Friday, 10 February 2012

KISAH : CINTA Al-FARABI (4)



Hui... Assalamualaikum...

Lagi sambungan kisah tentang aku dan En. Abi. Siapa En. Abi? Ikuti kisah sebelumnya melalui entry yang dah di 'link' kan kat atas tu haaa.....

Ekceli aku pun tak tau la selang berapa hari kan kejadian ni semua. Apa yang aku cerita ni kisah2 yang aku masih ingat antara aku dan kenangan kat tempat kerja aku dulu... Tempoh masa, selang masa antara satu kejadian aku tak berapa pasti sangat... Sebab aku dah lupa...

Suatu hari, aku ke opis agak awal sikit dari biasa. Selalu aku sampai opis pukul 8.15. 8.20 macam tu. Sebab opis aku start pukul 8.30 pagi.  Tapi hari tu aku sampai pukul 8.00 pagi... Masa aku sampai, aku dah nampak keta En.Abi kat parking. Dan aku nampak dia masih dalam keta. Aritu aku parking keta kat belakang opis. Sebab banyak ruang kosong. Yang lainnya cuma ada keta opis, dan bengkel welding untuk kerja2 engineering. Cuma kena lalu jauh sikit la nak sampai belakang opis tu. Ikut jalan lain pulak. Ekceli aku baru 2, 3 hari parking kat belakang. Selalu aku parking kat depan aje. 

Bila dah parking aku pun kuar keta. Sempat aku senyum kat En. Abi. Aku tatau la dia tengah buat apa duk kat dalam keta tu. Tapi aku rasa dia tengah dengar radio. Aku pun terus ke pintu belakang opis nak masuk.

Aku tengok pintu kaca tu tertutup. Selalu aku datang dah terbukak luas2. Aku try tolak, tak boleh. Sah! Berkunci lagi. Laaa patutla, aku kan sampai opis awal arini... Jap lagi ada la kot orang bukak kan pintu ni. Owh!! Patutla En.Abi tak masuk opis lagi.... Pintu tak berbukak lagi.... Aiseh!!! Bukan nak bagitau aku awal2 tadi. Kalau tak leh aku join sekaki dengar radio kan... Tak de la aku melangut macam ni....

Jam dah pukul 8.25, hampir 20 minit aku tercegat kat situ. Masih tak ada sapa datang bukakkan pintu. Ish... Ke kunci ada dengan En. Abi?? En. Abi kot yang pegang kunci pintu opis kat belakang ni??  Hish, habis dah tau pegang kunci, dah tau aku dah datang tadi, kenapa tak datang bukak kunci dulu......

Then En. Abi datang tak lama lepas tu dengan lenggang2 kangkungnya.... 

'Eh, awak buat ape kat sini? Nape tak masuk lagi?'

'Saya tunggu En. Abi la...'

'Tunggu saya? Waaa bagusnya kalau dapat 'anak buah' macam ni...' 

Tanpa keluarkan kunci, dia terus tarik pintu, then kasi ruang aku masuk 1st ke opis! Ternganga aku!! Yelaaaa.... Pintu tu tak berkunci sebenarnye!! Aku pi tolak2, mana nak terbukak, rupanya kena tarik kottt.... Aisehhh..... Aku tak terkata apa2. Malu gilaaa... Yela sebab aku cakap aku tunggu dia tadi kannn.... Aduhhhh...... Agak2 time tu dia pikir bukan2 tak?




4 comments:

Rumah Kuning said...

hehehe kelakar.....

Cho Zila said...

akak lagiler suspen ingatkan en abitu dah pengsanker... kelakar...

Yana Libra said...

hehe..malunye..20 minit tunggu kat situ~~~ :p

Lia Irdelia said...

aduyai..
hehehe..
kelaka..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...