli sayur2 kat dapur. So, bermula esok, aku kena banyak la buka blog masak2 nak cilok resipi lauk pauk... Huhuhuhu... 

Sunyi
Sampai rumah tadi, sunyi aje. Siap2 mandi, solat tadi pun sunyi aje. Aku pandang muka En.Asben, En.Asben pandang muka aku... Barang2 dalam keta dah   punggah semua. Pening pulak nak susun kat mana. Banyak sangat. Biar aje la dalam kotak tu dulu. Esok kita baru pikir.

Dan hari ni...
Emmmm... Semakin hari semakin sayang... Tapi... Baru je ingt nak pi melentok2 kat depan TV, tetiba pulak En.Asben pasang bola... Halaaaaaa.... Bosan!! Layan FB lagi best.


p/s : Emmm dah tak de ape nak coretkan buat malam ni. Esok2 pulaks. Emmm... Malam jumaat... Jeng jeng jeng... Hahahahahaha...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...