Saturday 28 June 2014

SALAM RAMADHAN 1435H

Assalamualaikum,
Bulan Ramadhan dah menjelma, dikesempatan ini saya ingin mengucapkan selamat menyambut bulan Ramadhan yang berkat ini dan semoga bulan ini lebih bermakna kepada kita semua serta lebih baik dari yang sebelumnya...

Maafkan saya sekiranya saya ada terkasar bahasa, terguris perasaan dan termengumpat termengata tanpa disedari... Saya juga dengan berbesar hati memaafkan dan menghalalkan segalanya...



p/s : betul ke IKEA ada sale bulan June? tak caya? haaa cuba tengok ni..


Hehehe entry selingan untuk CPUV... Thanks sekali buat Nuffnang... Dapat lagi CPUV... Alhamdulillah... 

Salam Sayang,

Wednesday 25 June 2014

WORDLESS WEDNESDAY

Assalamualaikum,


Alhamdulillah... Makin di puji makin ada pulak CPUV kan hahahaha... Thanks sangat to Nuffnang... Tambah lagi 2 CPUV baru... 

p/s : jeles tak? hahahaha...

Salam Sayang,

Tuesday 24 June 2014

HERO IDAMAN : SYED ALI TAR MOHD

Assalamualaikum,
Ehem... Heee... Dah lama nak buat entry special untuk SYED ALI TAR MOHD ni... Tapi google biodata tak jumpa. Masih tak tahu apa-apa pasal hero kegemaran aku sorang ni. Yang tahu birthday aje lah, 12 Mei 1985 dan berasal dari perak...

Start suka Syed Ali dah lama sebab tak banyak lagi drama-drama yang Syed Ali ada. Sekali sekala ada tengok. Pastu bila tengok 'CIKGU GANGSTER' dan FEAR FACTOR MALAYSIA kat Astro dah suka gila-gila dah... Dah dekat 10 kali dah khatam ulangan Cikgu Gangster. Pasal Fear Factor pulak, hishhh rasa hangin aje kat Tat tuh! Sebab Tat la group depa tersingkir...


Ada orang kata biasa2 ja, tapi aku tengok wowwww... Auummm... Hahahaha!! Janggut tu yang mahal!! Kalau tak ada janggut, emmmm something wrong somewhere lah aku rasa. Hope janggut tu dikekalkan ye abang Syed Ali... ehemm... 

Ada baca gosip cakap Syed Ali ni gay. Hahahaha. Tak baik tau fitnah-fitnah. Harap tu semua fitnah belaka. Sebab Syed Ali berbakat dan boleh pergi jauh lagi. Kalau salah pilih jalan, u-turn la balik. Takmo takmo takmo... 


p/s : now kalau baca novel, tang bab hero tu tak da orang lain dah, konpem imagine Syed Ali Tar Mohd hahahahaha... aummm

p/s : hitam manis, hitam manis... oh hitam manis, pandang tak jemu pandang tak jemu, ooo hitam manis pandang tak jemu....

p/s : bisik kat perut "baby, baby, nanti kuar muka Syed Ali boleh tak?" hahahahahaha...

Salam Sayang,

Sunday 22 June 2014

ALHAMDULILLAH DAPAT CPUV LAGI

Assalamualaikum,
Alhamdulillah dapat CPUV lagi dari NUFFNANG.. Terima kasih NUFFNANG... Sayang ketat-ketat.


Kali ni dapat Bulgogi Brothers Korean. Start date 18 June 2014 baru-baru ni. Macam tau aje kita memang suka makan makanan korea ni kan. Now kan Malaysia demam korea. Tiap kali pergi Bangi mesti wajib makan korea2 ni. Hahaha... 

Thanks!!

Salam Sayang,

SUSU UNTUK ANAK YANG KURANG/SUSAH NAK MAKAN (PICKY EATER)

Assalamualaikum,
Hye semua... Alhamdulillah sampai ke hari ni kesihatan kami sekeluarga sangat baik. Cuma adalah demam sikit, Aisyah pun demam tumbuh gigi lagi. Tapi semua dah ok. Baby pulak dah masuk 31 minggu. Checkup pun ok semua ok. Syukur.

Kisah Enfalact/Enfagrow
Cuma nak share pasal susu Aisyah. Sebelum ni selepas tak breastfeed Aisyah minum Enfalact A+. Lepas tu bila dah masuk setahun lebih tukar Enfagrow A+ Step 3. Tapi dia kurang sikit. Mesti tak habiskan. Maximum minum pun 5oz je sekali minum. Runsing jugak.


Pastu baru nak naik badan, demam tumbuh gigi pulak. Susut balik. Makan pun kurang, ikut mood dia. Macam mana nak naik. Terus kami pergi jumpa Pakar Kanak-Kanak masa dia demam tu. Doc kata, normal baby setahun 9 kilo. Tapi Aisyah setahun 3 bulan masih 8.8kg huhuhuhu...

Kisah S-26 PE Gold
Then doc sarankan untuk tukar susu Aisyah. Dia kasi sampel susu S-26 PE Gold. Then kasi Aisyah, dia minum ok je. Terus pergi beli walaupun susu Enfagrow masih baru beli dan masih ada satu pack yang belum bukak. Tak apalah, asalkan anak sihat sudah lah.

Alhamdulillah, susu kali ni Aisyah suka. Now dia isap 7oz ok!! Berbanding sebelum ni 5oz tu pun tak habis. Makan pun dah banyak sekarang. Thanks sangat kat susu S-26 PE Gold!! Doc cakap jugak susu ni untuk budak yang kurang makan, susah nak makan. 


Harga lebih murah
Harga S-26 PE Gold jauh lebih murah dari Enfagrow dan Enfalact. Ingatkan susu mahal, anak makin gemuk la. Hahahaha... Tak apalah murah ke mahal, asalkan Aisyah sihat, nak makan banyak!!..

Pendapat ibu-ibu, kawan-kawan
Ada tanya kawan yang mengasuh baby kat taska, katanya kebiasaannya budak yang minum S-26 ni aktif sikit. Kalau Enfalact/Enfagrow dia mcm cerdik sikit. Kawan-kawan, kakak pun cakap yang sama. Tak apalah, ibu memang nak Aisyah aktif. Sihat. Suka sangat tengok Aisyah makan banyak.

So, kakak-kakak, abang-abang kat luar tu, kalau anak macam Aisyah, susah minum susu, makan pun tak nak, berat tak naik, try lah tukar S-26 PE Gold. Cubalah demi anak anda. Ceeee.... hehehe...

ok babai!

Salam Sayang,

Tuesday 17 June 2014

RESDUNG!!

Assalamualaikum,
Resdung!!! Dulu kalau makan seafood mcm udang ketam sotong kadang2 kalau yang tak fresh tu dia mai gatai2 hidung. Bersin2 pastu tersumbat. Pastu lama2 elok la balik.

Sejak awal tahun ni kalau tak silap, pagi2 bila bangun tido hidung tersumbat pastu bersin2 mcm orang selsema. Tapi tak lama, dalam sejam dua, dia ok balik. Tiap kali tido tak kira lah tido malam ke siang ke, bila bangun ja jadi mcm tu.

Lepas tu akhir2 ni, hidung macam tak ada deria bau. Hidung tak tersumbat pon, elok je tapi tak dapat bau. Contoh En. Rumate bising duk cakap ada bau taik kucing, tapi aku yang duk sebelah taik kucing tak bau apa2 langsung. Sebelum ni Ecah lalu sebelah pon aku boleh teka dia berak. Huhuhuhu...

Awat ni hidung ku... En. Rumate tanya bau ape ni? Best la... Aku ni pulak terkial2 bau ape??? Bibik cakap bau pelembut pakaian Downy. Huhuhu... Aku langsung sampai sekarang tak tau macam mana bau Downy yang baru tu macam mana. 

Huwaaaaa!!!! Ni kalo masak nasi hangit kat dapur pun aku tak tau ni... Serius!


Salam Sayang,

Friday 13 June 2014

DEMAM

Assalamualaikum,
Semalam tido rasa sejuk sangat sampai tutup aircond pasang kipas, selimut pakai comforter, pakai stokin pun rasa sejuk lagi. 

Bangun subuh rasa tekak lain macam. Hint nak selsema. Tenghari dah mula rasa sakit kepala. Haaa sudah. Bila petang pulak dah rasa hangat badan. Terus rasa tak larat. Aku ni bila rasa nak demam sikit terus rasa badmood. Psycho sungguh.

Lepas Maghrib tadi hidung mula berair. Badan still hangat. Dah kalut mintak En. Rumate belikan 100plus dengan panadol untuk stanby. 

Now rasa macam nak berkepit aje. Kalau dulu bila demam mesti melingkar kat mama. Duk atas riba mama mintak gosokkan kepala. Padahal tak ada la teruk mana pun. Bila mama tak nak buat, rasa nak nangis pulak. Pastu mintak buatkan bubur, mintak suap pulak. Hahaha ngada kan? Rindu lah!

Rindu mama. 

tips baca kat google, if demam jangan makan panadol dulu. try bancuh minuman isotonik dengan air masak nisbah 1:3 maksudnya secawan air isotonik, 3 cawan air masak. Pastu minum. 

Salam Sayang,

Wednesday 11 June 2014

TERKENANG ZAMAN BERBLOG 2011

Assalamualaikum,
Hari ni ada masa free, nak buat entry tak tau nak taip apa. Alih2 aku google segmen2 yang aku anjurkan dulu kala. Blog Puteri Katek. Tahun 2011, tahun bermulanya aku aktif sebagai blogger. Tahun yang sangat manis.

Rindu saat-saat menjadi blogger tegar macam dulu. Tak ada kerja lain, duk berblogwalking aja kerjanya. Sampai boleh buat segmen review blog kawan-kawan. Gila kentang aku duk komen blog orang, macam la blog aku tu perfect sangat kan. Hahahaha... Poyo lah! kikikiki...

Tahun 2011 aku rasa ramai sangat blogger yang aktif berblog. Rajin main segmen. Sebab time tu semua bergelar student. Student mana ada study sangat, melainkan esok nak exam. Hahahaha... Gile ah!!

Yang menghairankan, ada pulak masa aku wat banner, crop pic sana pic sini untuk wat banner segmen. Yang lagi hairan, ramai jugak yang join. Adoiii... Boleh pulakkkk dalam bz2 tu aku jadi pembantu PCB (Ben Ashaari). Copy link orang join segmen, paste dalam blog satu lagi. Kau rasaaa???

Tapi aku puas. Sebab apa yang aku nak dah tercapai. Dah sampai tahap apa yang aku nak, kemudian barulah aku boleh lepaskan semuanya. Dan bermula dari bawah balik. 

Rindu lah! Ramai kawan. Walaupun tak kenal. Semuanya ramah belaka. Sehari2 penuh gelak ketawa.

2011, 

Walaupun rasa masih baru, tapi sangat jauh jaraknya. Kata pepatah, perkara yang paling dekat jaraknya ialah mati. Perkara yang paling jauh ialah masa silam.

Tapi sekarang semua dah berubah zaman. Yang dulunya budak sekolah menengah, now dah masuk alam student Uni. Yang dulunya student Uni, now dah masuk alam pekerjaan. Yang dulunya bujang, now dah berumahtangga dah beranak pinak. Semua dah tak macam dulu. 

Yang dulunya blogger expert, now ada jugak yang dah lupa password!!! Hahahaha... 

Rindu.

Sungguh!

p/s : aku pun banyak buat silap. maafkan kesilapan aku. mari kita mulakan ukhwah baru sama macam dulu. tapi apakan daya, bukan kudrat aku.

Salam Sayang,

Tuesday 10 June 2014

DAPAT CPUV TERIMA KASIH NUFFNANG!!

Assalamualaikum,
Alhamdulillah, akhirnya dapat CPUV hehehehe... Dah lama tak skodeng Nuffnang, tengok tak ada CPUV terus macam putus asa. Tapi tadi tiba-tiba terasa nak mengintai tengok2 macam ada naik sikit, terus cepat2 tengok earning... hehehe...

Dapat CPUV!!

Terima Kasih NUFFNANG, walaupun lambat lagi boleh cashout tapi boleh tersenyum lebar jugak la bila dapat... Aummm...


Nak lagi nak lagi nak lagi nak lagi!!! Aummmm tiba-tiba rasa macam nak updated blog tiap2 hari hehehehhe... 

Salam Sayang,

Friday 6 June 2014

HAPPY 2ND ANNIVERSARY

Assalamualaikum,
Happy 2nd Anniversary!! Alhamdulillah genap 2 tahun di alam perkahwinan. Syukur dikurniakan seorang cahayamata yang cukup sempurna bagi kami. Insyallah bakal mendapat adik jugak bulan Ogos ni. 

Perkembangan Aisyah
Aisyah dah 1 tahun 3 bulan. Dah boleh berjalan dengan jayanya. Aktif dan mulut pun boleh tahan celotehnya. Aisyah Humairah, tak mampu nak baitkan dengan kata-kata. Ibu love u Ecah... Moga jadi anak yang baik, yang solehah yang dengar kata, yang cerdik yang pandai ye... Dah nak jadi kakak, pic baby kat botol softlan pun dia boleh peluk cium. Pic baby kat pembalut pampers pun dia bising duk panggil baby baby... 

Perkembangan Kami
So far so gud... Semua sihat alhamdulillah. Barang2 baby dah start nak punggah balik dalam beg2 lama. Baju2 baby pun dah 60% dah beli siap2... Kali ni blue colour plak... Kalau tak ada aral melintang due 25 Ogos 2014...Insyallah. Doakan yang baik-baik ye!

Bersalin Ecah dulu kat Ganu, next mgkin kat Seremban Nismilan plak kot. Tapi masih berkira-kira lagi macam mana nanti. 

p/s : masih pening nak cari nama yang baik-baik untuk baby


Salam Sayang,

Monday 2 June 2014

AKU SEORANG PENDOSA

Assalamualaikum,
Bulan Jun bulan yang menghepikan aku dan family. Hehehe... Alhamdulillah hari ni genap usia aku 26 tahun. 26 tahun. 26 tahun. Syukur sangat sebab dapat menikmati saat-saat indah dengan suami, anak dan keluarga tercinta. 

Apa lagi yang aku nak? Tak ada apa dah. Apa orang nak kutuk, nak kritik, teruskan. Orang yang selalu nak jatuhkan kita sebab mereka merasakan kita selalu berada di atas. Orang yang cemburukan kebahagiaan kita kerana mereka tak pernah kenal erti kebahagiaan.

Hentilah. 

Carilah kebahagiaanmu dimana-mana. Kalau tak jumpa, ciptakan kebahagiaanmu dimana-mana. Yakinlah, Allah itu Maha Pemurah, Maha Penyayang dan Maha Pengasihani. Mintalah kebahagiaanmu dengan-Nya. Kerana apa jua kebahagiaan, kenikmatan yang dicari ada dengan-Nya. 

Jangan lupa bersihkan hatimu dari buruk sangka, dari cemburu buta, dari talam dua muka. Insyallah kebahagiaan akan menjadi milikmu jua. Usah memohon maaf dariku, mohonlah ampun dari-Nya. 

Aku juga seorang pendosa, ampun dan maaf sekiranya tersilap kata. 

Semoga tahun ini lebih bermakna dan lebih baik dari tahun-tahun yang lain.


Salam Sayang,
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...