Tuesday 29 January 2013

ENCIK F, AKU DAH BACA KOMEN KAU...

Assalamualaikum...
Tadi pagi bukak blog. Ada komen dari anonymous. Beliau adalah kawan yang pernah rapat and pernah berkongsi masalah dengan saya, berkongsi suka dan duka bersama saya. Tapi selepas masing2 mendirikan rumah tangga, kami dah makin jauh. Sibuk menunaikan tanggungjawab masing2? Entah la. (tapi the best of the best BFF bukan dia tapi kuku)

Kepada kau, Encik F...

Pertama sekali aku nak ucapkan tahniah dengan baby boy tu. Tahniah buat kau dan isteri. Semoga bahagia sampai ke akhir hayat. Dan terima kasih doa kau untuk aku. Semoga doa2 kau dimakbulkan oleh-Nya. Amin

Aku tak pernah lupa. Aku tak pernah buang kawan. Macam yang kau cakap, sekali kawan, selamanya tetap kawan. Aku tak pernah buang kau di ruang waktu aku. Ceh ayat!! Tapi cuba kau ingat balik, siapa yang membuang. Kau yang berak, kau kata kat aku plak ehhh... Banyak cantikkkkkk.... Kahkahkah.

Aku tak tau mcm mana nak contact kau. No hp kau pun aku dah delete sebab kau kata nak tukar no lain. FB kau pun aku dah remove. So, agak terkejut jugak la aku baca komen kau. Ada jugak aku terpikir pasal kau. Kalau aku dah 8 bulan, wife ko mesti dah bersalin kan? Tertanya2 juga. Akhirnya hari ni baru terjawap. Tahniah sekali lagi.

So, aku masih pakai no maxis yang lama. No celcom dah tak pakai. Aku tak tau nak contact kau mcm mana. Andai kau terbaca entry ni, syukurlah. 

Salam Sayang,

Monday 28 January 2013

MERAHNYAAAA... AAUUMMMM!!!!

Assalamualaikum...
Tetiba tekak ni teringinnnn sangat nak makan ini... Semalam google semata2 nak tengok pic. Tengah2 tengok tu memang teliti tengok buahnya, daunnya, biji2 nya... Aummm... Terbau2 kat lubang hidung ni. Haih, mana mau cari yang segar... 
Sebijik
Dua bijik
Tiga bijik
Empat bijik
Lima bijik
Berbijik-bijik
Ahhh tak tahannn!!!
Aummmm...!!!

Salam Sayang,

Sunday 27 January 2013

SUDAH 32 MINGGU a.k.a 8 BULAN

Assalamualaikum...
Sebenarnya malas nak menaip. Tapi cuba2 lah sikit2. Kalau betul2 buat malas, tahun depan la gamaknya baru nak update. Sekarang memang dah jadi malas sikit. Errrr bukan sikit, tapi agak banyak. Semua benda malas nak buat. Malas nak bangun. Entah macam mana la nak suh rajin ni. Kalau dulu aktif sangat kesana kemari, sekarang memang tak larat.

Kandungan now dah 32 minggu. Means dah 8 bulan. Perut dah besar gila. Kadang2 terpikir, ada lagi sebulan. Boleh lagi ke perut ni nak membesar lagi? Tapi tak apalah, kalau baby nak besar dan sihat lagi, go on la. Sakit pun mummy tahan aje. Janji semuanya selamat.

Sekarang memang tak aktif. Nak jalan laju2 pun susah. Jalan pun slow pastu aihhh tak tau nak cakap. Kalau dulu masa study buh kain dlm perut, jalan angkat perut, pegang pinggang, pegang perut (gatai nak berlakon pregnant). Now xyah buh kain, memang kena jalan gitu. Rupanya memang sebijik sama tapi rasanya sangat jauh bezanya.

Punggung, pinggang semua rasa lain macam dah. Kadang2 kat bawah perut tu pun rasa senak aje. Mungkin baby dah mula menolak kebawah. Baby pun sekarang macam suka bergolek2. Kadang2 kalau pegang perut, boleh rasa dia mcm menyentuh. Maybe siku or ape2 je lah. Hahaha. Kalau tengok perut lama2, kadang2 nampak juga macam benda bergerak. Kadang2 macam kelakar, kadang2 takut juga. huhuhuhu...

Apapun, lagi sebulan... Lepas tu mesti rindu saat2 macam ni. Kalau ada rezeki lagi, boleh la rasa lagi. Hehehe. Insyallah. Doakan yang terbaik buat kami sekeluarga ye. Thanks :)

p/s : tengah duk pening nak buh nama apa huhuhuhu

Salam Sayang,

Wednesday 23 January 2013

LENGGANG PERUT??

Assalamualaikum...
Uiiii lamanya tak menaip... Rasa janggal pulak, tetiba. Hahahaha.... Tapi nak taip apa? Waduhhh ni yang payah ni... Bila tak mo menaiop, idea mencurah2. Bila nak menaip, blur nak taip apa. Idea2 yang sebelum ni pun rasa mcm dh basi kalau nak cerita. K la, kita nak cerita pasal majlis solat hajat hari tu.

Minggu lepas hari Jumaat, malamnya kami sekeluarga buat majlis solat hajat dan tahlil sikit kat rumah. Then buat makan2 sikit. Aku tak buat 'melenggang perut'. Eh, apakah maksud melenggang perut tu? Perut peknen kena melenggang2 ke? Kena pusing ke? Melenggang perut ni juz adat melayu je. Kira tok bidan nak betulkan kedudukan bayi, then nak tahu jantina bayi. 

Dengar kata, depa guna buah kelapa. Golek2 kat perut then bidan akan pecahkan kelapa tu. Bukan pecahkan atas perut tapi kat tempat lain la. Kalau air kelapa tu meleleh, means pompuan. Kalau air kelapa tu memancut keluar means lelaki. Hahahaha... Betul ke tak, tak tau la kan. Itu orang zaman dulu2 je buat. Now dah tak buat kot. 

So, kami sekeluarga tak buat yang itu. Juz buat solat hajat la semoga semuanya dipermudahkan. Pastu buat makan2 sikit. Panggil orang masjid. Dalam 50 orang gitu. Then jiran2 tetangga. Apa yang aku respect kat rumate aku ni, walaupun dia masih baru duk kat sini, semua orang dia kenal. Alhamdulillah, ramai jugak jemaah masjid yang sudi datang. Tulaaaa tak sia2 selalu pergi masjid kan. Hehehe...

Majlis sederhana, namun sangat meriah. Jiran2 pun sporting datang tolong sume. Terima kasih kepada semua yang terlibat. Jasa baik ampa tak dapat ceq dah balaih... 

p/s : minggu depan masuk 8 bulan :)

Salam Sayang,

Monday 21 January 2013

SELAMAT MALAM

Assalamualaikum....
Lamanya tak menaip. Asyik menaip kasi Salam, pastu blur nak taip apa. Benda yang nak cerita tu banyak. Dah buat list tapi nak menceritakan tu mood tak ada. Ni tengah2 malam baru mood menaip nak sampai. Tapi sayangnya,  baru nak start tapi Encik Rumate dah berdehem suruh tidur. 

Biasalah, bila dah waktu darurat mcm ni, kena tidur awal walaupun dalam bilik mata duk berkelip2. Huhuhuhu... Susah sungguh la nak tidur. Kenapa eh. Kadang2 rasa nak menangis sebab mata tak mau lelap.

Minggu depan baby akan masuk 8 bulan. Fuh, dah tak lama dah nak keluar. Barang2 pun dah penuh almari. Hehehe. Plastik2 semua pun dah bukak. Minggu depan nak start basuh kesemuanya! 

Ha okeylah, deheman yang ke 3 dah berbunyi. Tandanya amaran terakhir. Next time lah menaip lagi. Tata

Salam Sayang,

Wednesday 16 January 2013

L.O.V.E

Assalamualaikum

Salam Sayang,

Friday 11 January 2013

IT'S A SMALL WORLD

Assalamualaikum...
Ingat lagi tak masa sekolah rendah dulu kita nyanyi lagu It's A Small World dalam subjek Muzik? Suka sangat lagu ni... Lagu simple, tapi maknanya sangat umph!!

IT'S A SMALL WORLD
it's a world of laughter, a world of tears
its a world of hopes, its a world of fear

theres so much that we share

that its time we're aware
its a small world after all

its a small world after all
its a small world after all
its a small world after all
its a small, small world

There is just one moon and one golden sun 
And a smile means friendship to everyone. 
Though the mountains divide 
And the oceans are wide 
It's a small small world 


Salam Sayang,

Wednesday 9 January 2013

KE KECEMASAN HOSPITAL SULTANAH NUR ZAHIRAH

Assalamualaikum,
Makin hari makin malas pulak nak menaip. Tapi kalau dah lama sangat tak menaip nanti semakin malas pulak nak update entry. So mana ada cerita nak share, mana ada benda nk kongsi kita kongsikan terus. Emmm... Alkisahnyaaa....

Petang semalam aku dan Encik Rumate dah pakat nak gi jenguk kawan kat Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ). Dah siap2 then call tanya tingkat berapa dan ward berapa. Last2 isterinya bagitau dia dipindahkan ke Hospital Daerah Kuala Berang. Dipindahkan sebab kes Ribut Tropika Sunomu yang kecoh baru2 ni. So, alang2 dah siap, kami suami isteri pi la jalan2 Mydin.

Then balik sebelum maghrib, Encik Rumate nak angkat kain kat penyidai. Tetiba dia masuk rumah dengan muka yang penuh darah, baju2 yang dia angkat pun penuh darah. Menggigil lutut tengok. Then nak tak nak aku yang takut darah ni lap jugak darah nak tengok lukanya. Dia terhantuk besi penyidai. Huhuhu...

So after solat maghrib siap2, aku tak tukar pun baju ke Mydin tadi, terus ke klinik berhampiran. Staff kata malam2 diorang tak buat jahitan. So kami ke klinik 1Malaysia, diorang pun tak buat jahitan. Then ke HSNZ untuk pesakit luar, punnnnn tak buat jahitan. Terus ke HSNZ bahagian KECEMASAN! Sampai kat situ abang ensem bahagian amik i/c tu nak sorong wheelchair kat aku. Hehe, bukan i la bang, suami i ni haaa... Hahahaha...

Lepas daftar sana, cek sini, bayar sana, duk sini, then Encik Rumate masuk bilik rawatan. Manakala aku duk kat luar. Encik Rumate suh duk luar sebab kat dalam tu macam2 la orang sakit itu ini. Lama juga, dekat 45 minit. Sementara tunggu macam2 la ragam manusia. Ada yang budak tu tersepit zip kat anunya. Ada kakak tu meraung2 kat wheelchair tak tau sakit apa. Huhuhu... Tapi keadaan HSNZ tenang.

After 45 minit, keluar la Encik Rumate. Doc tak jahit, juz buh gam. Doc kata luka agak dalam tapi sikit sangat nak jahit. Sakit pulak tu. So gam aje. Apa pun tak kisah, asalkan semuanya ok. Hehehe...

p/s : manja jugak Encik Rumate ni sebenarnya... hahahahaha...

Salam Sayang,

Sunday 6 January 2013

7 MONTHS ANNIVERSARY!!

Assalamualaikum
Lama pulak tak menaip kan. Tetiba hari ni menaip pulak. Well arini adalah genap 7 bulan kami telah mendirikan rumah tangga. Diam tak diam, dah 7 bulan. Baby pun minggu depan kena checkup untuk bulan ke 7 kan... Dulu perutnya kempis, sekarang perutnya kembung. Hahaha...

Dah 7 bulan. Sebak pulak. Huhuhu. Semoga aku mampu untuk menjadi seorang isteri dan ibu yang terbaik buat mereka. Bukan senang. Rasa macam chef terjun dan surirumah terjun. Rasa baru aje lagi mama bebel suh lipat kain, suh mandikan adik, kemas bilik sendiri. Now, semuanya dah berubah. Aku pun rasanya dah 80% dah berubah. Ke korang rasa masih mcm dulu? Hahaha....

Thanks buat Encik Rumate, kerana dia yang 'matang' itu lah, buat aku lebih matang dari dulu. Aku lebih bertanggungjawap. Ada yang kata, aku ni hebat! Sebab umur 24 ni (eh, 25 dah tahun ni) dah kawin and nak jadi ibu dah. Kalau aku teruskan sikap budak2 suka main2 dulu, macam mana la kan. Huhuhu. Kalau ikutkan, my mum and kakak pun kawin awal. Huhuhu.

Tapi ex opismate dulu, Siti kata, En. Abi yang sekarang ni makin suka buat lawak and bergurau kat opis. Aikkkk... Dah bertukar pulak. Hahahaha... Takpe la kalau berubah ke arah kebaikan. Tak la dia mcm dulu, serius aje. Kalau orang buat lawak pun dia gelak tak berapa nak gelak je. Serius la kononnnnn...

So!! Selamat 7 bulan!! Hahahaa... 
Salam Sayang,

Tuesday 1 January 2013

IT'S A GIRL - IN SHAA ALLAH

Assalamualaikum
1st of all nak wish HAPPY NEW YEAR 2013 or in Malay SELAMAT TAHUN BARU 2013. Hehehe, sakannn nak speaking pulak diawal tahun baru ni kan. Ok, apa pun semoga tahun 2012 yang lalu dapat bagi pengajaran kepada kita dan tahun 2013 yang ditempuhi ni kita dapat perbaiki segala kesilapan yang telah kita lakukan. 

Perut Mengeras
Beberapa minggu yang lepas, baby selalu aje mengeras kat dalam. Kadang2 rasa dia mengeras sehari tu dalam 2 kali. Risau juga. Dan ada kawan suggest pergi jumpa doc. Sebab selalunya baby mengeras tu tanda2 mgkin pre-mature (pra-matang a.k.a tak cukup bulan). So, esokya aku ajak Encik Rumate ke klinik. Baby 1st, memang lah risau. Alhamdulillah semuanya okey. Doc kata itu normal if tak sekerap 5, 6 kali dalam masa sejam dan kalau kandungan 6 bulan ke atas itu maksudnya baby nak matang. Oleh kerana aku dah masuk ke 3rd trimester, maka itu adalah normal. Hehehehe...

Kurang Kalsium!
Ada juga aku tanya kat Doc, kenapa aku punya tangan, badan selalu rasa lenguh, sengal2. Dan Doc kata aku kurang kalsium! Haaaa... Kantoi di situ kurang minum susu. Tu la makan banyak sangat, perut penuh, susu nak taruk kat mana??? Sian baby....

Scan Lagi
Dah alang2 jumpa Doc, aku mintak dia scan sekali lagi untuk kali ke-3. Kalau baby tak nak tunjuk jugak, tawakal aje lah. Jeng jeng! Sekali Doc scan, intai2, masih tak nampak anunya. Dan Doc kata besar kemungkinan baby gurl. Sebab kalau boy, konpem dah nampak 'stone' dia... Hahahaha... 
peace yoo!!! hahaha : SUMBER
Dijangka Bersalin Awal
Dan Doc juga ada bagitau berat baby. Tapi aku lupa sebab excited tau dia gurl kan. Doc jangka aku akan bersalin awal. Due pertengahan bulan March tapi Doc kata mybe akhir bulan February. So, cuti chinese new year nanti mungkin aku terus balik Neg.9 sehingga habis pantang ataupun my mama yang kena datang sini temankan. Takmo jauh2 dengan Encik Rumate, nanti rindu...

So???
So, boleh la lepas ni shopping sepit rambut, riben2, gaun2 gitu kannn... Hahahah yesss!! Now bukan perut aje yang mengembang, muka pun turut mengembang. Jalan pun kena angkat perut dah. Seluar jeans pun dah tak leh pakai. Kat rumah boleh la pakai t-shirt, tapi bila nak keluar kena pakai baju preggy. Barang2 baby semua dah beli kecuali tilam dia. 
p/s : hope semuanya dipermudahkan hingga ke akhirnya. 2012 aku berdua, In Shaa Allah 2013 kami bakal bertiga... Amin...

Salam Sayang,
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...