Showing posts with label diari ibu. Show all posts
Showing posts with label diari ibu. Show all posts

Wednesday, 22 July 2015

TAK ADA REZEKI (MISCARRIAGE)

Asssalamualaikum

Belum terlambat untuk ucapkan SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI kepada semua readers kan. Tahun ni beraya kat Terengganu je huhuhu.

Hajatnya raya kedua baru nak bergerak balik ke Bangi sebab hari Khamis still kerja. Nak gerak balik raya pertama macam tak sampai hati pulak, takkan raya pertama dah seharian dalam kereta kan. 
So, hari pertama raya tu duk mengemas barang nak balik kampung, mengemas rumah sikit. Tiba2 time nak mengangkat beg, rasa sakit plak bawah perut. Wat ileks je la. Maybe makan banyak sangat kot pagi raya kan. Pastu wat itu wat ini, rasa sakit lagi. Makin sakit, pi toilet tengok2 darah penuh kat seluar. Ok, pikir period ja. Sebab bulan pose ni period memang tak datang. Mungkin senggugut.

Makin lama, sakit sampai rasa tak boleh nk luruskan badan. Berpeluh dahi ni. Terus masuk toilet lagi, cangkung atas lantai tiba2 something jatuh. Macam cicak pun ye, darah ketul pon ye. Terus panggil suami. 1st soalan dia "Pregnant ke??" mana la tau kan. Terus call makcik (nurse) tanya dia. Dia kata dah keluar kantung tak? mana la tahu kantung tu macam mana. Then dia suh pi spital bawak skali 'benda' yg jatuh tu.

Sebelum pi spital, aku masuk toilet lagi skali nk check kot la ade lagi. Tapi takda, ada darah biasa ja. Dalam sakit2 pon aku try teran sikit, kalau betul miscarriage, if keluar semua tak payah cuci. Orang kata cuci tu sakit! Takmooooo.... Teran slow2 ja pastu keluar darah ketul lagi. Lega sangat. Then terus pi spital. Klinik tak bukak raya2 ni.

Gi spital, doc scan, dia kata bersih dh. Doc kata estimated baby tu dalam 7 minggu. Huhuhu. Langsung tak pikir yang pregnant lagi. Adoyai. Tapi nak wat macam mana, tak ada rezeki. So tak balik mana2 la tahun ni.

p/s : kesian ecah tak dapat raya huhuhu.


Monday, 18 May 2015

AKHIRNYA MEREKA KE TASKA

Assalamualaikum
Hye bersama kembali kita dalam post entry yang seterusnya. Hehehe. Tudia, berkurun lama, kurahsiakan cintaku padamu...

Well well, perkembangan terbaru sangat lah berkembang dengan pesatnya. Hari ni hari kedua aku hantar anak-anak ke taska memandangkan aku akan mula bekerja pada awal bulan Jun nanti. Kalau sebelum ni aku rasa sedih nak tinggal Aisyah kat Taska tapi kalini aku teruja sebab dia sangat eksaited nak pi school. Lagipun Aisyah sangat petah bercakap, langsung tak pelat dah, macam budak 5-6 tahun dah gayaya.

Semalam ayah dia call from Sarawak, tanya kat school belajar apa? Suka hati ja dia cakap "Belajar alif ba ta, ABC, one two three.. Belajar tulish, warna...." amboiiii mengelat sangat kan. Jawapan hapal dari rumah tu. Mananya cikgu nak ajar semua tu kat sekolah dalam masa sehari? Hehehe...

Walaupun yuran pendaftaran mahal, tapi rasa ini lah masanya yang sesuai untuk aku hantar depa pi taska. Esok mungkin pi hantar ja, tak tunggu dah. Semalam pi daftar tengahari dah. Sekejap ja pun pi dalam 3 jam. Harini pun pi lewat jugak sebab pengurus taska ckp dia mai lambat. Esok hantar pagi, tengahari pukul 3 boleh la pi ambik.

Now A-Z aku yang kena handle memandangakan duk PJJ ngan En. Somi ni kan. Aduhai. Semoga semangat aku kuat mental dan fizikal. Huhuhuhuhu. 

Salam Sayang

Thursday, 6 November 2014

ADAM HARRIS 3 BULAN SUDAH!

Assalamualaikum
Pejam celik pejam celik, semalam genap umur Adam Harris 3 bulan. 5 November 2014. Sekejap aje kan? Harris masih belum boleh meniarap lagi. Tapi dah boleh nak pusing kiri kanan sikit. Kalau tiarapkan dia tido, bila bangun dia mesti nak angkat kepala. Pastu nangis sebab penat. Hehehe.

Menyusu sangat kuat. Sampai sakit pinggang duk menyusukan dia. So solution nya terpaksa pam pam pam. Kasi minum pakai botol. Nasib baik la pakai pam letrik, so xde la penat sangat nak mengepam. Stock susu pun alhamdulillah banyak. 

Kadang2 ada jugak try kasi kat Aisyah jugak. Tapi dia nak termuntah pulak. Hahahaha. Mana tak nya, dah lama minum susu tepung, rasanya manis. Bila tetiba minum susu ibu, memang la tak best kan. Kadang2 dia tengok je Harris menyusu badan, bila offer malu2 plak dia nak datang. Bila peluk, dia menggelupur tak nak hisap. Sampai nak termuntah2. hahahaha.

Okey itu saja sesi menaip untuk hari ni. Tata!

Salam Sayang,

Wednesday, 15 October 2014

PENING MUNTAH-MUNTAH

Assalamualaikum
Haaiii ramai sungguh orang kawin time hujung2 minggu ni kan. Tak menyempat tunggu cuti sekolah. Konpem cuti sekolah dah plan nak gi honeymoon lettew. Hari Jumaat haritu pi majlis akad nikah anak kepada ibu angkat asben. Then hari sabtu baru kenduri.

So pergi la kami 5 beranak termasuk bibik sekali. Hehehe. Pi tengahari, balik tu rasa tak sedap badan. Tapi pikir mungkin tengahari kot. Tapi malam tu start sakit kepala berdenyut Ya Alllah hanya Tuhan yang tahu. Telan panadol active fast pon tak jadi ape. Terus tido dalam sakit pon.

Pukul 3 pagi pening, terus muntah2. dekat 7-8 kali ulang alik toilet pi muntah. Sakit kepala tetap tak hilang. Nak kata salah makan, takkan la sebab perut tak sakit. Tak cirit birit pon. Petang tadi okey aje. Tak de la pulak rasa nak demam ke ape ke. Takkan mengandung lagi kot hahahaha... Takkan laaaa kan.

Pukul 3 pagi sampai subuh tak henti muntah. Sampai terkencing2 dalam seluar nkooo.. Hahahaha. Then pagi tu asben gi opis siap pesan, kalau muntah lagi call, nnti gi klinik. Pukul 9 muntah lagi. Terus call n siap2 nak gi klinik. Baru nak naik kereta, sempat lagi muntah lagi skali. Gi klinik doc cakap, aku demam rupanya. 39c. Panas kepala itu yang buat jadi sakit kepala n muntah. So dapat 3 ubat, ubat demam, ubat pening/tahan muntah dan antibiotik. 

Balik rumah, muntah pulak lagi sekali. Terus sarapan then makan ubat pastu tido. Asben ambik cuti jaga anak. Hehehe. Alhamdulillah malam tu dah rasa okey sikit. Esoknya terus okey macam tak ada apa2. Pelik jugak demam kali ni. Datang tiba2, sembuh pun cepat je. Alhamdulillah. Kalau tak, memang melepek la 2 3 hari.

Salam Sayang,

Monday, 22 September 2014

AISYAH DAH MASUK TASKA?

Assalamualaikum
Semalam hantar Aisyah ke taska. So untuk hari yang pertama aku ingat nak tengok la sekejap keadaan taska, dan macam mana penerimaan Aisyah kat sana. So pukul 8 pagi aku dah drive hantar Aisyah. Baby Harris tinggal kat bibik kat rumah.

Taska tu cantik. Kalerful. Masuk aje Aisyah dah happy sebab ada ramai kawan sebaya. Elok je dia masuk group nak berkawan. Aisyah jenis budak yang suka berkawan, sayang kat kawan. Tak pernah pulak aku tengok dia tarik rambut ke, gigit ke kat orang sebelum ni. 

Cikgu2 kat sana baik belaka. Senyum manis. Tapi kat belakang tak tahu lah kan. Sejam lebih kat dua jam aku tunggu. Aisyah langsung tak tengok kat aku perhatikan dia. Syok sangat berkawan. Then time aku nak balik, salam dia, lambai2 dia, langsung tak nangis. Elok je lambai balik.

Lepas tu aku pun balik. Tapi fikiran asyik fikirkan Aisyah. Berhenti sekejap aku tepi jalan. Banyak yang aku fikir. Berjauhan dengan Aisyah. Okey ke dia? Kawan2 dia okey ke? Makan, mandi macam mana? Dah tak sedap hati. Sebab Aisyah anak 1st. Tak ada pengalaman berjauhan dengan dia. 

Terus call suami. Tetiba jadi sebak. Call bagitau dah hantar Aisyah (dah mula nangis hehehe) Suami pun jadi risau kenapa pulak aku yang menangis. Hahaha. Terus aku drive pegi opis dia. Mintak dia kuar sat. Dia masuk je dalam kete, terus banjir la aku. hahahaha. Aku pujuk dia, merayu jangan hantar Aisyah kat taska lagi. Tunggu 3-4 tahun, biar dia boleh bercakap sepenuhnya dulu. Tunggu aku ajar dia apa yang patut dulu.

Suami pun setuju lah. Memandangkan isterinya ni dah bengkak mata kan. Terus kami pagi taska balik ambik Aisyah. Cikgu kat taska gelak je bila ayah Aisyah explain. Tinggal tak sampai sejam, dah rabak mata kan. Hahaha. Macam la nak serahkan Aisyah selamanya. huhuhuhu.

Aisyah Aisyah. Kat rumah ibu bebel2 kat Aisyah kan. Selalu jerit nama Aisyah kuat2 kan. Selalu marah bila Aisyah sepahkan kabinet dapur kan. Selalu malas nak layan Aisyah tarik tangan ibu ajak main kan. Huhuhuhu... Okey lepas ni ibu akan layan Aisyah 100%. Mintak maaf sangat2. huhuhu

Banyak sangat aku kena belajar sekarang. Semoga aku terus kuat!! 


Salam Sayang,

Wednesday, 17 September 2014

44 HARI. ALHAMDULILLAH

Assalamualaikum

Alhamdulillah, hari ni genap 44 hari usia Harris. Secara tak langsung dah tamat la sudah tempoh berpantang untuk Harris. Tapi banyak jugak kena pantang lagi sebab sedang menyusukan Harris direct kan. 

Pengalaman berpantang kali ni sangat cincai. hehehe. Ni kalau my mama tahu memang teruk la kena bebel. Yelah mama ada kat rumah 2 minggu ja. Pastu mama balik Bangi. Then seminggu lepas tu datang balik pastu kitorang terus ke Negeri Sembilan rumah family husband.

Minggu ke-3 kalau tak silap, tak sampai sebulan pun lagi, mama dari Bangi nak mai Ganu balik. Tapi naik bas sebab Adik Is tak pernah naik bas katanya. Nak try la hehe. Pastu mama cakap tak payah jemput sebab mama nak berhenti kat tepi jalan besar dekat rumah aku. 

Kebetulan pulak hari tu En. Rumate meeting. Hp off. Dia pun lupa mama nak mai. Alih2 mama call cakap tersilap turun bas daaaa... Takkan nak mama tunggu sampai malam. Nak tak nak, aku drive pergi amik. Hewhewhew. Mama punya la terkejut! Dan dan suh aku tukar seat, dia yang drive. Lepas tu tahan telinga aje la dengar dia membebel.

After that, kami balik Nismilan rumah mertua. Mertua tak strict sangat pantang. Bertungku sekali ja, makan pun tak pantang. Hape lagi, bedal ayam laaa... Hahaha. Nasib baik tak da pape. Kalau mama tahu ni, konpem berkarung2 la dia bebel.

Walaupun dah 44 hari, ekceli dah lama dah habis pantang 44 hari tu. Cuma ais dan makanan2 yang sejuk aje la tak makan sebab menyusukan Harris. Kang kembung pulakk anak aku. Hahahaha... Hope tak ada la effect jangka masa panjang huhuhu. 


Salam Sayang,

Thursday, 28 August 2014

BANGGA DENGAN NUR AISYAH HUMAIRAH

Assalamualaikum
Tak sangka pejam celik pejam celik, puteri sulungku Nur Aisyah Humairah dah besar, dah cerdik, dah pandai, dah boleh berfikir. Mungkin sel-sel otaknya dah mula berhubung kot. Hehehehehe... Poyo tak?

Memang indah rasanya bila anak membesar depan mata. Keletahnya adoyai, krem pipi duk gelak. Kadang-kadang rasa terharu, kadang-kadang ada jugak rasa geram. Hahahaha. Biasalah budak-budak. Sebenarnya nak cerita pasal Aisyah kelmarin.

Kelmarin ayahnya balik kerja nak solat asar, tak sempat solat kat opis katanya. Elok nak bentang sejadah, Aisyah duk ketuk pintu bilik nak masuk. Bila dah masuk terus nak ikut solat jugak. Siap kena bentangkan sejadah untuk dia jugak lah. Ayah dia nak pakaikan telekung dia tak nak. Nak kopiah macam ayah. Layan aje lah.

Alih-alih lepas solat semua dia tarik telekung aku yang tersidai, heret bawak keluar kat aku. Katanya "bu... awoobak.. awoobak.." hahaha ooo pandai nak suruh ibu dia solat jugak. Then aku kata, dah solat dah tadi. Takkan nak explain kan, mana dia paham. 

Then malam pulak, ayah dia bawak pergi beli barang-barang keperluan dapur. Tak nak bawak tapi mengamuk pulak. So, kena bawak bibik sekali la sebab aku tak pergi. Ayah dia cerita, tengah-tengah isi barang dalam troli, tiba-tiba ada makcik tu beg dia terlanggar ubat gigi. So jatuhlah ubat-ubat gigi tu. Bila nampak makcik tu kutip ubat gigi, Aisyah pun pi tolong angkat jugak. Alaaaaaa bagusnyaaaa!!! 

Pastu makcik tu duk puji la budak Aisyah ni. Mungkin suka kat budak-budak kot terus dia bagi Aisyah duit RM5. Duit raya dia cakap. Orang dah bagi kan. Upah Aisyah. Hehehe. Then dia simpan duit tu dalam poket. Lepas siap beli barang nak pi bayar. Sampai aje kat kaunter, terus Aisyah seluk poket nak bayar kat kakak kaunter tu RM5 dia dapat tadi. 

Alahaiii anak. Syukur sangat tak pernah kedekut kalau hak dia. Ayah dia cakap tak pa la, simpan. Mengamuk pulak. So kasi aje la. Then ayah dia ganti duit lain suh simpan. Bila dengar cerita dari ayah dia, rasa nak nangis pun ada. Ya Allah... Alhamdulillah.

Semoga Aisyah terus jadi budak baik, suka tolong orang, tak kedekut dan yang penting jadi anak yang solehah. Kalau macam ni, tahun depan lagi sorang pun tak pa!!! HAhahahahahahaha...

Salam Sayang,

Tuesday, 26 August 2014

TASKA UNTUK AISYAH

Assalamualaikum
Harini berbincang dengan En. Rumate tentang Aisyah. Dah lama sebenarnya En. Rumate cakap pasal hal ni tapi kami hold dulu sebab Aisyah masih kecik. Now Aisyah 1 tahun 5 bulan lebih dah. Berjalan pun dah mahir, communications dengan kita pun okey. Tak boleh bercakap fasih tapi kita boleh paham apa yang dia nak sampaikan.

So, En. Rumate bercadang nak hantar Aisyah ke Taska. Taska tu dah survey lama dah. Bukan sekadar taska tempat jagaan kanak-kanak tapi more to school. Ada banyak aktiviti permainan yang boleh meningkatkan perkembangan kanak-kanak. Katanyaaa. 

Nama Aisyah dah booking sebenarnya. So bila-bila masa aje pihak taska boleh call suh hantar if ada kosong. Sebab tu kena discuss betol-betol hahaha. Harap-harap lepas pantang ni nama Aisyah dipanggil, at least boleh temankan and intai Aisyah dari jauh macam mana dia kat sana. 

Kakak aku cakap, kesian Aisyah tak dapat bermanja. Dah la masih kecik, dapat adik lagi. Pastu nak hantar taska pulakkk. Hahaha. Kalau nak ikutkan, kesian jugak. Tapi kami tak pernah pilih kasih. Dua-dua sayang sangat-sangat. Walaupun Aisyah ada adik baru, kami tak pernah sisihkan Aisyah tauuu. 

Lagipun tengok dia macam bosan aje main sorang-sorang. Main masak-masak sorang-sorang, tengok Upin Ipin sorang-sorang. Bila anak-anak jiran duk riuh main kat luar, dia macam excited aje tengok nak main jugak. Asyik panggil2 aje kawan-kawan kat luar.

Memang aku selalu duk main ngan dia jugak, tapi yelah macam kita la jugakkk, kuar shopping ngan mak atau ngan kawan-kawan, mana lagi best??? Kompem la shopping ngan kawan-kawan kannn?? Haaaa... Aku ni ibu yang memahami apeeee... 

So, everything for u Aisyah... 

Salam Sayang,

Monday, 18 August 2014

BILA AISYAH PEKENAKAN ADIKNYA HARRIS

Assalamualaikum,
Alhamdulillah dah 2 minggu berpantang untuk anak kedua, Harris. Semuanya okey walaupun mama dan mak mertua dah balik ke rumah masing-masing. Nasib baik jugak ada bibik boleh tolong itu dan ini. Lagi 2 minggu mama datang balik. 

Sebenarnya sekarang tengah duk runsing pasal Aisyah. Mungkin dia tak tau adik dia ni manusia kot. Huhuhu. Mungkin dia ingat anak patung taktau la. Suka hati dia pi sumbat hidung adik dia dengan cotton bud. huhuhu.

Alkisahnya kami 4 beranak tengok tv, then aku kedapur nak simpan susu Harris dalam fridge. Ayahnya tengok tv, Aisyah tengah main masak2 sebelah ayahnya. Keluar dari dapur, tengok2 ada benda terjojol kat hidung Harris. Rupanya cotton bud. 

Ntah bila pulak dia pandai eksperimen macam tu. Ayahnya pun tak perasan bila dia duk dekat dengan adik. Nasib baik tak jolok dalam and budak tu tak nangis. Kalau tak, naya jugak la malam-malam macam ni. 

So, lepas ni tak boleh leka sangat dengan Aisyah ni. Aishhhh... Risau pulak jadinya. Dah la dah pandai berjalan. Adoiii... Kena buh adik dalam katil baby, kena lock jugak ni... Tak boleh jadi huhuhuhuhu... 

Aisyah Humairahhh... Namo laaa gituuuu... huhuhuhu :'(

p/s : tadi nak buh balik cotton bud dalam hidung Harris pastu nak amik gambar. Pastu kena marah hahahaha... sapa lagi yg nak marah kalau bukan ayahnya. huhuhuhu... ok fineee... 

Salam Sayang,

Wednesday, 13 August 2014

9 HARI BERPANTANG

Assalamualaikum,
Alhamdulillah hari ni dah 9 hari berpantang. Semuanya okey berjalan dengan lancar. Tali pusat Harris pun dah tercabut. Senang la sikit nak cuci pusat dia, tak la takut sangat nak godek2 benda alah yang tersangkut kat pusat dia. Walaupun dah tercabut, masih perlu dicuci sehingga betul-betul dah kering. 

Berpantang kali ni tak la seperit macam tahun sudah. Mungkin dah berpengalaman, dan pengalaman tu baru je berlalu tahun lepas, so so easy lah! Hehehe... Lagipun tak sesakit tahun lepas. Sekarang ni pon dah boleh berjalan dan duduk macam biasa, tak takut2 dan sakit macam dulu. Dulu, nak duduk atas kerusi punya la payah. Duduk pun kena senget sebab sakit. Tapi itu semua pengalaman yang sangat berharga!!

Pasal Aisyah pulak,

Hmmm, dah pandai jeles anak aku ni. Ada ke patut dia tak kasi aku peluk nak susukan Harris. Tapi bila susukan sambil baring tak pa. Asalkan jangan peluk. Aduhaiii Aisyah. Sejak bila la pandai jeles ni. Pastu sekarang asyik asyik ajak ayah dia pergi jalan " yah yah, jom.. yah yah, jom.." haahahaha...

Sekarang ni memang dia rapat dengan ayah. Mandi ngan ayah, makan nak ayah suap, jalan2 ngan ayah, tapi nak tido cari celah tiak ibu jugak. Dengan nenek langsung tak nak. Haihhh... Rugi Aisyah tak nak berbaik ngan nenek. Hahahaha. 

p/s : bosan betul berpantang kali ni. Sebab tiap kali nak main game, mesti berebut ngan Aisyah! Grrrr... 

Salam Sayang,

Wednesday, 6 August 2014

SELAMAT DATANG ADAM HARRIS

Assalamualaikum,
Alhamdulillah... Tepat 6.31 petang, 5 Ogos 2014 bersamaan 9 Syawal 1435h maka lahirkan permata hati kedua kami, seorang PUTERA seberat 2.9 kg. Alhamdulillah syukur dikurniakan seorang lagi amanah yang sempurna rupa fizikalnya.

Selamat datang sayang. Adam Harris. Pengawal dan Pelindung.

Semoga menjadi anak yang soleh di dunia dan akhirat. Aminn.

Kisah bersalin kali kedua sangat berbeza dari sebelumnya. Berbeza tempat, berbeza sakit, berbeza semuanya. Nanti lah cerita ya...

Bye bye ayam, rendang, ketupat, lemang... Welcome ikan bakar lada hitam huhuhuhu... 

Salam Sayang,

Monday, 4 August 2014

SELAMAT HARI RAYA MAAF ZAHIR & BATIN

Assalamualaikum...
Masih belum terlambat untuk saya mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir Dan Batin kepada pembaca blog saya (kalau ada) kawan-kawan, musuh-musuh, haters, gunting dalam lipatan, duri dalam daging, talam dua muka yang pernah mengenali diri ini secara langsung atau tidak langsung.

Mohon ampun maaf dipinta dari hujung rambut hingga hujung kaki sekiranya saya ada terkasar bahasa, terguris hati, tercoreng muka kt korang ye. Moga Syawal kali ini memberi seribu makna buat kita semua. Terima kasih atas apa yang dah terjadi. :)

Pasal Raya, semua juadah raya masih mampu buat sendiri. Kek Batek, kuah kacang, nasi himpit, Nasi Tomato, Ayam masak merah bikin sendiri. Kembang lubang hidung bila dipuji sedap. Hehehe. 

Alhamdulillah Syawal kali ini kami sekeluarga beraya secara sederhana. Tak balik kampung. Hanya di Kuala Terengganu. Semua juadah raya dah sempat santap. Now hanya menunggu 'Bos Kecik' menendang nak keluar sahaja. 

Checkup 37 minggu, kepala dah kebawah. Doc kata tunggu sakit saja lah ni. Kalau rasa sakit lain macam tu, terus pergi spital. Nak beranak la tu. Hehehe. Tapi masih belum rasa apa-apa. Ikutkan due 23 Ogos ni. 

Okeylah! 

Thats all... Tata.

Salam Sayang,

Thursday, 24 July 2014

MELAYU KITA. AKU KECEWA

Assalamualaikum,
Semalam aku ajak En. Suami jalan ke bazar. Kemudian kami singgah di kedai perabot area berdekatan dengan rumah kami. Katanya kedai Bumiputera. Untuk menyokong barangan kaum Melayu la katakan, kami singgah nak survey tilam. 

Yelah, mama, abah, adik Is dan beberapa lagi adik beradik tiri aku nak balik beraya dengan aku kat sini. Jadi mestilah aku kena lengkapkan keperluan yang sepatutnya. Lagipun memang kami nak lengkapkan memandangkan kami baru pindah kan. 

So, langkah masuk, dalam pukul 5 petang. Terintai-intai kami mana pekerjanya. Ada 3-4 orang kat luar tapi sibuk balut perabot nak hantar. Kemudian datang seorang salesgirl cantik bertudung. Then aku terus tanya pasal tilam. Katanya ada tapi dalam. Then dia terus ajak aku ke sana melalui celah-celah barangan perabot yang agak sempit. 

Mengeluh aku nak melangkah. Bayangkanlah perut yang memboyot ni aku nak lalu tempat sempit. Aku mampu tengok aja budak tu jalan laju-laju ke belakang. Then En. Rumate cakap lalu ikut lain. Aku stop, berundur then lalu ikut depan. 

Memang ada banyak tilam. En. Suami yang banyak tanya yang ni harga berapa? Yang tu berapa? Apa beza duanya? Sana pulak berapa? Jenama apa? Yang salesgirl tu pulak asyik jerit-jerit tanya salesman yang duk jauh dari kami. 5 kali tanya, 5 kali dia jerit tanya. Bila tanya berapa dapat paling kurang? Dia cakap kena tanya tokey. Tokey pulak, duk main handphone kat meja boss beberapa  meter dari kami. Langsung tak menoleh.

Then En. Rumate cakap, takpa lah. Nanti kami datang lagi kalau jadi. Kemudian kami teruskan ke area Bulatan Ladang Kuala Terengganu. Kedai tu Cina punya. Aku baru masuk kedai terus apek tu datang senyum2 tanya mau cari apa? Siap tegur anak aku Ecah makan roti tak puasa...

Bila cakap nak cari tilam, terus bawak aku area tilam. Siap cakap, "u lalu sana aa, sini jalan sempit" dalam hati aku terdetik cara layanan kat kedai sebelumnya tadi. Berbeza sungguh!! Bila sampai kat tilam banyak2 tanpa tanya apa-apa terus dia tunjuk satu per satu, yang ini harga berapa, kelebihan dia macam mana, yang 2nd berapa, 3rd berapa, kelebihan apa, beza dia. Siap tanya bajet aku nak berapa. Dan suggestkan aku yang mana... Details!

See!!! Nampak tak?? Terus aku konpem beli kat situ walaupun harganya mahal sikit dari tilam kat kedai tadi. Lagipun brandnya lagi bagus. Time nak bayar deposit, nak lukis peta, tokey sendiri tulis resit. Bodek2 dapat lah free gift bantal peluk sebijik lagi. Sepatutnya bantal tidur aje 2 bijik. 

Aku bukanlah racist. Memang kalau boleh aku nak sokong barang dari Bumiputera. Gerigi besi kat rumah pun kami tempah dengan bumiputera. Sebab nak support punya pasal. Nak-nak asben aku memang memberi keutamaan kepada bumiputera sebab company dia kerja pun salah satu company engineering bumiputera dan company dia mengutamakan supplier bumiputera berbanding yang lain. 

Bila jadi macam ni, aku mengeluh jugak lah. 

Patutlah kaum kita susah nak maju. Susah nak maju kalau macam ni lah sikap kita. Jauh beza. Sangat jauh!!! 

Kecewa betul.


Salam Sayang,

Thursday, 10 July 2014

PERKARA/BENDA WAJIB BILA ANAK DEMAM

Assalamualaikum,
Okey harini nak share pengalaman bila anak demam. Aisyah 1st demam bila nak tumbuh gigi. Kerap demam sebab lepas satu-satu gigi nak keluar. Pada mulanya risau sangat. Sebab takot jadi apa-apa kesan sebaliknya bila suhu terlampau panas.

Now, dah boleh buat preparation untuk Aisyah bila dia demam. Ada beberapa benda yang WAJIB ada dan WAJIB buat bila anak demam... 

1. TERMOMETER
Benda ni sangat perlu! Kat rumah aku ada 3 termometer digital. 1 letak kat rumah, 1 lagi dalam kereta in case balik kampung demam kat kampung or travel. 1 lagi dalam handbag. Suhu always kena sukat. Jangan lupa kasi pada pengasuh (beg pakaian budak).

Kadang2 setiap setengah jam aku sukat untuk pantau suhu dia sambil lap badan dan basahkan rambut. Below 38 okey lagi la if tengah malam nak pergi klinik kan. Kalau atas 38 dah mula risau. Kalau hampir 39, kena bawak pergi klinik walau tengah malam sekalipun.


2. COOL FEVER
Wajib ada. Simpan lah buat spare sekotak dalam peti ais. Kalau tak nak sekotak, satu piece pun jadilah. Tapi aku jarang buh dekat dahi Aisyah. Sebab kata orang nanti suhu panas tu naik ke kepala. So aku tampal kat belakang badan dia. Kepala dia aku juz basahkan rambut dengan air.


3. UBAT DEMAM (BONTOT)
Ubat ni pon kena ada. Masa demam dulu doc ada cakap kena simpan untuk kes kecemasan. Ubat air untuk demam biasa tapi if tengah malam suhu tinggi melampau, doc suruh cucuk ubat ikut bontot. Pastu baru datang klinik. Ubat cair if dah terbuka, after 3 bulan dah tak boleh guna lagi. Tapi ubat bontot boleh tahan. Tapi jangan la sampai bertahun-tahun ye dak?


4. BOTOL AIR MASAK
Bayi 6 bulan ke atas baru boleh minum air masak ye. Budak demam demam kena banyak minum. Selalu lah kasi dia botol air masak. Minum sikit-sikit pun jadi lah. Aisyah pun naik jemu bila aku selalu hulur botol air dia, sampai dia langsung takmo botol tu. Hahaha. Alih2 tukar botol baru nak!

5. SELALU TUKAR PAMPERS
Bila demam, badan mesti tak selesa kan? Then bila minum banyak susu/air mestilah kencing pun banyak. Sekejap aje pamper dah berat. Cepat-cepat lah tukar. Sebab suhu dalam pampers tu panas. Yelah terperap aje kan. 

Aisyah punya bila kita boleh picit pampers kat luar (rasa macam lembik jelly) aku dah tukar baru. Jangan sampai penuh baru nak tukar. Then bila tukar, sembur kat atas permukaan pampers tu dengan air, baru pakaikan pada anak. So, punggung akan rasa sejuk sikit.

6. JANGAN PAKAIKAN BAJU
Bila Aisyah demam, hanya pampers dan seluar kecik aja tersarung kat badan Aisyah. Kalau kita yang demam, kita selimut satu badan kasi peluh keluar kan? Tapi budak lain, Tak boleh suhu tinggi sampai 39 ye. Dan selalu lap badan dia. Kepala pulak bila nampak rambut kering terus basahkan rambut dia. 

Tak kisahlah tengah tido pun aku still rendam kain kecik dalam bekas, then perlahan2 ramas kain basah tu kat hujung dahi pastu baru tekapkan kain lembap tu kat dahi. Lapik bantal dengan tuala. Tapi bantal tetap basah. Its ok. 
______________________________________________________________

Haa, itulah sedikit sebanyak perihal kalau anak demam. Memang aku tak akan berjauhan dengan anak. Dan aku pun tak boleh nak tidur bila anak tengah tidur sebab kena alert suhu dia. Time tidur tu lah, nak tengok suhu, nak lap badan, nak basahkan rambut, nak tuam dahi pastu nak pikir nak masak apa untuk dia. Maklumlah kan, bila demam mesti makan pun tak macam sebelumnya.

Bagi ibu yang bekerja pulak, selalu lah call pengasuh tanya suhu anak. Kadang2 pengasuh terlupa bila sibuk buat kerja lain. Pengasuh dengan diri sendiri yang jaga tak sama ye. 

Sharing is caring!! With love muah muah!!

Salam Sayang,

Tuesday, 8 July 2014

REZEKI BULAN PUASA

Assalamualaikum,
Hye sayangs semua... Dah 10 hari kita berpuasa. Alhamdulillah semuanya berjalan lancar. Masih penuh. Masih bertenaga untuk memasak untuk berbuka, melayan kerenah Aisyah dan ayahnya. Penat tu biasalah.

Menu harini sup ayam, telur dadar, kailan ikan masin, sambal bilis tempe. Menu tak pedas ajelah, sebab 'mem kecik' dah pandai buat muka pedas dah pandai demand. Tak pedas pun cakap pedas. Hahaha.

Minggu ni kena cari baju raya Aisyah sikit lagi. Haritu beli pun alang-alang tengah buat preparation untuk 'boss kecik' lupa pasal 'mem kecik'. Itupun kalau larat nak pergi jalan. Baby pun asyik mengeras je ni. Sabar ye, kasi ibu raya dulu baru boleh keluar.

Mengikut kata mama, lepas raya kena get ready mental fizikal semua. Sebab lepas raya tu dah masuk 36 minggu. Mama, kakak dan pengalaman aku bersalinkan Aisyah pun semuanya bersalin minggu ke 37-38 macam tu. So raya ni, kena makan banyak2. Hehehe..

p/s : alhamdulillah rezeki bulan puasa, dapat lagi 3 CPUV baru. Thanks NUFFNANG, sekarang rajin betol masuk jenguk nuffnang hehehe... cayang cikit MMMUUUAAHHHSSS!!!

semalam dapat dari Tesco Delivery Lab dan Julie's LINE New Packaging, harini dapat dari Kastam Malaysia pulak... :)



Salam Sayang,

Sunday, 22 June 2014

SUSU UNTUK ANAK YANG KURANG/SUSAH NAK MAKAN (PICKY EATER)

Assalamualaikum,
Hye semua... Alhamdulillah sampai ke hari ni kesihatan kami sekeluarga sangat baik. Cuma adalah demam sikit, Aisyah pun demam tumbuh gigi lagi. Tapi semua dah ok. Baby pulak dah masuk 31 minggu. Checkup pun ok semua ok. Syukur.

Kisah Enfalact/Enfagrow
Cuma nak share pasal susu Aisyah. Sebelum ni selepas tak breastfeed Aisyah minum Enfalact A+. Lepas tu bila dah masuk setahun lebih tukar Enfagrow A+ Step 3. Tapi dia kurang sikit. Mesti tak habiskan. Maximum minum pun 5oz je sekali minum. Runsing jugak.


Pastu baru nak naik badan, demam tumbuh gigi pulak. Susut balik. Makan pun kurang, ikut mood dia. Macam mana nak naik. Terus kami pergi jumpa Pakar Kanak-Kanak masa dia demam tu. Doc kata, normal baby setahun 9 kilo. Tapi Aisyah setahun 3 bulan masih 8.8kg huhuhuhu...

Kisah S-26 PE Gold
Then doc sarankan untuk tukar susu Aisyah. Dia kasi sampel susu S-26 PE Gold. Then kasi Aisyah, dia minum ok je. Terus pergi beli walaupun susu Enfagrow masih baru beli dan masih ada satu pack yang belum bukak. Tak apalah, asalkan anak sihat sudah lah.

Alhamdulillah, susu kali ni Aisyah suka. Now dia isap 7oz ok!! Berbanding sebelum ni 5oz tu pun tak habis. Makan pun dah banyak sekarang. Thanks sangat kat susu S-26 PE Gold!! Doc cakap jugak susu ni untuk budak yang kurang makan, susah nak makan. 


Harga lebih murah
Harga S-26 PE Gold jauh lebih murah dari Enfagrow dan Enfalact. Ingatkan susu mahal, anak makin gemuk la. Hahahaha... Tak apalah murah ke mahal, asalkan Aisyah sihat, nak makan banyak!!..

Pendapat ibu-ibu, kawan-kawan
Ada tanya kawan yang mengasuh baby kat taska, katanya kebiasaannya budak yang minum S-26 ni aktif sikit. Kalau Enfalact/Enfagrow dia mcm cerdik sikit. Kawan-kawan, kakak pun cakap yang sama. Tak apalah, ibu memang nak Aisyah aktif. Sihat. Suka sangat tengok Aisyah makan banyak.

So, kakak-kakak, abang-abang kat luar tu, kalau anak macam Aisyah, susah minum susu, makan pun tak nak, berat tak naik, try lah tukar S-26 PE Gold. Cubalah demi anak anda. Ceeee.... hehehe...

ok babai!

Salam Sayang,

Tuesday, 17 June 2014

RESDUNG!!

Assalamualaikum,
Resdung!!! Dulu kalau makan seafood mcm udang ketam sotong kadang2 kalau yang tak fresh tu dia mai gatai2 hidung. Bersin2 pastu tersumbat. Pastu lama2 elok la balik.

Sejak awal tahun ni kalau tak silap, pagi2 bila bangun tido hidung tersumbat pastu bersin2 mcm orang selsema. Tapi tak lama, dalam sejam dua, dia ok balik. Tiap kali tido tak kira lah tido malam ke siang ke, bila bangun ja jadi mcm tu.

Lepas tu akhir2 ni, hidung macam tak ada deria bau. Hidung tak tersumbat pon, elok je tapi tak dapat bau. Contoh En. Rumate bising duk cakap ada bau taik kucing, tapi aku yang duk sebelah taik kucing tak bau apa2 langsung. Sebelum ni Ecah lalu sebelah pon aku boleh teka dia berak. Huhuhuhu...

Awat ni hidung ku... En. Rumate tanya bau ape ni? Best la... Aku ni pulak terkial2 bau ape??? Bibik cakap bau pelembut pakaian Downy. Huhuhu... Aku langsung sampai sekarang tak tau macam mana bau Downy yang baru tu macam mana. 

Huwaaaaa!!!! Ni kalo masak nasi hangit kat dapur pun aku tak tau ni... Serius!


Salam Sayang,

Sunday, 11 May 2014

SELAMAT HARI IBU

Assalamualaikum,

Mood membebel sudah mari hihihi... Alhamdulillah semasa menaip entry ni 11 Mei 2014 sempena Hari Ibu, kandungan dah masuk minggu ke 25. So far semuanya dalam keadaan baik. Alhamdulillah. 

Sekarang ayahnya sibuk nak cari nama. Hari ni nama lain, esok tiba2 panggil nama lain pulak. Haiiih ayah. Ayah pun dah kurang keluar malam-malam. Kalau tak dalam seminggu tu selang sehari keluar pi main futsal lah, badminton lah. Tak pe Yah, kalau ayah gendut pun ibu sayang jugak :)

Perkembangan pasal Kak Long Ecah pulak, sejak dapat kaki memang tak reti duk diam. Mulut pun hamboi bukan main lagi. Kadang2 ibu dengan ayah saling berpandangan bila tengok Ecah buat/cakap apa yang kami tak jangka. Cepatnya kamu membesar wahai anak. Ecah boleh dikategorikan sebagai 'nakal'. Keletah dia nak marah pun jadi gelak. Sayang Ecah!

Pasal Ibu pulak, nothing. Cuma gembira sangat-sangat. Syukur! Macam mana kita sayangkan anak, macam tu lah ibu kita sayangkan kita. Love u mama! Love u so much... Happy Mother's Day!

Salam Sayang,

Friday, 2 May 2014

MENU 1 (WEDGES HOMEMADE)

Assalamualaikum,
Dah masuk bulan Mei.. Diam tak diam baby pun dah nak masuk 6 bulan. Alhamdulillah doc scan katanya baby hero pulak kali ni. Aisyah pun dah masuk setahun 2 bulan. Gigi baru 7 batang, mulutnya banyak, kaki pun baru 'dapat'. Mengejar aje lah ayahnya. 

Bila dah aktif berjalan ni, makan pulak tak nak. Yang dia nak makan juz benda yang dia boleh pegang. Tak suka disuap. Berpeluh kita buatkan makanan tapi semulut dua aje yang dia mahu. Yang lain semua ke mulut ibunya. Hehehe.

So, alternatif kena cari untuk kenyangkan perut anak. Ada la jugak beberapa resepi yang google dan derhaka sikit- sikit mengikut keperluan dan bahan-bahan yang ada kat dapur. 

Mungkin ramai ibubapa yang mengalami masalah yang sama. So boleh lah share resepi- resepi yang mudah untuk tarik perhatian anak makan. 

MENU 1 (WEDGES HOMEMADE)


Bahan :
~ 2-3 biji kentang sederhana besar (ikut suka)
~ 1 sudu besar tepung gandum
~ 2-3 sudu besar tepung jagung
~ secubit garam
~ secubit serbuk lada hitam (optional)
~ secubit serbuk kunyit (optional)

Caranya :
1. Semua bahan tadi di gaul sebati kecuali kentang.
2. Kupas kentang dan potong wedges (6 potong)
3. Salutkan kentang dengan tepung tadi rata2.
4. Kelembapan kentang akan membuatkan tepung melekat padanya.
5. Letak dalam bekas dan sejukbekukan 1jam- 2jam
6. Goreng hingga keemasan.

p/s : wedges ni Aisyah suka sebab dia boleh pegang. Slalu makan kat KFC tapi rasanya masin dan pedas sikit so Aisyah tak suka. 

p/s : if ada cheese powder boleh la taruk skali :)

Salam Sayang,

Friday, 4 April 2014

YANG DIKEJAR DAH DAPAT, YANG DIKENDONG TAK TERCICIR

Assalamualaikum,
Uihhh gila lama tak menaip ni... Ehem2 tiba2 rasa malu pulak. Ni pun up entry sebab ada seorang kakak sayang ni viber mintak update, kalau tak memang berhabuk lagi la jawapnya. Katanya nak tau cerita, huhuhuhu... Yelah2 meh kita main cerita-cerita.

Usia kandungan sekarang
Now baby dah masuk 20 minggu.Means 5 bulan. Nanti hari Isnin baru nak gi checkup. Nak scan jugak. Hope dia tak malu2 macam kakak dia sebelum ni. Sampai ke sudah tak tau jantina. Nak shopping barang baby pun keliru nak pink ke biru? Tapi firasat sendiri nak ambik pink... Hehehe...

Perkembangan Aisyah
Sekarang bukan tak nak jenguk blog. Tapi masa tak mengizinkan. Since dah ada anak, dan anak nak membesar, my life changed completely. Aisyah masuk setahun sebulan, dia dah nampak syok nak bangun berjalan. Sebelum ni duk takut-takut lagi. So dia akan bangun tiba2 dan berjalan ikut sedap kaki dia. Terkejar-kejar pulak kita takut dia tersembam atas lantai. Nasib baik la 'yang dikejar dah dapat, yang dikendong tak tercicir' hehehe...

Perkembangan Ibu Aisyah
Masa mengandungkan Aisyah dulu rajin la jugak masuk dapur. Buat tu  buat ni, kadang-kadang masak bukan sebab nak makan sangat tapi sebab nak update blog. Sekarang?? Nak masak saja2 untuk blog??? Oiiii mintak maap la Cik Kiah oiii... Nak isi perut sendiri pun i mintak roomate belikan lauk okeyy... Tempat paling tak suka dalam rumah ni, DAPUR!! Entah apa la pelik bebenor kan? Huhuhu... 

Bibik masak pun bukan tak makan, tapi tak boleh telan. Tak lalu dek tekak ni ha. Adoilaaa apa pesen la pulak. Ada ke patut buat kuew tiaw goreng dia boleh buh lebihan ikan masak kicap semalam punya yang tak habis? Teringin jugak nak rasa duk syok suap semulut dua, nampak isi ikan... Haaa ambikkk, habis keluar balik. Kalau nasi goreng buh ikan, logik la jugak. Ini kuew tiaw, adoiii tak masukkk tak masukk...

Penutup
Okey, banyak lagi nak cerita tapi biarlah. Ekceli tiap kali mengadap blog, aku mesti terkenang2. Saat manis perkenalan aku dengan mereka. Rindu, memang selalu ada. Tapi kecewa, menguasai semuanya. 

Jumpa lagi bulan depan atau tahun depan! bye bye!!


Salam Sayang,
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...