Friday, 13 June 2014

DEMAM

Assalamualaikum,
Semalam tido rasa sejuk sangat sampai tutup aircond pasang kipas, selimut pakai comforter, pakai stokin pun rasa sejuk lagi. 

Bangun subuh rasa tekak lain macam. Hint nak selsema. Tenghari dah mula rasa sakit kepala. Haaa sudah. Bila petang pulak dah rasa hangat badan. Terus rasa tak larat. Aku ni bila rasa nak demam sikit terus rasa badmood. Psycho sungguh.

Lepas Maghrib tadi hidung mula berair. Badan still hangat. Dah kalut mintak En. Rumate belikan 100plus dengan panadol untuk stanby. 

Now rasa macam nak berkepit aje. Kalau dulu bila demam mesti melingkar kat mama. Duk atas riba mama mintak gosokkan kepala. Padahal tak ada la teruk mana pun. Bila mama tak nak buat, rasa nak nangis pulak. Pastu mintak buatkan bubur, mintak suap pulak. Hahaha ngada kan? Rindu lah!

Rindu mama. 

tips baca kat google, if demam jangan makan panadol dulu. try bancuh minuman isotonik dengan air masak nisbah 1:3 maksudnya secawan air isotonik, 3 cawan air masak. Pastu minum. 

Salam Sayang,

2 comments:

ummi aqilah (LM) said...

Moga cpt sembuh dik. Akk x mkn panadol pun spjg hamil
Walau doc kata boleh

Kira Sakura said...

Kmi pun bila demam mula rasa semua xblh buat sndiri walau hakikatnya mampu hahaha

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...