Monday 25 February 2013

HARI NI ATAU ESOK??

Assalamualaikum...
Hari Isnin yang indah... Tadi subuh pas solat aku tertidur balik. Then mimpi. Mimpi yang sangat indah. Dalam mimpi tu aku pi rumah Kak Lydia Miza (Kak LM). Rumah dia besarrrr sangat! 3, 4 tingkat macam tu la dalam mimpi aku tu. Cantik gila. Sampai aku sesat dalam rumah. Bayangkan. Then tak lama lepas tu mai la pulak Kak Shida, Iffah, Ina dan beberapa orang lagi yang tatau sapa. Aku rasa semuanya blogger. 

Tak lama lepas tu mama sampai nak jemput aku. Bersalaman la kami semua. Tapi bila time salam dengan Kak Shida, aku jadi sebak. Kak Shida pun sama. Pastu nangis sama2 sambil peluk2. Serius sebak gila. Kan kalo kita sebelum nangis ade yang amik lajak dulu kan. Mcm 'errrrrrrkkkk....' gitu. Sakit gila dada. Terjaga tidur pun rasa sebak dan sakit dada dan rasa sakit perut sikit. Erkk?!!

~~~habis mimpi~~~

Then bangun pi toilet tengok ada kuar tanda nak bersalin. Terus gelabah. Time tu dah pukul 8.30 pagi tadi. Bagitau mama, mama kata tanda nak kuar la tu. So rileks dulu. Sebab anak sulung dia lambat sikit nak bersalin. Nanti dah betul2 sakit, baru pi spital. So now tengah rileks2, tunggu sakit aje la. Ni tadi pi toilet kuar macam darah sikit. Sikit aje la. Sakit tak pun.

So, kawan2, readers2, anda2 yang terbaca entry ni, doakan saya dan baby semoga semuanya selamat ye. Mintak maaf mintak ampun semua, kalau ade salah dan silap sepanjang wujudnya blog ni atau sepanjang perkenalan kita. Halalkan semuanya ye. 

FIGHTING!!!!

Salam Sayang,

Thursday 21 February 2013

MENGHITUNG HARI

Assalamualaikum,
Haip whatsupp geng!! Hehehe... Tetiba 3, 4 hari ni rajin nk menaip. Mungkin minggu ni aje la kot boleh menaip. Nanti minggu depan dah tak boleh menaip dah. Kena rileks2 la pulak. 

Pukul 11 tadi tetiba abah bawak balik 11 biji telor ayam kampung. Nanti minggu depan nak pi umah bidan, persediaan untuk minyak selusuh. Kena bawak telor ayam kampung katanya. Bawak 5 atau 7 biji. Dan nanti kena makan telor ayam kampung tu mentah2 sebiji sehari. Huhuhuhu...

Minggu lepas mama dah masak santan pekat dari 3 biji buah kelapa. Masak sampai la kuar minyak. 1st time tengok orang buat minyak kelapa mcm tu. Tapi takdelah banyak sangat minyak yang dapat. Satu bekas kaca yang bulat tu aje. Kena bawak sekali ngan telor ayam kampung tadi.
ha 3biji kelapa dpt hasilkan satu bekas bulat kecik tu aje.
aku punya bekas lebih kurang mcm bekas ni la.

Dan tadi mama baru aja tanya, makanan apa yang teringin nak makan. Hehehehe... Nanti minggu depan kalau baby nak keluar awal, tak sempat la nak merasa. Tapi sebenarnya aku teringin nak makan 'nasi ulam'. Haihhh mana la nak dapat kat sini ye.

p/s : esok husband balik. rindunyeeeeeeeee.... 

Salam Sayang,

Tuesday 19 February 2013

LAWA JUAK KITAK YA

Assalamualaikum,
Tadi pagi mama nak ke pasar ngan abah. Depa kata saja nak jalan2 pi pasar cuci mata. Lagipun semalam aku tersebut nak makan cekodok pisang. So, alang2 nak pi beli la terus. Maceh mama...

Mama ni aku memang aku boleh klasifikasikan sebagai seorang yang sangat menjaga keterampilan. Walau dimana beliau berada. Even tak kerja pun, pepagi duk tempek cream itu, cream ini, sublock, itu lah ini lah. Malam cream malam lah. Adoi. Ni tadi nak pi pasar pun, lama la jugak abah duk panaskan kete. Hehehe. Tapi cantik2 untuk suami, ape salahnye kannn. Hahahaha. 
Kalau aku, memang malas. Duk beli2 aje, tapi tak pakai. Tu sunblock beli mahal2, time nak keluar lupa pulak nk pakai. Time teringat, tak sempat pulak nak pakai. Time sempat, malas pulak nak pakai. Hehehe. Cream malam? Pakai 3, 4 malam pastu rimas. Cream siang? Pas esok, esok, pas esok, esok. Tak luak2. Mask tu duk ade beli ntah bila dah lupa, duk ade lagi. Mascara? mana duk ntah, keras dh kot. Hahahaha... Lipstick? Sejak beli dulu2 tak pernah sebatang pun yang habis. Pakai time memula kerja dulu je. Pastu duk balun lip balm je. Hehehe. 

Yang aku selalu pakai time nak kuar, cuma bedak muka, eye-liner, lip-balm. Cuma kalo malam nak kuar tu, if rajin pakai la blusher skit. Tu je. Eye-liner la yang kerap habis. Tapi yang mama punya, barang2 untuk muka aje satu beg kecik tu ha. Semua dah kontot2 means slalu pakai. 
suka tengok org korea, natural aje makeup diorang kan...

Mama kata, dalam 3 orang anak dara dia ni, sorang aje yang suka melawa ni, iaitu arwah Kak Alin. Yang lain, hampeh. Hehehe. Yang paling selekeh jatuh pada isteri Encik Abi ni haaaa... Yela duk t-shirt, jeans aje. Jarang bebenor le nk pakai blause keee... Dah tak minat nak melawaaa nak wat camne kannn...

p/s : orang sarawak kata, 'lawa juak kitak ya....' (takde kene mengena) hahahahhaa.... tata!!

Salam Sayang,

Monday 18 February 2013

KAMI NAK BERCUTI KE EIFFEL TOWER!!

Assalamualaikum,
Ehhh.... Semalam dah updated, arini update lagi? Hahaha... Besa la noh, mood nak menaip ni bukan boleh beli kat kedai. Kalo boleh beli dah lama beli stock untuk sebulan or setahun terus. Tapi gitu lah, mood ni kadang rajin kadang malas. Bila dah bosan macam gini, terus la idea menaip tu datang tak berjemput...

Encik Rumate ke Kuantan selama seminggu. Hari Khamis habis la kot kerja dia kat sana, esoknya baru balik. Ha? Kerja apa? Selalu pi sana sini kann.... Hahaha... Kerja biasa2 aje kat company engineering. Bukan company sendiri pun. Insyallah kalau ade rezeki masa akan datang, bukak la kot company engineering sendirik if nak duit banyak2. Hahaha. Nanti boleh la tiap2 hujung minggu pi overseas kan. Shopping2 kat London, honeymoon kat Paris, pi Mekah tiap2 tahun. Wow!! Berangan2 kot la boleh jadi kenyataan. Hehehe.

 Eiffel Tower ni memang sangat cantik. 
Memang beruntung sapa yang dah pegi..

Tapi sangat rugi kalau ke Mekah ni tak pernah jejak kaki...

Sepanjang ketiadaan Encik Rumate, aku tak la kesorangan. My mama, abah, adik is pun ade temankan. Memang mama kata lepas raya cina dia nak mai jaga sampai la habis pantang. Thanks mama. Aritu mama bosan, mama ke Kelantan 2 hari. Tapi rumate aku ade la. Mana boleh tinggal sorang2.

Tadi pagi aku nak start keta. Dah lama tak berpanas enjin tu ha. Ingat nak pi la round2 kat taman rekreasi tu ha, sekali stereng xmuat perut. Kebelakangkan seat tapi kaki tak sampai nak tekan break. Huhuhu. So, mintak abah aje yang tolong bawak keta pi jalan2. 

Dah tak lama dah. Minggu depan masuk 36 minggu. Seminggu lepas tu masuk 37 minggu. Means baby dah matang dan akan keluar bila2 masa aje yang dia suka. Kekadang rasa excited nak tengok baby. Kekadang rasa takut pun ade. Yela kan, orang kata sakit bersalin ni antara sakit yang paling menyakitkan di dunia. Apa pun, moga semua selamat dan dipermudahkan. 
p/s : doakan kami ya!! macehh... :)

Salam Sayang,

Sunday 17 February 2013

PERKEMBANGAN BABY 35 MINGGU

Assalamualaikum,
Baby arini dah 35 minggu. Minggu depan masuk la 9 bulan. Tapi mama kata, perut aku nampak dah turun kebawah. Bila kepala dia turun kebawah la aku rasa kerap nak kencing, nak kentut dan sewaktu dengannya. Gelak sikit nak terkencing, batuk sikit nak terkincit dan juga bersin. So terpaksa pakai pad yang 8 bulan dah tak pakai tu. Hehehehe.
Kedudukan bayi 35 minggu
Tapi perut tak rasa ringan lagi. Orang kata kalau rasa ringan pelik, tu means time nak beranak dah dekat. Tapi masih berat. Tak larat dah nak kesana-sini. Kalau usha2 info kat tenet, baby dah makin gemuk bila dah masuk 35 minggu. Bukan baby aje gemuk, mummynya pun makin makin gemuk. Rasa mcm doremon dah. 

Tapi yang kelakarnya, adik aku, Adik Is (3tahun) dia duk makan biskut teddy bear tu, then dia mai kat aku dia buh sekeping biskut tu atas perut. Ingatkan dia dah takmo makan. Aku pun amik la yang duk atas perut then makan. Punye la dia marah. Pastu dia buh lagi. Then cakap "baby...eat...eat..." hamboiiiii utk anak buah dia rupanya. Siap speaking kauuu.... Sejak duk kolumpo ni dah speaking2 pulakkkk.... 

Semalam mama masak santan kelapa yang pekat 3 biji untuk hasilkan minyak kelapa. Minyak kelapa tu nanti nak bawak pi bidan utk dibuat minyak selusuh. Bidan tu mak angkat akan tunjukkan kat mana. Katanya kena bawak telor ayam kampung sekali. Nanti kena makan mentah2 sebiji sehari... huhuhuhu...

Emmm, tu je la kot perkembangan setakat ni. Tata!

Salam Sayang,

Wednesday 13 February 2013

34 MINGGU

Assalamualaikum,
Okey mummy debab ni ade mood nak taip entry. Kita update pasal baby ye... Dah lama tak update pasal baby kan... 

Pasal Baby
Baby now dah 34 minggu 3 hari. Latest checkup doc kata baby okey. Cuma besar sikit. 2 kali dah minum air gula nak check kencing manis. Tapi okey je. Doc kata in case nanti kalau checkup baby makin besar, mungkin kena bersalin awal (secara paksa) kalau nk bersalin secara normal. Kalau tak mungkin kena operate. Aku okey aje mana2 pun asalkan baby selamat. Takut la jugak dan aku contact kawan mama yang nurse tu. Nasib baik dia kasi kata2 positif. 

Katanya tak semestinya anak tu akan besar mcm doc tu jangka. Tu juz jangkaan aje. Dan jangan la pulak tahan makan sebab takot baby makin besar sebab apa yang kita makan tak semestinya effect pada baby tu. Dan katanya berat baby aku now 2.6, tak de la besar sgt pun. Insyallah semuanya akan ok. Kawan aku pulak bersalin hari tu, 4.88 kg tahu!! Besar sgt, tapi kena operate la. And semuanya selamat.

Cuma doc pesan, bersiap sedia awal dari sekarang. Kalau rasa sakit nak beranak walau masih awal, terus pi hospital. So, akhir bulan ni memang kena siap sedia or awal bulan depan. Mama pun dah mai sini, cuma dia pi Kelantan jap. Esok baru dia balik sini balik. Hehehe. Shopping banyak2 ye ma...

p/s : doakan kami ye :) Mekasih

Salam Sayang,

Thursday 7 February 2013

KISAH HADI, ATIN DAN LIPAS

Assalamualaikum...
Petang semalam ternampak status FB kawan sorang ni. Pasal orang lelaki kalau dh tau pompuan tak suka, itu lah yang dia lagi suka menyakat. Bila baca status tu teringat pulak kisah classmate masa form 4 dulu. Boleh tergelak sorang2 bila diingatkan balik.

Al-kisahnya,
Rakan sekelas aku ni, Fatin (Atin) nama dia. Dia memang takut dengan lipas. Fobia. Bukan gedik2 punya takut tapi kaw kaw punya takot. Kalau jumpa lipas memang dia akan menjerit macam nampak hantu!! Tak tau la sebab apa yang buatkan dia sangat fobia dengan lipas. Memula cuak la jugak. Yela, setakat lipas, ape la sangat. Tapi lama2, kitorang dh paham. Memang dia betul2 takut ngan lipas. 
Dan sorang ni pulak, namanya Hadi. Budak kelas aku jugak. Bila dia dah tau Atin ni takut lipas, lagi dia suka mengusik. Padahal waktu tu baru je sbulan  dua start masuk form 4. Aku tak tau apa cerita, alih2 pas waktu rehat aku masuk kelas tengok meja2 kerusi habis tunggang langgang. Rupanya Atin mengamuk sebab Hadi usik dia ngan lipas. 
nape ko jahat sangat!! hambikkkk...debushhh!!!

Scary gila. Siap nak ugut2 bunuh kauuu. Mungkin geram sangat kot. Hadi pulak bengang kena maki terus naik angin jugak. So memang seminggu lepas tu keadaan scary gila. Kawan2 sekelas pun naik bingung dah. Sampai la cikgu2 pun masuk campur. Kena pisahkan diorang. Atin still class aku dan Hadi kena turun 1 class. Kesian.
ko dengar sini, jgn kasi aku tgk muke ko, kalau tak, aku bunuh!!!

Pernah jugak time tu Kelab sekolah buat program yang kita boleh beli barang tu then suh diorang kasi kat si polan2 siap dengan kad ucapan. Ada kan? Aku dengan geng2 plak duk main berbalas2. Aku kasi ko, ko kasi aku. So banyak la dapat. Wakakaka. Hadi pernah kasi kat Atin. Nak mintak maaf. Tapi tak jalan. Sampai la naik form 5. Masa habis paper last SPM, pun Atin duk mengamuk2 lagi sebab Hadi pi kat dia. 

Pas habis sekolah, kalau tak silap aku time tu kat Politeknik dah masuk sem 3 kot tahun 2007, aku dapat berita yang Atin dengan Hadi dah berbaik. Tak lama lepas tu aku tengok kat Friendster (time tu FB tak ada lagi kot) diorang punya DP friendster tu pic berdua. Hamboihhh... Berkapel lettewww...

indahnya bercintaaaa wakakakaka

Dan masa tahun lepas, sebelum aku kawin tu, dengar khabar diorang dah bertunang. Kawinnya tak tau la bile. Atin sekarang kat UIA kalau tak silap. Hadi pulak masuk maktab. Cikgu le ni.

Haaaa gitu laaa citenye. Kalau ingat balik memang rasa nak tergelak. Kata Iffah, cerita diorang ni sweet. Best kalau dibuat novel or cerpen. Yela, orang yang suka mengarang, memang nampak sweet kan hehehe. Ending memang la sweet tapi kalau ingat time gaduh tu, sangat scary. Kitorang pulak yang jadi fobia kalau nampak Hadi dengan Atin jalan selisih. Uihhhhh!!!! 

p/s : tunggu cik Iffah create story pasal diorang.  mesti syiokkkk

Salam Sayang,

Wednesday 6 February 2013

8 MONTHS ANNIVERSARY

Assalamualaikum...
Hari ni, genap 8 bulan aku jadi isteri kepada Muhd Al-Farabi. Sekejap aje kan? Sekarang pun aku tengah sarat mengandungkan anak beliau. Hehehe. Suka duka, tangis, tawa, memang tak dapat nak dipisahkan. Itu lah asam geram garam kehidupan kan. 

Apa pun aku masih cuba memperbaiki diri untuk jadi isteri yang solehah. Dan juga ibu yang terbaik buat anak ini. Banyak kekurangan yang aku kena baiki. Lebih2 lagi tentang emosi, dan untuk kawal perasaan. Sangat susah! 

Dan aku harap, aku dapat buat yang terbaik. Dan aku MESTI buat yang terbaik untuk mereka yang aku sayang. Dan aku juga harap kami dapat harungi segala dugaan dan halangan yang bakal ditempuhi. 

Salam Sayang

SELUSUH??

Assalamualaikum...
Hummm... Alhamdulillah hari ni rasa badan dah sihat. Dah 2 hari rasa sakit kepala, leher pun rasa tegang, kepala panas. Tapi badan rasa sejuk sangat. Nak makan ubat, tapi pikir pasal anak dalam perut ni ha. So, tahan aje la. Sebelum ni selimut kasi peluh, tapi tak kebah sangat. Semalam memang kasi peluh punya kaw kaw, basah satu baju, baru rasa okey. Lega. Mungkin demam rindu kat Encik Rumate kot.

Hurmmm... Apa lagi eh nak cakap. Pasal baby... Semua alhamdulillah. Sekarang 33 minggu. Ahad ni checkup untuk 34 minggu. Now memang terasa perlukan somebody yang kasi support. Selalu nak ada orang disisi. Selalu call mama, selalu mesej or whatsapp kawan2. Yang mana amik berat, thanks sangat2. Yang mana langsung tak amik tau pun, its ok. 

Bila kandungan dah masuk 8 bulan, yang aku perasan, baby tak banyak tendang2 dah. Tapi dia suka macam menggeliat. Tapi ntah la, mana la nampak dia buat apa kan. Boleh rasa dia bergerak. Selera makan, memang dasyat. Kaki dah gemok! Muka dah kembang! Perut dah boyot! 

Emmmm... Sekarang aku tengah nak tahu tentang selusuh. Air selusuh? Ke minyak selusuh? Semalam ada baca orang kata selusuh tu minum bila dh sampai masa. Kalau minum awal, nanti sakit awal tapi jalan belum bukak. Tapi masalahnya, mak angkat ade kasi 2 botol air selusuh. Air botol mineral. Dia kata minum aje sikit2 kasi sampai habis. Dah habis pun sebotol. Errrr... Macam mana eh?

p/s : ada sesapa tahu pasal air selusuh? or pengalaman or petua or tips dari parents or family? share boleh?

Salam Sayang,

Monday 4 February 2013

NO MORE, NO MORE, NO MORE

Assalamualaikum...

Blog berhabuk dek kerana bosan tak tau nak up entry apa. Sebab malas nak menaip. Malas nak pikir idea, malas nak bercerita. Sekarang semua dah malas. Nak nak kalau bab bercerita. Kadang2 apa2 yang berlaku macam laluan air atas daun keladi. Kalau dulu selalu teringat2, tergelak2 balik bila diingat. Excited nak cerita2. Sekarang, no more. 

Blog aku sekarang pun dah bosan tahap gaban. Kalau dulu2 ada jugak selingan entry lucu2, entry nakal2. Sekarang, no more. Tiap kali ada benda yang aku nk cerita, aku akan point kat hp. Untuk tanda ingatan nak up entry. Tapi bila nak menaip, tengok point, dah tak se excited dulu. Kalau dulu aku rancak menaip, Sekarang, no more. 

Kalau dulu aku becok berceloteh. Benda kecik pun aku nak cerita. Sebab aku nak orang kenal diri aku walau orang tak tahu rupa aku. Sekarang benda besar pun aku rasa malas nak cerita. Tak ada apa yang menarik dah. Kalau dulu orang kata aku ni ramah, mesra la konon, sekarang, no more.

Kalau dulu aku rancak taip entry tiap2 hari. Sehari 3, 4 entry. Kalau zaman sekarang tak ada cerita menarik, akan aku ingt balik zaman kecik2. Aku korek semua cerita2 yang aku masih ingt untuk kenangan. Tapi zaman yang akan datang, bakal dapat baby tak lama lagi pun aku rasa malas nak cerita. Kalau benda ni berlaku 2 tahun lepas, mesti aku cerita semua. Sekarang, no more.

Mengandung. Memang aku excited nak cerita pengalaman manis ni kat semuaaaa orang. Syok. Tapi kelu nak cerita. Macam mana time alahan, macam mana 1st rasa baby bergerak dalam perut. Macam mana rasa debar pi checkup tiap2 bulan. Apa yang doc kata, apa petua yang aku amalkan, apa yang aku makan, apa yang aku lakukan. Kalau dulu boleh la, sekarang no more. 

Sebab masa pun dah berubah. Zaman kanak2 ribena dah tak ada lagi. Kalau dulu zaman ribena, sekarang no more. Sekarang zaman kopi o'. Hahaha. Blog ni hanya tempat kekadang aku nak lepaskan gian menaip.

Salam Sayang,

Saturday 2 February 2013

TWEET TWEET SWEET SWEET

Assalamualaikum...







p/s : errrrrr.... paham ke katun ni? hahahahahaha....

Salam Sayang,
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...