Saturday, 21 July 2012

MURTABAK PUNYA HAL!


Assalamualaikum...

Hari ni aku kirim murtabak kat husband. Tapi dia call cakap murtabak tak ada. Tapi mustahil. So mungkin dia saja je tipu. Tapi bila dia balik, memang tak ada murtabak. Kecewa sangat. Menitik jugak la airmata aku ni pada awalnya. Tapi lepas dia cakap esok dia janji belikan murtabak special, terus terpujuk. Aku pun paham gak situasi dia, mungkin terlalu ramai orang kt sana, maklum la 1st puasa. Orang excited berbelanja. Dia pun mungkin penat. So, aku cepat muhasabah diri. Tak boleh nak ikutkan hati kita aje kan. 

Then bila waktu berbuka, aku makan sikit aje. Bukan sebab merajuk pasal murtabak. Tapi aku takut muntah balik nanti macam semalam and subuh tadi. So makan sikit aje, nanti lapar, makan la lagi kan. Tapi husband salah faham. Dia ingat aku merajuk sebab murtabak. So, dia terkecik hati pulak dengan aku, disebabkan murtabak aje, aku jadi sugul xmo makan. Pulakkkkkk....

Tapi bila aku dah terangkan sumenye, dia yang termalu sendiri. Ahhh, tacing lebey la masing2 pun. Hehehee. Dia mungkin lupa kot aku ni dah start morning sickness. Nasib baik tak teruk. Alhamdulillah, sepanjang hari tak buat hal. Cuma semalam dengan sahur tadi aje. Hope tak muntah lagi, perit tekak ooo....

Murtabak cilok dari blog KAK LM

Moral of this entry :

~ Sebagai suami atau isteri, kita tak boleh pentingkan diri sendiri. 
~ Jangan membebankan suami walau sedang preggy sekali pun.
~ Perlunya komunikasi untuk elakkan salah faham.
~ Kena terima pendapat orang. Open mind. 
~ Jangan ingat kita aje yang betul (^_*)\/

Salam Sayang,

1 comment:

kiera'sakura said...

hihihi.. walaupun saya xpernah pregnant tp paham mcm mana situasi org preggy bila ngidam sgt tue..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...