Thursday, 9 February 2012

KISAH : CINTA Al-FARABI (3)


Sambungan kisah aku dengan En. Al- Farabi. Sejak peristiwa aku 'backup' Abi melalui ENTRY INI (klik sini) Dia selalu senyum. Eh, ke lepas kejadian tu aku yang selalu pandang dia? Dah dia nampak aku pandang, dia senyum la kan? Takkan nak masam pulak. Huhuhu, maybe aku la yang perasan! Hahahaha...

Suatu hari, En. Abi kena pi out-station. Unit hartanah la paling banyak kerja luar. Sebab nak pi nilai apekebenda pun aku tak tau. Kebetulan kerani bawah Unit Hartanah cuti. So, En. Abi mintak tolong aku check email2 yang masuk dan bagitau dia. Lagipun email2 tu sume berkaitan jugak dengan Unit Kewangan (unit aku). Dengan senang hatinya, aku amik tugas tu. Walaupun berlambak lagi task yang aku kena buat. 

Dalam 2 minggu lepas tu, En. Abi kena pi outstation lagi. Aku pun dah lupa ke mana. Sebab banyak sangat dia kerja luar. So, aku ingatkan yang check2 email tu sume kerani bawah dia la. Tup2 bila dia balik opis 3 hari lepas tu, dia panggil aku masuk bilik dia. 

Rupanya dia marahkan aku sebab aku tak bagitau dia ada email urgent!! Hari kedua dia outstation, dia kena pi kursus kat tempat lain pulak. And dia tak pergi sebab tak dapat email! Dengan muka yang serius. Nak nak pulak sebelum2 ni aku macam dah tersuka kat dia kan. Pastu tetiba kena marah. Sapa la tak kecik hati. Padahal itu bukan tugas aku. Lagipun dia tak pesan. Lain la kalau aku ni bawah unit dia. 

Dah aku jadi tak suka balik kat En. Abi. Baru nak tersuka kan... Pagi2 dah buat aku badmood kat opis. Dah la hari Ahad. Mood hari 1st kerja memang kelaot... 

Tapi, tengahari tu aku dengan opismate nak pi makan. Kitorang cadang nak makan kat bawah tu aje. Elok turun, tetiba En. Abi hon2 keta dia suh naik skali. Dah hon2 tak nak la dia malu. So, naik aje la. Cepat2 aku maik seat belakang. Tak nak aih aku, dah la tengah menyampah dengan dia.  Destinasi kami, ke Pasar Payang.

En. Abi suruh kami naik dulu. Dia nak beli keropok2, kerepek2, asam2 untuk saudara dia ada mai umah dia. So, aku dengan opismate aku pi la naik atas ke foodcourt. En. Abi kat bawah. Katanya jap lagi dia naik la. Dah lambat sangat, kami ni makan la dulu. Dah siap makan, turun bawah, En. Abi tak siap lagi membelinya. Dah lambat dia tak jadi makan. Dan aku diam aje. Malas la nak suggest dia tapau ke apa kan. Dan bukan jenis aku nak caring2 orang ni. Nkoo dah besau kot...

Terus nak balik. Ondaway nak pi kat parking, dia singgah kedai jual2 kat situ. En. Abi amik 4 aiskrim drumstick. Kami makan dalam keta. Dah orang kasi, aku amik aje la. Tup2 dia kata....

' Ada balance satu, kita kasi kat orang belakang. Kasi dia sejuk sikit... ' 

Aku nak tergelak senanya dia kata macam tu. Tengah2 menyampah aku rasa nak tersenyum. Sebab dia tau aku tengah bengang sebab kena marah oleh En. Al-Farabi pagi tadi!!


sebelum naik opis, aku habiskan dulu kat bawah.. 
kongsi dengan opismate aku, siti.


3 comments:

fRaMe+LenSeS said...

alaaaa cuwwitttt nyee.. ehehe :P

~..Lesung Batu..~ said...

pandai cik abi pujuk yeeee~~!! hee like3

Yana Libra said...

ngorat dengan aiskim eh...hehe~~~

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...