Showing posts with label 18sx. Show all posts
Showing posts with label 18sx. Show all posts

Saturday, 29 September 2012

MUKA LAWA PUN TAK GUNA...


Assalamualaikum

Lepas maghrib tadi aku dengan encik suami ke rumah jiran lama dia. Kebetulan hari tu ada jumpa kat bandar so dia jemput sekali. Dan duduk2 sembang datang pulak kawan2 tuan rumah yang lain buat direct selling. Halamak, ni lemah ni. Tak suka. Tapi nak tak nak aku join la dengar sekali. 

Dengar je tau!

Bila time part ‘perapat’ ni haaa dia dh cucuk2 aku. Katanya, muka kalau lawa pun tapi kalau ‘longgar’ laki lari jugak. Cess! Tapi dia bukan tuju kat aku la, dia cakap aje. Then dia tanya aku soalan… Dan soalan ni aku nak tanya kat hampa jugak lah…

‘Agak2 suami akan pilih yang mana, muka lawa ka, atau ‘ehem2’ bagus?’
‘Penah tengok x, bini punya la lawa, tapi kena tinggal? Yang geramnya lari ikut minah indon yang muka pecah tu?’

Haaaa, kat situ aku pun terfikir. Betul jugak ape yang dia kata. Nafsu wanita ada 99 kan? Tapi nafsu lelaki 1 dan yang itu sahaja. Dan bak kata Ustaz Azhar Idrus, tak lawa tak pa, boleh tutup lampu…. Haaaa…. Hampa faham dak apa yang aku cuba sampaikan?

So moral of this entry, jangan asyik nak melawa atas aje, bawah pun kena jaga sama. Kikikiki… Ini bukanla aku nak melucah ke apa, saja sebagai pengajaran bagi yang dah kawin aje… Kalau rasa dah ‘kureng’ tu, kamu kena buat sesuatu. Have to!!

Salam Sayang,

Tuesday, 26 June 2012

PETUA MENAMBAT HATI SUAMI


Megoogle, so ternampak satu petua untuk menambat hati suami. Biasalah pengantin baru, macam2 usaha la nak cari nak tambat hati suami. Tapi dah lama2, mana petua, mana nasihat pun tak diendahkan. Sebab dah pro... Hahahaha... Juz nak share apa yang aku dapat...


p/s : pesanan awal2, untuk bacaan 18 tahun ke atas sahaja!


Menjaga mulut suami.
Menjaga makan minum suami. Kalau boleh masak lah dengan air tangan sendiri. Elakkan membeli lauk di kedai. Walaupun tak berapa nak sedap, usaha pasti berjaya. Nak seribu daya, tak nak seribu dalih. Macam aku, kadang2 masak, kadang2 beli. Bukan berdalih, tapi tak sempat. Hehehe...

Menjaga kemaluan suami.
Memastikan kemaluan suami mendapat 'makanan' yang secukupnya. Islam mengharamkan dan melaknat isteri yang menolak ajakan suaminya untuk berjimak. Ada hadis juga yang menyuruh isterinya melayan suami walaupun sedang menunggang unta.

Ketika haid atau pantang bersalin, kebanyakan isteri tidak melayan nafsu suami. Ada juga dikalangan suami yang mempunyai nafsu yang agresif yang mahu nafsunya dilayan ketika waktu itu, maka wajib juga isteri melayan nafsu suaminya dengan cara tidak melakukan jimak tetapi melayan kemaluan suaminya. Lakukan la apa sahaja asalkan air mani suami keluar tetapi haruslah ingat, haram jika berjimak dan memasukkan melalui dubur! Dan haram juga jika suami mengeluarkan air maninya sendiri tapi suatu ibadah jika isteri yang mengeluarkannya.


Maksudnya, nafkah batin. Errr... Errr... Aku... Errr... Banyak kena belajar lagi :p So, no komen.

Menjaga minat suami.
Jangan menentang minat suami. Tapi cuba untuk meminati minat suami. If suami suka tengok bola, macam suami aku, errr cuba2 lah tengok bola sekali dua. Buatkan air ke, buatkan makanan ringan ke. Tak payah nak marah2 tukar siaran lain. If kita berkompromi dengan suami, mesti suami pun boleh berkompromi dengan kita. Bukan POLIGAMI okey!!! 


Ingatlah wahai isteri, hanya isteri yang taat kepada suami Allah akan mengizinkan memasuki syurgaNya melalui mana2 pintu!!




p/s : segan jugak aku baca entry mcm gini.....hahahhahaha... 


sumber : Laman Emjay
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...