Friday, 27 July 2012

SUAMI BUNCIT, SALAH SIAPA?


Assalamualaikum... 

Hari ni dah 7 Ramadhan. Semalam encik suami ajak pergi beli barang dapur. Memandangkan stock dapur dah banyak habis, then gaji pulak. So aku ape lagi, rembat troli paling besar punyaaa... Bersyukur sangat dianugerahkan seorang suami yang sangat memahami. Layan aje dengan aku ni. Kalau degan mama, mesti dah lama bising. 

Masa tengah beratur kat kaunter nak bayar, aku baru terperasan 3, 4 pasangan mungkin baru kawin dalam 2, 3 tahun kot. Kenapa suami mereka buncit? Ye, rata2 suami a.k.a lelaki yang dah kawin konpem buncit. Terus aku bisik dengan encik suami, tentang persoalan yang bermain kat minda isteri dia ni. 

Encik suami gelak aje. Katanya nanti perut dia pun mungkin akan sebuncit mereka2 kalau tiap2 bulan troli penuh macam ni. Then kata dia lagi suami buncit sebab isteri pandai masak. Ouch!! Tersenyum simpul aku depan kaunter. Tapi sambungnya lagi, isteri tak pandai masak pun suami buncit juga. Sebab kena habiskan nak amik hati. Cis! Tapi tak kira lah... Nasib baik perut dia maintain lagi... 

'Awak, jaga perut. Saya tak larat nanti nak jaga kalau kembar...'

p/s : Tapi sebenarnya aku rasa semuanya mungkin salah troli. 

Salam Sayang,

7 comments:

ayut said...

:) bila dah ada yg jaga dan sayang mesti ada perubahan jugak...smga berbahagia!

kechixx hussain said...

lelaki pun mengandung jugak lepas kawin..cuma tak leh beranak..hehehe..;)selamat berbuka;)

Ameerul Ashraf said...

Buncit itu menawan.. HAHA!
tanda bahagia la tuu~

Nur Atiqah Mohd Zaki said...

eheh.. laki mengandung tapi x kuar2 anak.. http://chocolateholic4eva.blogspot.com

Iffah Afeefah said...

errr buncit sbb mkn je keje

pastu xsenam

mujur de suami awin hehe

nn lylyn said...

betul tu salah troli hahaha ^^

kiera'sakura said...

nanti cari troli yang paling kecik kalau boleh yang troli tuk kanak2 tue haaaa hahahaha :p

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...