Wednesday, 11 June 2014

TERKENANG ZAMAN BERBLOG 2011

Assalamualaikum,
Hari ni ada masa free, nak buat entry tak tau nak taip apa. Alih2 aku google segmen2 yang aku anjurkan dulu kala. Blog Puteri Katek. Tahun 2011, tahun bermulanya aku aktif sebagai blogger. Tahun yang sangat manis.

Rindu saat-saat menjadi blogger tegar macam dulu. Tak ada kerja lain, duk berblogwalking aja kerjanya. Sampai boleh buat segmen review blog kawan-kawan. Gila kentang aku duk komen blog orang, macam la blog aku tu perfect sangat kan. Hahahaha... Poyo lah! kikikiki...

Tahun 2011 aku rasa ramai sangat blogger yang aktif berblog. Rajin main segmen. Sebab time tu semua bergelar student. Student mana ada study sangat, melainkan esok nak exam. Hahahaha... Gile ah!!

Yang menghairankan, ada pulak masa aku wat banner, crop pic sana pic sini untuk wat banner segmen. Yang lagi hairan, ramai jugak yang join. Adoiii... Boleh pulakkkk dalam bz2 tu aku jadi pembantu PCB (Ben Ashaari). Copy link orang join segmen, paste dalam blog satu lagi. Kau rasaaa???

Tapi aku puas. Sebab apa yang aku nak dah tercapai. Dah sampai tahap apa yang aku nak, kemudian barulah aku boleh lepaskan semuanya. Dan bermula dari bawah balik. 

Rindu lah! Ramai kawan. Walaupun tak kenal. Semuanya ramah belaka. Sehari2 penuh gelak ketawa.

2011, 

Walaupun rasa masih baru, tapi sangat jauh jaraknya. Kata pepatah, perkara yang paling dekat jaraknya ialah mati. Perkara yang paling jauh ialah masa silam.

Tapi sekarang semua dah berubah zaman. Yang dulunya budak sekolah menengah, now dah masuk alam student Uni. Yang dulunya student Uni, now dah masuk alam pekerjaan. Yang dulunya bujang, now dah berumahtangga dah beranak pinak. Semua dah tak macam dulu. 

Yang dulunya blogger expert, now ada jugak yang dah lupa password!!! Hahahaha... 

Rindu.

Sungguh!

p/s : aku pun banyak buat silap. maafkan kesilapan aku. mari kita mulakan ukhwah baru sama macam dulu. tapi apakan daya, bukan kudrat aku.

Salam Sayang,

3 comments:

ummi aqilah (LM) said...

Pemes ooo puteri katek. Segan nk tegur . Hihi gurau je dik

Ezy Loy said...

rindu jgk zmn berblog 2011..
skrg dh xmcm dlu.. jrng apdet blog.. huhu

aDisH.sHidA said...

sapa ye puteri katek tu...yang buat kuih asyik hangit tu ke hahahha

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...