Wednesday 23 October 2013

PETUA HILANGKAN DAKI PADA KULIT KEPALA BAYI

Assalamualaikum,
Kulit kepala yang berdaki akan mambantut tumbesaran bayi/kanak-kanak (org2 lama ckp). Then Kak Ayu tanya macam mana nak hilangkan daki2 tu ye? Haaaa, sepanjang aku dah hampir 8 bulan menjadi ibu ni alhamdulillah setakat ni kepala Aisyah tak berdaki walaupun rambutnya sangat lebat! Tapi petua2 yang makcik2 kasi, mertua kasi, orang2 lama kasi, itu la aku pegang. So, tak salah nak share kan? Dan ada la juga aku search kat google sikit buat tambah.

Cukur kepala
Biasanya bayi baru lahir, kita akan cukur kepala dia kan? Menurut sifu Kak LydiaMiza, 'Antara kelebihan mencukur kepala, rambut yang ada pada kepala bayi dibimbangi mengandungi kuman yang dibawa bersama daripada dalam rahim. Jika tak dibuang, bimbang kuman itu akan meresap dalam kepala dan otak dan akan menjejaskan metal bayi. Kalau nak baca lebih lanjut KLIK SINI.

Tapi macam mana kalau dah cukur tapi daki masih berkeping2, berkerak2?

Kadang2 kuping2 mungkin disebabkan masalah kulit. Tapi kalau dah sampai hitam berkuping teruk sangat, maybe disebabkan kebersihan. Time mandikan bayi, haruslah pastikan tak ada lebihan syampo melekat kat kulit kepala. Kalau tiap2 hari mandikan cincai2, lama2 tak mustahil teruk macam tu kan? Okey macam mana nk buang kerak2 daki tu?

Santan kelapa
Kalau ikut petua family, kulit kepala baby sapukan dengan santan kelapa. Biarkan sekejap kasi daki tu kembang then baru gosok2 pelahan dan bersihkan. Buat tiap2 hari, lama2 insyallah tanggal. Boleh juga gunakan baby lotion, minyak zaitun, baby oil dan sebagainya. Tapi pastikan selepas tu bersihkan balik.

Kuku
JANGAN cuba2 nak tanggalkan dengan kuku. Sebab kerak2 tu melekat kat kulit kepala baby. Kalau tanggalkan dengan kuku, perit la!! Kang luka pulak kulit baby yang lembut tu. Pastikan daki tu lembut baru buangkan okey??!!

Emmm, ini juz petua2 makcik2. Tapi kalau ada silap tolong betulkan ye, dan kalau ada petua2 lain silalah share sama. :)

Kronik
Tapi sekiranya terlalu kronik, jumpa la pakar.

Salam Sayang,
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...