Tuesday 14 May 2013

CEMBURU


Assalamualaikum,
Cemburu/Iri hati. Pernah tak rasa cemburu tak tentu pasal? Cemburu tak semestinya pada pasangan. Tapi dengan sapa aje. Contoh jiran beli keta baru, jeles tak? Hahaha. Jiran cat rumah kalerful, jeles tak? Hehehe...

Cemburu budak2 terus merajuk. Tapi cemburu orang dewasa? Jauh hati. Kekadang dh motivasikan diri, buat apa nak cemburu. Allah dah kasi yang terbaik untuk kita. Buat apa nak cemburukan seseorang yang abaikan kita, sedangkan lebih ramai lagi insan lain yang sayangkan kita.

Tapi, itulah cemburu ni kekadang syaitan yang tolong bawakan. Dan aku pulak tak terlepas dari godaan syaitan durjana tersebut. Maka aku pun terhasut dengan hasutan syaitan iaitu cemburu. Cemburukan apa? Hehehe malu nak cakap.

Cemburukan perhatian seseorang. Hehehe. Yela, bila kita berkawan tetiba kawan kita tak layan kita pastu rapat ngan kawan kita lagi satu, jeles la kan. Kekadang ingat nak jauh hati nak diam aje. Tapi kalo diam, rasa macam xlepas pulak. Hahaha. So, cara terbaik ialah, buat lagi terbaek dari kawan kita tu ha... Kalau dia tak nampak, korek biji mata. Hahahaha. 

Ntah la. Nampak macam tak matang aje. Tapi sebenarnya bukan la nk perhatian sangat pun. Tapi tatau la. Mama kata aku ni jenis yang tak boleh tengok orang dapat lebih. Mula la aku nak lebih jugak. Tapi aku tak buat cara kotor. Aku akan usahakan jugak sampai dapat. Hehehe boleh tak gitu??

Haishhh ape la yang duk bermain di pikiran aku ni ha...

Salam Sayang,

Sunday 12 May 2013

SELAMAT HARI IBU MUDA

Assalamualaikum,
Selamat Hari Ibu aku ucapkan buat ibu2 dan bakal2 ibu. Buat mama yang aku sayangi, semoga mama sentiasa dalam rahmat Allah swt. Terima kasih atas nikmat kehidupan yang telah mama berikan pada anak mama ni. Tanpa mama, takkan lahirnya ibu kepada Nur Aisyah Humairah ni kan. Hehhee..

Kalau dulu aku yang wish kat mama, kat semua mak2 tak kira makcik ke ak sedara sapa pun walaupun bukan makcik aku hahahaha. Tapi hari ni, ucapan Selamat Hari Ibu tu memang khas untuk aku. Rasa macam tua sangat la pulak kan. Hahahaha.

Apapun, aku bangga jadi seorang ibu. Kadang2 aku agak bangga jadi diri aku. Walaupun dah ramai yang umur 25 ke bawah yang sudah bergelar ibu, aku adalah salah seorangnya. Tak semua yang mampu menggalas title ibu diusia muda kan? Dan ramai yang agk terkejut dan tak sangka aku mampu melakukannya. 

Jadi seorang ibu diusia muda. Sebenarnya tak adalah muda sangat. Tapi mgkin sifat 'noty2' aku yang buatkan org rasa aku ni masih budak2. Tapi sebenarnya dah matang. Hahahhaa. (matang la sangatttt). Tapi aku pun dapat rasakan yang aku makin lama makin matang. (mmg la, kan dah jadi mak org). Dah banyak perubahan berlaku dalam kehidupan aku. Semuanya dah berubah. 

Sebenarnya, jadi ibu dalam usia yang muda bukan mudah. Tak ada benda yang mudah dalam dunia ni. Tapi ianya bukan penghalang. SUSAH tak semestinya KALAH. SENANG tak semestinya MENANG.

Salam Sayang,

Wednesday 8 May 2013

M.E.R.A.J.U.K

Assalamualaikum,
p/s : mcm comel je kalau budak2 merajuk kan... kalau org tua merajuk, huh nauzubillah!!

p/s : motif pic ni tak ada apa2 pun. saja melukis2 tangan yg keras gileeee ni... tata!

Salam Sayang,

Tuesday 7 May 2013

7 HARI MENCINTAIKU

Assalamualaikum,
Ehem2... Semalam tengah2 tengok TV sambil online tetiba Encik Rumate mintak tolong suh amikkan barang dalam beg kerja dia. Memula malas je nak bangun sebab dah syiok landing. Tapi beriya benar dia suh amikkan. Sebagai seorang isteri yang solehah, bangun laaa...

Aku ni tak suka bab buka2 beg orang. So, aku nak bawak la beg tu skali biar tuan dia yang bukak amik sendiri. Tetiba dia kata tak payah bawak beg. Bukak aje amik 'buku kecik' katanya. Alaaahai... Bukak la aku ni haaaa... Bukak2 terus nampak 'buku kecik' tersebut. Tebaiii habaq anggg... Tengok 'buku kecik' tu dah rasa pelik dah. Bawak buku tu kat tuan dia...

Tetiba dia kata 'amik la kt awak... adiah..' tetiba rasa sebak nak nangis. hahahaha. Semalam kan anniversary 11 months kami. Poyo kan? Nak kata tak pernah kasi adiah, banyak aje belikan baju/kasut/dll lagi. Bulan2 pun gaji dia masuk, 'gaji' aku pun masuk apeee tapi xde feeling2 pun. Kali ni penuh feeling sebab ianya sebuah novel bertajuk ' 7 hari mencintaiku'. Ala2 romantik gitu kannn hahahaha...

Aku pun tatau mana dia dapat idea nak hadiahkan aku sebijik novel cinta2 gitu. Sebab dia bukan seorang yang jiwang. Dan aku pun bukan seorang kaki membaca. Zaman jiwang time sekolah2 aje baca novel. Now dah ada Aisyah, keje umah pun banyak nak buat, ntah bile aku nk membacanya ye. Hahaha... Dan aku syak, mungkin dia google kot cari cara nk amik hati isteri ke kan hahahahaha... 

Apepun aku kena baca la jugak. Kang tak baca kang, nanti ade plak sentap. Hahahaha... Adoiiinyai... Mekasih Encik Rumate... Walaupun mgkin tsalah tips tapi maksud dah sampai dah.... hehehe...

p/s : aku dh dapat adiah. so nak balas adiah ape ni... hahahaha... jeng jeng jeng....

Salam Sayang,

Monday 6 May 2013

SUDAH TIBA MASANYA UNTUK MERANCANG

Assalamualaikum,
Family Planning (FP). Dalam erti kata lain perancangan keluarga. Means nak menjarakkan anak. Setahun sorang? Dua tahun? 3 tahun? Hurmmm... Sebelum ni tak ada pulak terfikir. Tapi bila dah lalui pengalaman bersalin ni, terus pikir banyak kali. Hahahaha... 

Fobia pun belum boleh lupa lagi. Inikan pulak nak mengandung lagi? Pehhh gila kentang!!! Hahaha... Now dah boleh pikir untuk FP. FP ni ade banyak kaedahnya. Kaedahnya tak perlu lah aku nk terangkan kat sini. Google ye sayang. 

So, nak ikut yang mana? Haihhh... Bab makan tiap2 hari ni memang aku suka la bab makan2. Tapi takut gemuk. Orang kata kalau amalkan pil perancang nanti cepat gemuk. Nak tanam2? Hahaha bab menanam ni boleh tapi bila google cara nak menanam tu haishhhh... Segan la pulak. Nak pakai memakai? jenuh oiii nak beli2 pulak. hahahahaha. Nak secara semulajadi? Hahahahaha... Tak boleh jamin ni... Encik Rumate tu kalau ikutkan dia nak anak berderet2... Hishhh tak leh tak leh...

Huwaaa... Camne neh? Dah rasa macam mak mak pulak bila pikio benda gini. Sebelum ni juz pikir nak anak terus ke nak rileks dulu. So xpikir la kaedah2 sume ni. Hahahaha... Adehhhh!!!!

p/s : tu la kau... org kawin kau pun nak kawin... untuk sementara waktu ni pikio aje le kaedah yang senang dan mudah ye... kahkahkahkahkah... ngantoks dh... zzzzzzz :p

Salam Sayang,

11 MONTHS ANNIVERSARY

Assalamualaikum,

Hari ni, genap 11 bulan usia perkahwinan kami. Kalau tahun lepas waktu macam ni tengah bizi buat persiapan perkahwinan. Tahun ni dah beranak. Hehhee. 2 bulan dah pun usia Aisyah. 

Alhamdulillah. Syukur dengan anugerah dan kebahagiaan yang telah dikurniakan...

Salam Sayang,
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...