Sunday 30 September 2012

MESEJ UNTUK DIA

Assalamualaikum,

Kat sini tak ada entry best pun. Entry ni juz nak sampaikan mesej untuk seseorang. Sebab memang dah tak ada cara lain dah nak berhubung. If dia terbaca entry ni, dapatla mesej. Kalau tak, entah la.

Kuk, 

1. Sorry remove fren kat FB. fren pun kalo menyombong buat sakit hati aje kan. Maklum la orang dah bz kerja. Orang berkerjaya la katakan. Tak macam ai, surirumah sepenuh masa aje. So, tak kerja mana boleh ganggu orang berkerjaya... Ye dak?

2. No hp dah tukar. Dah tak pakai no tu. No baru tak payah kasi la eh. Kalau kasi pun bukan contact. Buat penuh contact number aje. Pastu buat sakit hati aje kan. Maklum la orang dah bz kerja. Orang berkerjaya la katakan. Tak macam ai, surirumah sepenuh masa aje. So, tak kerja mana boleh ganggu orang berkerjaya... Ye dak?

3. Kalau ade pape nak ckp, mesej je la kat fb. Tu pun kalau boleh. Kalau tak boleh, ntah le. Ikut la nak suh burung ke kasi surat. Tapi nak ke tulis2 surat ni? Maklum la orang dah bz kerja. Orang berkerjaya la katakan. Tak macam ai, surirumah sepenuh masa aje. So, tak kerja mana boleh ganggu orang berkerjaya... Ye dak?

4. Semoga terus sukses dlm hidup. THANKS atas dasar 'sahabat paling baik' selama ni. THANKS jugak atas 'kawan sampai mati' selama ni. Belum mati tapi kawan ntah kemana. So, tata! Sangat2 kecewa dgn kamu!

Salam Sayang,

Saturday 29 September 2012

MUKA LAWA PUN TAK GUNA...


Assalamualaikum

Lepas maghrib tadi aku dengan encik suami ke rumah jiran lama dia. Kebetulan hari tu ada jumpa kat bandar so dia jemput sekali. Dan duduk2 sembang datang pulak kawan2 tuan rumah yang lain buat direct selling. Halamak, ni lemah ni. Tak suka. Tapi nak tak nak aku join la dengar sekali. 

Dengar je tau!

Bila time part ‘perapat’ ni haaa dia dh cucuk2 aku. Katanya, muka kalau lawa pun tapi kalau ‘longgar’ laki lari jugak. Cess! Tapi dia bukan tuju kat aku la, dia cakap aje. Then dia tanya aku soalan… Dan soalan ni aku nak tanya kat hampa jugak lah…

‘Agak2 suami akan pilih yang mana, muka lawa ka, atau ‘ehem2’ bagus?’
‘Penah tengok x, bini punya la lawa, tapi kena tinggal? Yang geramnya lari ikut minah indon yang muka pecah tu?’

Haaaa, kat situ aku pun terfikir. Betul jugak ape yang dia kata. Nafsu wanita ada 99 kan? Tapi nafsu lelaki 1 dan yang itu sahaja. Dan bak kata Ustaz Azhar Idrus, tak lawa tak pa, boleh tutup lampu…. Haaaa…. Hampa faham dak apa yang aku cuba sampaikan?

So moral of this entry, jangan asyik nak melawa atas aje, bawah pun kena jaga sama. Kikikiki… Ini bukanla aku nak melucah ke apa, saja sebagai pengajaran bagi yang dah kawin aje… Kalau rasa dah ‘kureng’ tu, kamu kena buat sesuatu. Have to!!

Salam Sayang,

Thursday 27 September 2012

HARI SERBA TAK KENA


Assalamualaikum

Ekceli 25 September 2012 beberapa hari yang lepas adalah ulangtahun Encik Suami, Al-Farabi yang ke 34 tahun. So sehari sebelumnya iaitu 24 September aku ingat nak buat la Kek Karamel yang dia idam2kan beberapa hari sebelum ni. Tapi memandangkan oven rosak so ingat nak try kukus aje la.

Jenuh jugak tanya orang sana sini. Tup2 time nak buat, penimbang pulak hilang. Aku syak anak buah aku yang seludup bawak balik Kajang kot. Then dengan susah payah sukat main ikut dan aje, siap la adunan. Malangnya time nak kukus, baru je panaskan tak sampai 5 minit, gas pulak habis. Arghhh!!!

Call encik suami katanya nak balik, tapi tak jadi. So kena tunggu petang la dia balik kerja. Adunan kek pun macam dah turun je. Bayangkan dari pukul 12.30 buat, pukul 6 ptg baru kukus! Siap kukus, kek bantat. Yang bahagian bawah antara kek dan caramel tu bantat teruk. Padal kukus dah sejam. So tak tau sama ada tak jadi sebab kukus atau bantat sebab lama sangat duk biarkan.

Ekceli dari tengahari tu rasa tak sedap badan. Malam tu terus demam. Tengah malam pulak cirit birit sampai ke tengahari. Muntah siap. Tak tau salah makan apa. Kira menjelang hari jadi encik suami, aku demam. Wish pun awal pukul 11 sebelum tido. Hehehehe…

Kek caramel? Habis dah walaupon bantat… hahahahahhaa… 


Monday 17 September 2012

KESIANNYEEE...!!!

Assalamualaikum 
Anak2 buah sume dah balik Kajang. Encik suami pulak ke Kuantan hari Jumaat dan dah balik rumah maghrib tadi. Minggu depan katanya ke Melaka pulak. Membesar atas jalan raya je la perut aku ni nanti kan. Hahahaha...

Tapi Kak Shida kasi idea suh naik flight je. Pastu duk Bangi. Biar Abi je pi Melaka. Bedal je la kete mama pun. Kannn... Gud idea.. Aku bagitau la kt Abi idea Kak Shida naik flight turun KLIA pastu naik ERL ke Putrajaya. Then suh mama amik kt sana. Then aku cakap yang aku nk try la naik menda2 alah ni mcm ERL, LRT, Komuter tu sbb langsung xpenah naik kot!!! 

Then Abi cakap 'KESIANNYEEEEE!!!' pehhh tebai muka mak nokkkk!!! Rasa mcm jakun gile kot... Wakakakaka... Dah tu aku pi Bangi pun lama mana sanagt. Pi pun orang bawak jln. Xkan org nk bawak jln naik benda alah tu ye dakkk... Kalo time kapel mapel tu boleyy laaa..

Now bak kata Erra Fazira ' Zaman scandal sudah berlalu' hahahaha... Sekarang zaman ape pn aku xtau la... Emmm, ada member lama tanya aku, 'kau kawin dgn laki org ke??' aku ckp xlah!! then dia tnya lagi 'duda??' errrkkkk!! Bila mention umur 34 je msti org pikir kelain. tp xde le aku nk kebas laki org or duda...

P/s : tak main la 'barang 2nd hand'

Tuesday 11 September 2012

12 MINGGU SUDAH

Assalaamualaikum..
Alhamdulillah harini selesai checkup utk 12 minggu kandungan. Means dh 3 bulan. Semuanya okey. Jenuh jugak la tahan lapar pagi tdi before pi klinik. Yela sebab rasa badan naik mendadak aje. Kot la kandungan gula tinggi ke, tekanan darah naik ke. So far so gud. Berat naik sekilo aje. Makan banyak pun tapi selalu gak muntah2.

So untuk hari ni doc kasi asid folic, ubat tahan muntah dan ubat gastric. Bulan depan boleh la scan untuk tau baby boy or gurl.. Yey!!! Tak sabar...

Berkenaan dengan encik suami pulak, hehehe... Biasa lah. Dia pun runsing bila selalu pening dan muntah. Selalu dia duk sorang. Juz jaga diri sendiri. Tup tup bila dh kawin kena jga bini pastu uwek2 pulak. Tapi okeylah. Pandai dia marah pandai jgak dia pujuk. hehehehe...

P/s : sekejap aje dh 3 bulan. Lagi 6 bulan dh jadi mummy. rasa bru aje aritu darjah 6. Hehehehe...  

Salam Sayang,

Sunday 9 September 2012

SUSAHNYA ORANG NAK FAHAM...

Assalamualaikum...
Entah apa jadi pada blog buruk ni. Sejak laptop tak on gara2 broadband dah terminated, so hari2 aku kat rumah sangat lah bosan. Tak tau lah nak cakap apa. Betul gak apa orang kata, emosi ibu mengandung ni sangat tak stabil. Kadang2 benda kecik pun boleh jadi besar. Bukan sengaja nak mengada-ngada manja keras kepala. Tapi keadaan.

Ni sejak semalam tetiba pulak kepala mai pening. Pusing2 pastu rasa nak muntah2. So, nak wat rileks2 wat biasa aku try ber'whatsapp' dgn kwan2. BerFB jugak. Pastu terus kena marah. Katanya, dlm pening muntah pun sibuk nk online! Pastu katanya aku pening bukan sebab alahan, tapi sebab broadband xdak xdpt online.

Pastu dia suh minum susu aku tak nak. Bukan tak nak sebab keras kepala, tpi yang sebenar2nya aku ni tak suka bau susu. Dari kecik lagi memang kurang suka bau susu. Susu nespray aje dapat telan sebab bau susu tu tak kuat sangat. Ni sejak preggy kena minum ANMUM. Tu pun paksa diri minum. Tapi bila dah pening2 ni takmo la minum. Nanti pening, muntah pulak. Tapi kena marah jugak. 

Now, kesimpulannya... Benda tu tak ada la sakit sangat, bergantung pda keadaan. Kalau ada org pandai melayan, pening tu alahan tu rasa biasa saja. Tapi kalau org tak paham, sedih sangat. Aku pun bukan lah nak degil keras kepala. Dah cuba yg tbaik. Zaman degil dah blalu. Sekarang zaman mematangkan diri. Bukan nak memburukkan sesiapa, tp sekadar meluahkan prasaan.

Salam Sayang,

Tuesday 4 September 2012

I'M A HOUSEWIFE, PA & SECRETARY

Assalamualaikum...
Now aku kat Bangi, tapi dah on da way nak balik dah pun. Memandangkan aku dah jadi PA merangkap setiausaha kepada encik suami maka haruslah aku menemani beliau kemana sahaja dibawa belayar. Encik suami kena jadi jemputan untuk beri kursus selama 2 hari kat sini.

Jap lagi dah nak gerak balik sebab esok encik suami kerja. Walaupun agak rush tapi sangat berpuas hati sebab dapat jumpa mama dan adik is. Mulai sekarang aku kena selalu travel la kot ikut bigboss kesana kemari. Selagi larat boleh lah. Nanti kalo xlarat tetap kena tinggai jugak. 

Perkembangan baby, so far so gud. Nextweek checkup. Nak sangat tau jantina dia. Kami dah xtau nak panggil apa. Nama dah list punya la banyak. Tinggal nak pilih aja. Pening2 muntah2 dah kurang. Cuma sangat kuat makan. Malam2 tjaga mesti pi dapur makan. Pinggang pun selalu sangat sakit..

P/s : Ni perut dah buncit sikit aku pun konpius buncit sbb banyak makan or sbb si kecik ni membesar..Huhuhu
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...