Wednesday 12 June 2013

ROZITA CHE WAN NANGIS.. ALOLOLO

Assalamualaikum
Haip, entry hari ni tak ada kaitan dengan family. Tapi saja nak komen pasal MasterChef Selebriti Malaysia yang duk tayang kat Astro Ria 104 tu kannn... Ekceli memang aku suka sangat tengok MasterChef ni. Sebab boleh tau macam2 benda....

Bila tengok episod semalam yang Michael Ang keluar yang Cik Ta nangis tu, tergerak la hati aku nk wat entry ni. Aku respect kat Cik Ta sebenarnya. Walaupun dia tau orang mengata dia, tapi dia tetap nak buktikan dia boleh masuk top 5. Kau hadooo??? Haaaa... Ekau yang tiap2 hari masak pun belum tentu dapat top5 tau. Setakat nak penuh perut sendiri, sedapkan lidah sendiri mana aci kan. Ini chef pro yang judge, nak kasi orang2 makan. Yang hari2 msk pun tak konfiden nak msk untuk org ramai. Bak kata Michael Ang, pernah ke korang rasa dia masak? 

Ape yang aku dapat tengok, Cik Ta ni kreatip, pembersih. Yela bila kt MasterChef ni korang boleh tengok perangai masing2 kan? Syanie pulak dia seorang leader yang bagus. Celina emmmm dia terlalu serius. Kenchana Dewi, tak sangka dia pun pandai masak. Michael Ang, sangat suka bila dia mula bukak mulut... Hahahahahaha...

Dan bila tengok Masterchef Selebriti Malaysia ni artis yang aku selalu nak tengok hasil masakan dia ialah Cik Ta, Michael Ang dan Celina. Tapi sayangnya Michael Ang dh out. So harap2 Cik Ta dapat masuk ke final. :)

sumber pic : http://aiskosong.com
p/s : comei kan Cik Ta nangis... Alololololololo cute! hahahaha...
p/s : suka tengok diorg berkawan. close sangat kan? :( sedih

Thursday 6 June 2013

ANNIVERSARY PERTAMA KAMI. ALHAMDULILLAH.

Assalamualaikum
Hyeeee.... Heeee dah masuk 6 June 2013.  So genap la setahun aku bergelar isteri kepada Muhd Al-Farabi. Pejam celik pejam celik dah setahun kan? Sekejap sungguh masa berlalu. Aisyah pun dah 3 bulan beberapa hari yang lepas, dan aku pun dah 25 tahun. Hehehe...

Sepanjang berada alam perkahwinan ni, banyak benda yang aku belajar. Banyak sangat. Salah satunya bertolak ansur. Yelaaa kan, dulu aku ni kan asyik nak menang aje. Dengan kata lain pentingkan diri sendiri. Hehehe. Now dah tak kisah, maybe dah matang kot? (gila tak matang, dah 25 tahun kowtttt). Sedikit sebanyak, bila dah kawin ni, totally change la kan. Nak nak bila dah ada anak. Aku yang dulu bukan aku yang sekarang. Tapi aku tetap aku la kan. 

Esok mungkin kami bertiga akan balik Negeri Sembilan. Sambil bercuti dan ziarah mertuaku dan sedara-mara Encik Rumate. Kiranya memang mengimbau kenangan la, dah la anniversary, pastu kembali ke tempat nikah pulak kan. Hahahaha... Yawwww...

Aku pun dah siap berinai la pulak kan. Tapi biasa la bila dah pakai sendiri, comot pfffttttt. Saja je sbenarnya tapi pas pakai rasa termalu sendiri bila Encik Rumate tengok, kata dia "amboiiiii...." hahahaa... Yawww....

So ucapannye... Emmm... Semoga perkahwinan kami kekal hingga ke akhir hayat, kekal bahagia, kekal dalam segala-galanya. Dan semoga aku lebih matang lagi untuk hadapi cabaran2 yang mendatang, mampu jalankan tanggungjawap sebagai ibu yang mithali dan isteri yang solehah. Amin. Sayang ayah Aisyah!! 

p/s : kalau nak ikutkan, pantang 100 hari bersalin kt Aisyah lagi 4 hari. tapi memandangkan dah anniversary, mlm esok malam jemaat plak tu, kita cukupkan aje 100 hari la ehhhh... boleh gitu??? kakakakakakaa....
Salam Sayang,

Monday 3 June 2013

BULAN JUNE BULAN KEBANGGAANKU

Assalamualaikum
Dah masuk bulan June kan? Hehehe. Bulan kebanggaan aku. Kenapa? Hahaha... Jeng jeng jeng... Bulan June ni banyak benda nak kena celebrate.

First of all besday aku la kan semalam. 2 June. So genap la umur aku 25 tahun dengan gelaran isteri orang dan ibu orang serentak. Hahaha. Terima kasih kepada yang wish, dan tak lupa juga pada yang tak wish. Kalau dulu asyik nk majuk je sebab org tak wish. Sekarang kan aku dah matang, wish ke tak wish ke, ade aku kesah??? Hehehe... Doakan la semoga aku dipanjangkan umur, dimurahkan rezeki, jadi isteri yang solehah serta ibu yang mithali ye...

2nd plak, hari ni 3 June, genap la Nur Aisyah Humairah 3 bulan. Pejam celi pejam celik dah 3 bulan berlalu aku melahirkan Aisyah. Sekarang rambut dah tak tajam2 dah. Means dah panjang la sikit after cukur haritu kan. Memang cepat panjang rambut dia. Lebat tu jangan cakap la. Patut la asyik rasa ngilu2 aje time mengandungkan dia. Perkembangan Aisyah lagi... Dah pandai meniarap. Kekadang elok letak terlentang, tinggal sekejap tengok2 dah meniarap. Kepala pun pandai angkat2 nak bangun. So far so good. 

3rd pulak, mesti la anniversary pertama kami. 6 June nanti genap la setahun kami berumahtangga. Sekejap aje kan? Rasa macam baru je minggu lepas akad nikah (cessss, anak dh 3 bln masih nak berangan2 kan). So, gitu la.. Diam tak diam dah setahun. Sekejap aje kan? Kan? Kan? Tahun depan pulak lagi sorang.. Ehhhhhhh???!!!! Kikikiki....

p/s : Serius rasa cepat sangat masa berlalu!!!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...