Monday 20 February 2012

KISAH : CINTA Al-FARABI (7)



Kisah sebelumnya : KLIK SINI


Huii... Assalamualaikum...

Dah lama senyap menaip. Agak busy dengan urusan harian. Walaupun entry ni mungkin tak ada siapa yang akan baca. Tapi mungkin suatu hari empunya nama Al-Farabi sendiri akan membacanya. If ada jodoh, if xde jodoh sekalipun. Mungkin empunya nama Al-Farabi masih ingat situasi2 yang dah diceritakan sebelum2 ni.

Setelah perkenalan aku dengan Safwan, esoknya dia mesej aku, bagitau dia punya sedara belah ayah dia kerja area tu jugak. Katanya company engineering. Uikkk... Setahu aku, company engineering area situ juz company tempat aku keje aje. Yang lain bukan engineering... Bila aku tanya nama sedara dia, dia kata 'Arab'. Ada ke company aku tu nama 'Arab'? Lama2 aku duk pikir emm.. Al-Farabi a.k.a Abi a.k.a Arab... Keciknya dunia...

Dalam seminggu jugak Safwan duk mesej2 aku. Mesej pun xde plak tanda2 dia suka kat aku. Dia bahasakan dia tu 'aku' dan 'ko' untuk aku. Ganas gak la bahasa dia. Dia ganas2 aku pun ganas la jugak. Xde deeee aku ni nk kontrol2 gedik2 pulak. 

Suatu hari, dia usik aku....

'Ko tak kenan ke ngan sedara aku tu....' 

Aku time tu dah slow down dengan En. Abi. Sebab dah xde scene2 yang buat aku terkesima kan. Hahahaha... So aku just fikir yang tu sume aku je yang feeling sorang2.

'Ahhhh... Dah la tua, serius... Takot aku...' 

banyak gile aku kutuk sedara dia tu. Memang duk bergelak sakan aku mesej dengan Safwan kutuk2 sedara dia. Dan paling mengejutkan aku... Bila Safwan cakap...

'Kalo Arab suka kat ko, ko xnk ke....'

masa tu aku xtau nk cakap ape dah. Nak kata tak suka tu, memang la ada gak perasaan tersuka. Tapi tak ada la sampai tergila2 terhegeh2 kan. Tak de la excited gila.... Untuk jawapan kepada soalan Safwan, aku gelak2 dan ubah topik lain...

Start dari hari tu, Safwan selalu usik aku dengan En. Abi, sedara dia. Aihhh jangan En. Abi cite macam2 dah la kat Safwan tuh! Dah la suka menyakat si malaun tu... Adeeiiii...


p/s : mak dia nak kenenkan dia ngan aku, dia lah sibuk nak kenenkan aku ngan sedara dia!!



Wednesday 15 February 2012

ADA APA DENGAN WORDLESS WEDNESDAY??


Huii... Assalamualaikum...

Hari ni masuk blog. Tengok list blog, eh, bloglist. Ramai la pulak bebudak blogger ni up entry pasal WORDLESS WEDNESDAY.... Kira punya kira, 6 blogger yang buat entry tu... Adehhh!!! Nape serentak? Memang hari Rabu orang buat entry WORDLESS WEDNESDAY ke?? Maklum la... Blogger baru, aku tak paham la bab2 jadual entry ni kannn....Ekekekeke...

Tak caya? Aku sempat printscreen... 



Dimulakan dengan blogger :





p/s : pelikkk pelikkk... sampai entry aku pun title WORDLESS WEDNESDAY!!!


Tuesday 14 February 2012

KISAH : CINTA Al-FARABI (6)


Huii... Assalamualaikum...

Lagi aku nak cite pasal Kisah Cinta Al-Farabi... Ha, ada lagi yang tanya Sapa Al-Farabi? Klik sini okey....

Suatu hari, duk menyembang dengan mama. Tetiba mama tanya pasal kawin. Erkkk!! Berderau jugak la darah ni naik ke muka. Ekceli tak pernah pun sembang2 pasal pakwe2 kawin2 ni sume. Tetiba rasa malu sendiri kan. Mama tanya sama ada saya ni ada 'kawan laki' ke tak nak kenalkan dgn dia.

Hishhhh... 

Malu ai. Ada tu ada time tu tapi tak serius la. Then mama kata, dia ada kawan. Kawan dia ada sorang anak laki yang belum kawin. So, dia nak suh saya dgn budak laki tu kawan2 dulu kenal2. Ceh, kire nak kenenkan aku dengan anak kawan dia la tu kan... Aku tak kenal pun sapa orangnya... Tapi boleh gak nak kenal pun. Mana la tau kot2 hensemmmm!! Wachaaa!!!

Suatu hari...

Ada call, emmm dari si lelaki tu nama dia Safwan. Ajak kuar lunch. Halamak... Dah la tak kenal muka. Macam mana nak jumpe. Kira blind date la ni kan. So aku on aje la. Dia kata dia datang pkul sekian sekian, bawak keta sekian sekian... (waja). Bila sampai waktu, aku kuar pintu opis. Tunggu kot2 ada dia tunggu. Jalan jammed, so dia lambat sikit.

Dalam 5 minit lepas tu baru la Safwan sampai. Emmm... Seram sejuk aku naik keta dia. Keta dia rock sangat la. Ekzos besar, conteng2 lagi, cermin gelap, seat mcm keta F1 eeeiiii... Macam suka idop enjoy aje budak ni. Bukan taste kot camni... Then pegi la aku makan dengan si Safwan. Siyes berlagak gile... 

Soalan pertama dia tanya aku...

'Lame ke ko tunggu? Jalan sibuk ah...' Seee!!!!! 1st time nak kenal ni, dah ber aku ko... Hahaha... rock beb!!!

Biasa la jalan sibuk waktu lunch. Dia pulak duk membebel mencarut gila2 marah kat jem. Tak respect langsung aku kat sebelah. Yela, dia amik aku, then jalan jem. Macam nak salahkan aku aje. Dah dia macam celupar sangat mencarut sebut pompuan punya ehem2... Aku naik darah la... Macam la aku ni penyabar sangat kan...

'Eh, asal ko suka sebut mcm tu eh?' 

'Eh, sori2.... tak pasan.....' tau pun!!!

Then aku dapat rasa, dia tak sesuai untuk aku. Tapi dia sangat sesuai jadi kawan! Sporting gila. Siyes. Makan pun aku nak terbelahak aku duk tergelak. Walaupun dia bajet2 poyo mcm tu, tapi bila sembang macam dh kenal lama. Seorang yang open. 

Eh, aku dah suka kat Safwan ke? Oh no no no no....

Eh, takde kisah En. Abi pun kali ni kan... Haah, xde... 


Sunday 12 February 2012

KISAH : CINTA Al-FARABI (5)




Huii... Assalamualaikum...

Lagi aku nak cerita kisah cinta En. Abi. Sapa En. Abi, apa hubungan aku dengan En. Abi, dan segala macam persoalan, sapa yang nak tau klik aje link kat atas nu haaa.... Takkan aku nk story dari mula. Bila la nak habis kan....

Okey jom aku nak memulakan bicara kisah seterusnya...

Setelah beberapa hari dari kejadian lepas. Seperti yang aku cakapkan pada entry lepas, aku pun dah tak ingat sangat selang tempoh masa antara satu kejadian ke satu kejadian yang lain. Sebab tempoh perkenalan aku dengan En. Abi tak la terlalu lama. Aku mula kerja pada awal bulan Jun 2011 dan resign pada akhir Disember 2011. Ianya berlaku terlalu cepat dan tak terduga...

En. Abi, selalu buat aku rasa macam main tarik tali....

Suatu hari, 

Aku ke bilik En. Abi... Errr maksud aku, bilik opis dia la. Nak mintak tandatangan untuk.... Untuk.... Ah, tak payah la nak tau. Kalau aku cite pun korang tatau jugak. Masa aku tunggu dia nak sign, baru la dia tanya aku ni orang mana, umur brapa, tinggal kat mana... Duk ngan sapa, study kat mana... Aku pun tak de la nak cepat sangat sign tu, so boleh la menyembang2 skejap... 

Rupanya En. Abi ni orang nogori. Dulu penah blajar kat overseas, tapi family xcukup duit, balik Malaysia sambung kat UTM. Oh, begitu.... Tak details sangat la aku tau pasal En. Abi. Yang pastinya dia single dan duk sorang2 kat bumi Ganu ni. Ekekekeke... Dan aku rasa dia tu tak de la pendiam sangat. Cuma maybe 'bercakap bila perlu'. Dan dalam banyak ketua2 unit, bilik dia la aku tengok paling kemas!

Then tak lama tu baru la dia sign kat surat tu. Itu pun lepas ada call masuk mintak dia cek apekebenda ntah. Pas dapat sign aku pun kuar la. Sambung buat kerjaa.... Dalam 10 minit lepas tu, telephone dalam bilik unit aku bunyik. Kebetulan aku yang ada dekat, aku pick up la.....

'Chenta, petang karang free x...?' Uikkk En. Abi nak ajak aku kuar ke... Huiiii huiiiiii....

'Petang balik opis free la... Nape En. Abi...' jiwa dan ragaku dah hampir mengecutttt..

'Ok la tu, nak ajak gi makan... ok ke?' huiiiiiiiiiiiii En. Abi nak ajak aku kuar weiiii

'Emm... ok. Kat mana...' serius aku tak caya

'Mcd kat Giant... datang eh...' Mcd tuuuuuuuuuuu

'ok...' yessssssssssss!!!

Lepas letak phone memang aku tak tentu arah. Duk kat meja termenung muhasabah diri. Betul ke En. Abi ajak aku kuar ni. Siyes macam tak caya. Sebab sebelum ni tak pernah pulak aku dengar En. Abi kuar dengan staff opis ni. Hishhh ni kalau Apis kepoh tu tau, konpem aku kena usik kaw kaw ni.... 

Dan soalan yang sering bertandang dalam kepala hotak aku....

'En. Abi suke kat aku ke?' emphhh....

Lunch pun aku makan sikit aje. Dek rasa terlalu hepi gila baban. Dek rasa tak percaya. Buat kerja pun kadang2 laju, kadang2 slow. Slow tu akibat sibuk duk pikior ate betui ke idak ni... Hahahaha.... Bila 15 minit waktu opis nak habis. Aku pi solat asar dulu, then boleh la cuci muka, touch up2 skit kan... 

Dah sampai Mcd, aku cari parking. Keta En. Abi dah ada dah. Huihhh laju gileeee... Siot ahhh...  Takkan ada bunga ros, lilin bagai kot kat atas meja... Huii... Dah check taik mata tak dak, aku masuk aje la. Pasrah la apa yang akan jadi. Tup2 aku nampak......

Nampak......

Aku nampak.....

Erkkkk.....

Biar betuiii...

Aku nampak Apis kecoh, Siti, En. Jam dan beberapa staff yang lain pun ada jugak kat situ... Cehhhhh!!! Cehh!!! Cehhh!!! dan cehhh!!!!

Tak suke Abi, tak suke abi, tak suka abi, tak suka abi!!!!! eeeeeiiiiii


malu mak nokkkkk!!!


moral of this story : aku memang cepat perasan!!!

Friday 10 February 2012

KISAH : CINTA Al-FARABI (4)



Hui... Assalamualaikum...

Lagi sambungan kisah tentang aku dan En. Abi. Siapa En. Abi? Ikuti kisah sebelumnya melalui entry yang dah di 'link' kan kat atas tu haaa.....

Ekceli aku pun tak tau la selang berapa hari kan kejadian ni semua. Apa yang aku cerita ni kisah2 yang aku masih ingat antara aku dan kenangan kat tempat kerja aku dulu... Tempoh masa, selang masa antara satu kejadian aku tak berapa pasti sangat... Sebab aku dah lupa...

Suatu hari, aku ke opis agak awal sikit dari biasa. Selalu aku sampai opis pukul 8.15. 8.20 macam tu. Sebab opis aku start pukul 8.30 pagi.  Tapi hari tu aku sampai pukul 8.00 pagi... Masa aku sampai, aku dah nampak keta En.Abi kat parking. Dan aku nampak dia masih dalam keta. Aritu aku parking keta kat belakang opis. Sebab banyak ruang kosong. Yang lainnya cuma ada keta opis, dan bengkel welding untuk kerja2 engineering. Cuma kena lalu jauh sikit la nak sampai belakang opis tu. Ikut jalan lain pulak. Ekceli aku baru 2, 3 hari parking kat belakang. Selalu aku parking kat depan aje. 

Bila dah parking aku pun kuar keta. Sempat aku senyum kat En. Abi. Aku tatau la dia tengah buat apa duk kat dalam keta tu. Tapi aku rasa dia tengah dengar radio. Aku pun terus ke pintu belakang opis nak masuk.

Aku tengok pintu kaca tu tertutup. Selalu aku datang dah terbukak luas2. Aku try tolak, tak boleh. Sah! Berkunci lagi. Laaa patutla, aku kan sampai opis awal arini... Jap lagi ada la kot orang bukak kan pintu ni. Owh!! Patutla En.Abi tak masuk opis lagi.... Pintu tak berbukak lagi.... Aiseh!!! Bukan nak bagitau aku awal2 tadi. Kalau tak leh aku join sekaki dengar radio kan... Tak de la aku melangut macam ni....

Jam dah pukul 8.25, hampir 20 minit aku tercegat kat situ. Masih tak ada sapa datang bukakkan pintu. Ish... Ke kunci ada dengan En. Abi?? En. Abi kot yang pegang kunci pintu opis kat belakang ni??  Hish, habis dah tau pegang kunci, dah tau aku dah datang tadi, kenapa tak datang bukak kunci dulu......

Then En. Abi datang tak lama lepas tu dengan lenggang2 kangkungnya.... 

'Eh, awak buat ape kat sini? Nape tak masuk lagi?'

'Saya tunggu En. Abi la...'

'Tunggu saya? Waaa bagusnya kalau dapat 'anak buah' macam ni...' 

Tanpa keluarkan kunci, dia terus tarik pintu, then kasi ruang aku masuk 1st ke opis! Ternganga aku!! Yelaaaa.... Pintu tu tak berkunci sebenarnye!! Aku pi tolak2, mana nak terbukak, rupanya kena tarik kottt.... Aisehhh..... Aku tak terkata apa2. Malu gilaaa... Yela sebab aku cakap aku tunggu dia tadi kannn.... Aduhhhh...... Agak2 time tu dia pikir bukan2 tak?




Thursday 9 February 2012

BLOGGER CITARASA RINDUAN YANG BAIK HATI


Huii... Assalamualaikum...

Beberapa minggu yang lepas, aku ada pinjam novel 'Ombak Rindu' dengan Blogger Kak Ayu. Kak Ayu sudi pinjamkan novel tu. Aku dah baca dulu masa cover dia warna purple lagi. Tapi Kak Ayu punya cover dah lain, macam filem 'Ombak Rindu'. Isinya tentulah sama. Ekekekeke...

Aku ingat Kak Ayu dah feedup nak hantar novel tu kat aku. Sebab dia call banyak kali tapi handphone aku tu bengong! Orang call tapi tak dapat trace. Kesian Kak Ayu. Kalau aku duk tempat dia, konpem aku sumpah seranah. Dan tak de deeeee aku nak pos dah novel tuh! Yelah, banyak kerja lain nak buat kan...

Suatu hari, 

Kawan aku sms cakap, ada novel sampai umah dia. Ekceli aku kasi alamat umah kawan aku. Sebab umah aku ni tak selamat kalau pos. Bil2 sume kadang2 aje yang sampai. Aku pun tak paham la mentaliti budak2 sini. Asal la nak pi korek2 peti surat orang. Lagipun masa janji ngan Kak Ayu, aku kerja. Kat rumah tak ada orang.

Eh, berbalik pada novel tadi. Bila aku pi amik, ha memang dari Kak Ayu pun! Terus aku sms Kak Ayu. Rasa terharu sangat!! Tak ramai orang macam Kak Ayu... Then lepas dapat, aku usha2 blog dia. Dan memang dia sangat baik hati lah...

Penyabar...
Memang dia penyabar. Call aku banyak kali tak dapat. Bukan sehari tapi banyak hari! Aku pun tak sesabar Kak Ayu! Dengan bisnes lagi, anak2, suami. Nak layan aku lagi. Nak pegi pejabat pos. Nak pos pun bukan free kan??

Tepati janji...
Walaupun susah nak contact aku, tapi dia tetap pos kan jugak. Sebab dah janji. Aku pun tak sangka Kak Ayu kan pos novel tu. Sebab tu aku terkejut gila!!

Penyayang...
Aku ingat dia nak marah aku kan. Yelah susah bebenor nak contact. Ngalahkan Perdana Menteri pulaks. Tapi dia langsung tak marah. Siap mesej boleh muahh muahh lagi. Aku pulak rasa takot nak bermuahh muahh yelah, dah banyak songeh pastu konon nak buat2 baik pulak nak amik hati... Aku rasa segan dengan Kak Ayu...

Baik hati...
Bila aku baca2 entry2 dia. Dia banyak tolong orang. Padahal Kak Ayu pun ada masalahnya sendiri. Maksud aku, sibuk temankan En.Suami ke hospital dapatkan rawatan, dengan nak uruskan kedai lagi. Banyak hal kot. Tapi dia boleh tolong orang tu, orang ni... Haishh...

Then aku dah pos kan balik novel tu pada dia. Dan aku ade kasi something la. Tak seberapa pun. Tapi aku rasa tanda aku menghargai keikhlasan dia poskan novel tu kat aku. Serius aku terharu gila. Ingat nak hadiahkan novel baru latest punya. Tapi memandangkan Kak Ayu ni peminat novel, semestinya dia dah dapatkan dulu novel2 baru. So, aku tatau novel mana yang dia belom ade.

Aku harap, pemberian aku tu dia suke lah! Itu pun aku mintak kawan yang pilihkan sebab kawan aku tu buat bisnes online jual pakaian2. 

dulu aku baca cover dia mcm ni


Kak Ayu punya cover mcm ni la. 

p/s : Tabik spring lah!!!  JOm ke BLOG KAK AYU!!

KISAH : CINTA Al-FARABI (3)


Sambungan kisah aku dengan En. Al- Farabi. Sejak peristiwa aku 'backup' Abi melalui ENTRY INI (klik sini) Dia selalu senyum. Eh, ke lepas kejadian tu aku yang selalu pandang dia? Dah dia nampak aku pandang, dia senyum la kan? Takkan nak masam pulak. Huhuhu, maybe aku la yang perasan! Hahahaha...

Suatu hari, En. Abi kena pi out-station. Unit hartanah la paling banyak kerja luar. Sebab nak pi nilai apekebenda pun aku tak tau. Kebetulan kerani bawah Unit Hartanah cuti. So, En. Abi mintak tolong aku check email2 yang masuk dan bagitau dia. Lagipun email2 tu sume berkaitan jugak dengan Unit Kewangan (unit aku). Dengan senang hatinya, aku amik tugas tu. Walaupun berlambak lagi task yang aku kena buat. 

Dalam 2 minggu lepas tu, En. Abi kena pi outstation lagi. Aku pun dah lupa ke mana. Sebab banyak sangat dia kerja luar. So, aku ingatkan yang check2 email tu sume kerani bawah dia la. Tup2 bila dia balik opis 3 hari lepas tu, dia panggil aku masuk bilik dia. 

Rupanya dia marahkan aku sebab aku tak bagitau dia ada email urgent!! Hari kedua dia outstation, dia kena pi kursus kat tempat lain pulak. And dia tak pergi sebab tak dapat email! Dengan muka yang serius. Nak nak pulak sebelum2 ni aku macam dah tersuka kat dia kan. Pastu tetiba kena marah. Sapa la tak kecik hati. Padahal itu bukan tugas aku. Lagipun dia tak pesan. Lain la kalau aku ni bawah unit dia. 

Dah aku jadi tak suka balik kat En. Abi. Baru nak tersuka kan... Pagi2 dah buat aku badmood kat opis. Dah la hari Ahad. Mood hari 1st kerja memang kelaot... 

Tapi, tengahari tu aku dengan opismate nak pi makan. Kitorang cadang nak makan kat bawah tu aje. Elok turun, tetiba En. Abi hon2 keta dia suh naik skali. Dah hon2 tak nak la dia malu. So, naik aje la. Cepat2 aku maik seat belakang. Tak nak aih aku, dah la tengah menyampah dengan dia.  Destinasi kami, ke Pasar Payang.

En. Abi suruh kami naik dulu. Dia nak beli keropok2, kerepek2, asam2 untuk saudara dia ada mai umah dia. So, aku dengan opismate aku pi la naik atas ke foodcourt. En. Abi kat bawah. Katanya jap lagi dia naik la. Dah lambat sangat, kami ni makan la dulu. Dah siap makan, turun bawah, En. Abi tak siap lagi membelinya. Dah lambat dia tak jadi makan. Dan aku diam aje. Malas la nak suggest dia tapau ke apa kan. Dan bukan jenis aku nak caring2 orang ni. Nkoo dah besau kot...

Terus nak balik. Ondaway nak pi kat parking, dia singgah kedai jual2 kat situ. En. Abi amik 4 aiskrim drumstick. Kami makan dalam keta. Dah orang kasi, aku amik aje la. Tup2 dia kata....

' Ada balance satu, kita kasi kat orang belakang. Kasi dia sejuk sikit... ' 

Aku nak tergelak senanya dia kata macam tu. Tengah2 menyampah aku rasa nak tersenyum. Sebab dia tau aku tengah bengang sebab kena marah oleh En. Al-Farabi pagi tadi!!


sebelum naik opis, aku habiskan dulu kat bawah.. 
kongsi dengan opismate aku, siti.


Sunday 5 February 2012

KISAH : CINTA Al-FARABI (2)

KISAH : CINTA AL-FARABI (1) (kliksini)


Hui... Assalamualaikum...

Sebelum ni aku kerja. Dan aku dah berhenti kerja akhir tahun 2011. Akibat kepenatan dan ketensionan melampau. Sekarang aku sedang berusaha mencari kerja baru dan masih dalam proses memikirkan nak sambung study semester akan datang atau tak... Ah, lupakan dulu pasal tu sume... 

Masa aku kerja, aku diletakkan di Unit Kewangan. Jawatan aku adalah sebagai Penolong Akauntan. Dan dibawah aku terdapat seorang kerani kewangan. Terdapat beberapa unit kat situ, antaranya Unit Hartanah, Unit HR, Unit Niaga. Setiap unit, ada ketuanya. Al-Farabi, a.k.a Encik Abi adalah Ketua Unit Hartanah. 

Memula kenal, aku tak berkenan sangat. Dia agak pendiam. Dan agak serius orangnya. Staff kat sana semua muda2. En. Abi orang ke-3 tertua dalam opis tu. Yang paling tua, Haji. Ayah kepada big boss. Hehehhee... 

Aku tak bercakap banyak pun dengan si En. Abi ni, kalau Ketua Unit lain aku selalu la jugak tegur2 buat lawak tak tentu hala kan. Kalau dengan aku, orang tegur, aku tegur balik. En. Abi tak pernah tegur. So, aku takot nak tegur. Maksud aku, bergurau. 

Satu hari, opis buat jamuan makan2. 

Tengah2 makan, opis boy opis kami, Apis memang kepoh mulut dia mai join skali (penah dia tegur aku kenapa aku ada misai. ceh!! itu roma la!) . Makan sambil sembang, biasalah! Tetiba Apis dengan lantangnya tegur En. Abi..

' En. Abi makan nak bawak bekal sampai ke lunch ke?'

Semua mata pandang En. Abi, baru perasan, ada seurat bihun kat janggut ciput En. Abi. Ada yang ketawa, ada yang diam aje. Yelah, En. Abi ni tak macam ketua unit lain suka buat lawak. Dan aku tau, ego En. Abi sedikit terguris disitu. Dan aku tak sanggup tengok dia dimalukan. Bukan sebab aku suka dia. Masa ni aku tak ada apa perasaan pun. Walau sapa pun dibuli kat situ, aku akan amik tindakan yang sama.

'Rileks la En. Abi, lunch dah tak lama dah, kedai makan depan tu aje...' usik Apis lagi.

En. Abi tersengih2 sambil meraba2 janggut dia. Mukanya merah. Malu mungkin. Seorang Ketua, bersikap matang, sesekali ego, dan sedikit berumur, disakat oleh budak opis yang 10 tahun lebih muda. Bayangkan.

'Apis, jangan nak kata orang la, tu suar kau basah, ko kencing eehhhhh!!!!'

Aku saja mengusik. Memang seluarnya basah. Aku nampak time dia nak ceduk bihun, seluarnya rapat terkena meja. Dan atas meja tu ada lelehan2 air limau yang tertumpah. Serentak tu, semua pandang tepat pada 'anu' Apis. Hahahahaha... Memang basah....

Apis pandang aku dengan mata terbeliak. Aku tau dalam hatinya mesti tengah sumpah seranah aku 'celaka kau chenta!!!'  Start dari situ, Apis tak habis2 nak kenakan aku. Ada2 aje benda nak suh aku sakit hati... Dia sembunyikan barang2 aku, kuncikan pintu toilet dari luar... Tapi aku tak heran setakat si Apis ni. Buang karan aje kalau melayan. 

Tapi yang aku takotkan ialah... Senyuman En. Abi. Errkk!!!

Ye, lepas kejadian tu Abi selalu tersenyum bila nampak aku. Mungkin tanda ucapan terima kasih sebab backup dia aritu? Tapi, senyuman tu buat aku rasa tak keruan lah! Huhuhuhu. Dah la aku ni cepat perasan!!!

malam esoknya Abi ajak semua staff yg pegi futsal mlm tu makan ABC
1st ABi belanja aku. walaupun bkn aku sorang dia belanja, tapi sukelah!

p/s : nanti kita sambung lagi ye!

Friday 3 February 2012

KISAH : CINTA Al-FARABI (1)

Hui... Assalamualaikum...

Disebabkan bulan ni adalah bulan 'cinta' romantika de amor la katekan, saya nak kongsikan sikit tentang status relationship saya. Dan bagaimana ianya bermula dan bagaimana pula pengakhirannya. Maybe its juz like a novel but, its a true story about me and him since we know each other. 

Status saya... Pre engaged. Means, sudah dirisik. Siapakah orangnya. Nama dia Al- Farabi a.k.a Encik Abi kat opis or gelaran oleh kawan2nya Abi. Salah seorang Ketua Unit ditempat saya bekerja beberapa bulan lepas. Umurnya... Emph, 10 years after me! I'm 24 for this year. 

Sebelum2 ni saya pernah bercinta, tapi tak serius. Banyak main2. Yela remaja2. But bila dengan Abi, dia seorang yang agak serius. Susah nak ketawa. Honestly, kami tak bercinta. Langsung tak pernah ber 'love u, love u too'. Tak pernah 'miss u or miss u too...'  Kalau tak, sebelum2 ni, saya la orang paling gedik gila, terkinja2 mintak perhatian.

Dengan Abi, saya jadi malu. Malu nak bersayang2 di phone, realiti lagi la. Nak2 Abi seorang yang serius. Maybe dia 'nak' tapi dia takot saya tak suka. Sebab bila dengan Abi, ego saya agak tinggi (jual mahal la). Kami cuma ber 'awak' dan ber 'saya'. Biarlah semuanya bersederhana. 

Dating?

Sepanjang kenal dia selama 6 bulan ni, baru beberapa kali kot keluar sama2 tu pun lepas habis kerja sebelum balik pi melantak Mcd. Then lepas tu keluar pun dia bawak adik dia. Tak de la nak berdua2. Lepas saya berenti kerja akhir tahun lepas, tak pernah lagi jumpa. Call pun jarang2. Mesej pulak kadang2.

Dah tu, macam mana dia melamar? 

Itu nanti saya ceritakan macam mana kisah kami berdua. Walaupun tak menarik macam kisah cinta orang lain, tapi sangat menarik pernah terjadi dalam hidup saya. Mungkin ini la kot dikatakan C.I.N.T.A?


Hahahahaha.... Tetiba pulak rasa nak ketawa lah! Ishhhh asal terasa diri ni macam terlalu matang pulaksss adehhh!!!! 


bintang di atas pasir, walaupun tiada kelipan namun masih indah dipandang


p/s : macam tak caya pulak dah nak kawin!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...