Monday, 11 June 2012

ADAKAH PATUT AKU SHOW OFF?


Emph...
Sekarang ni ramai yang mintak nak tengok gambar kawin kami. Kebanyakan kawan2 FB. Tapi hakikatnya kat sini aku yang termintak2 dengan kakak, dengan abang ipar yang duk amik pic kami. Aku pun serba salah nak mintak banyak kali. Walaupun itu gambar aku. Kang kata depa aku hegeh pulak nak tengok pic kawin sendiri....

Yang dah ada dengan aku juz pic dari camera biasa kakak. Itu pun banyak yang tak jadi sebab bergegar. Besa la orang ada anak kecik, nak amik gambar pun tak senang. Dari DSLR abang ipar aku belum transfer lagi. Kat situ aje la kot kalau ada yang cantik2 skit. Muka tak ade la cantik. Maksud aku angel yang cantik. Hape la... (xpenah munculkan pic kat FB tetiba nak show off pic kawin, agak2 mabuk laut tak??)

Kami tak upah photographer pun. Amik pic sendiri2 aje. Sebab kenduri kat Neg9 tu juz majlis kesyukuran kecik2 aje. Memang sdara2 terdekat pihak laki dan sdara mara tdekat pihak aku. Sanding2 tu tak ada. Tapi ada la pelamin biasa2 aje. Untuk amik2 gambar. Walaupun kendurinya kecik2 tapi aku bersyukur sangat sebab dapat seorang suami yang agak memahami. Biasa la memula kawin, semuanya indah. Tapi aku harap berkekalan sampai ke akhir hayat. 

Insyallah kalau tak ada aral, kenduri sbelah aku akan dibuat hari raya nanti. Tapi tarikhnya belum ditetapkan lagi. Kepada siapa yang terkecik hati aku tak jemput pi nikah mintak maaf banyak2. Sebab kenduri belah sana aku tak boleh nak memandai nk jemput2 orang sangat. Bukan sengaja tak nak jemput. Kalau anda ditempat aku, mungkin anda paham.



p/s : kadang2 rasa sedih juga bila ada orang mempertikaikan. tapi tak apa lah, Allah tau kebenarannya. Baru dugaan awal perkahwinan. hari mendatang lagi banyak dugaannya. semoga aku tabah.

p/s : doakan moga isterimu kuat ye sayang... jom makan cekodok!!



5 comments:

Citarasa Rinduan said...

moga y baik2 buat kamu dan abi..


PS: maaf andai tlanjur meminta...

Iffah Afeefah said...

huahhh xpayahla show off

bg y kite2 je tgk

nk la tgk skping due

xnk sume

kang muntah kikiki

nur amalina athman said...

bila-bila pun tak apa, jnji dpt tngok..hihi..

Yana Libra said...

moga bahagia ye~

buat macam mana pun pasti akan ada orang mengata..sabar je lah~ :)

aDisH.sHidA said...

ok akak paham...saja nk nyakat kamu...hehehe..

apa pun selamat menempuh alam rumahtangga...

nanti jangan lupa jemput ye

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...