Thursday, 27 September 2012

HARI SERBA TAK KENA


Assalamualaikum

Ekceli 25 September 2012 beberapa hari yang lepas adalah ulangtahun Encik Suami, Al-Farabi yang ke 34 tahun. So sehari sebelumnya iaitu 24 September aku ingat nak buat la Kek Karamel yang dia idam2kan beberapa hari sebelum ni. Tapi memandangkan oven rosak so ingat nak try kukus aje la.

Jenuh jugak tanya orang sana sini. Tup2 time nak buat, penimbang pulak hilang. Aku syak anak buah aku yang seludup bawak balik Kajang kot. Then dengan susah payah sukat main ikut dan aje, siap la adunan. Malangnya time nak kukus, baru je panaskan tak sampai 5 minit, gas pulak habis. Arghhh!!!

Call encik suami katanya nak balik, tapi tak jadi. So kena tunggu petang la dia balik kerja. Adunan kek pun macam dah turun je. Bayangkan dari pukul 12.30 buat, pukul 6 ptg baru kukus! Siap kukus, kek bantat. Yang bahagian bawah antara kek dan caramel tu bantat teruk. Padal kukus dah sejam. So tak tau sama ada tak jadi sebab kukus atau bantat sebab lama sangat duk biarkan.

Ekceli dari tengahari tu rasa tak sedap badan. Malam tu terus demam. Tengah malam pulak cirit birit sampai ke tengahari. Muntah siap. Tak tau salah makan apa. Kira menjelang hari jadi encik suami, aku demam. Wish pun awal pukul 11 sebelum tido. Hehehehe…

Kek caramel? Habis dah walaupon bantat… hahahahahhaa… 


4 comments:

Unknown said...

kan da kate

aiyooo

maybe lame sngt pon ye juga

nur amalina athman said...

agaknya sbb biarkan adunan tuu terlalu lama.

Unknown said...

happy belated abi

take care awin

Kira Sakura said...

sebab adunan dah masuk angin kot.. huuu xpe2 nt mintak pak abi belikan oven baru kan nk dpt bonus nie hahahhaa

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...