Showing posts with label bersalin. Show all posts
Showing posts with label bersalin. Show all posts

Wednesday, 17 September 2014

44 HARI. ALHAMDULILLAH

Assalamualaikum

Alhamdulillah, hari ni genap 44 hari usia Harris. Secara tak langsung dah tamat la sudah tempoh berpantang untuk Harris. Tapi banyak jugak kena pantang lagi sebab sedang menyusukan Harris direct kan. 

Pengalaman berpantang kali ni sangat cincai. hehehe. Ni kalau my mama tahu memang teruk la kena bebel. Yelah mama ada kat rumah 2 minggu ja. Pastu mama balik Bangi. Then seminggu lepas tu datang balik pastu kitorang terus ke Negeri Sembilan rumah family husband.

Minggu ke-3 kalau tak silap, tak sampai sebulan pun lagi, mama dari Bangi nak mai Ganu balik. Tapi naik bas sebab Adik Is tak pernah naik bas katanya. Nak try la hehe. Pastu mama cakap tak payah jemput sebab mama nak berhenti kat tepi jalan besar dekat rumah aku. 

Kebetulan pulak hari tu En. Rumate meeting. Hp off. Dia pun lupa mama nak mai. Alih2 mama call cakap tersilap turun bas daaaa... Takkan nak mama tunggu sampai malam. Nak tak nak, aku drive pergi amik. Hewhewhew. Mama punya la terkejut! Dan dan suh aku tukar seat, dia yang drive. Lepas tu tahan telinga aje la dengar dia membebel.

After that, kami balik Nismilan rumah mertua. Mertua tak strict sangat pantang. Bertungku sekali ja, makan pun tak pantang. Hape lagi, bedal ayam laaa... Hahaha. Nasib baik tak da pape. Kalau mama tahu ni, konpem berkarung2 la dia bebel.

Walaupun dah 44 hari, ekceli dah lama dah habis pantang 44 hari tu. Cuma ais dan makanan2 yang sejuk aje la tak makan sebab menyusukan Harris. Kang kembung pulakk anak aku. Hahahaha... Hope tak ada la effect jangka masa panjang huhuhu. 


Salam Sayang,

Saturday, 23 August 2014

PETUA MENGURANGKAN BENGKAK SUSU

Assalamualaikum,
Petang semalam ter'skip' pam susu untuk baby Harris. Gara-gara semua peralatan pam tengah steril so after that buat benda lain jugak yelah anak aku bukan sorang dah sekarang ni. So buat-buat lupa aje lah nak pam.

Alih2 rasa senak dan malamnya bengkak. Ohhh tidakkk... Serik dah bengkak susu tahun lepas masa berpantang Aisyah. Menggigil macam nak demam. Sebelum melarat terus teringat petua orang bagi untuk mengurangkan bengkak susu. Alhamdulillah sangat mujarab. Susu yang bengkak pun keluar siap boleh simpan lagi untuk stock Harris.

Ada 2 petua untuk ibu yang bengkak susu.

Cara pertama menggunakan daun kobis. 
Caranya amik sekelopak daun kobis yang melengkung tu, then amik lesung, ketuk disetiap permukaan kasi lembut sikit, then lekapkan pada breast. And Insyallah bengkak susu akan hilang. Tapi petua ni orang kata kurang mujarab bagi sesetengah orang. Sebab cara ni akan membuatkan susu kat dalam kering.

Cara kedua menggunakan ais
Ambil ais, balut dengan kain lampin or apa2 kain, tuam  pada keliling breast dan pada tempat bengkak. Insyallah, susu akan memancut keluar. Dan jangan lupa untuk standby botol. Membazir pulak if buang begitu aje. Aku menggunakan cara ais ni. Alhamdulillah sangat berkesan. Bengkak pun hilang, susu pun tak membazir.

Selamat mencuba ye!

Salam Sayang,

Wednesday, 6 August 2014

SELAMAT DATANG ADAM HARRIS

Assalamualaikum,
Alhamdulillah... Tepat 6.31 petang, 5 Ogos 2014 bersamaan 9 Syawal 1435h maka lahirkan permata hati kedua kami, seorang PUTERA seberat 2.9 kg. Alhamdulillah syukur dikurniakan seorang lagi amanah yang sempurna rupa fizikalnya.

Selamat datang sayang. Adam Harris. Pengawal dan Pelindung.

Semoga menjadi anak yang soleh di dunia dan akhirat. Aminn.

Kisah bersalin kali kedua sangat berbeza dari sebelumnya. Berbeza tempat, berbeza sakit, berbeza semuanya. Nanti lah cerita ya...

Bye bye ayam, rendang, ketupat, lemang... Welcome ikan bakar lada hitam huhuhuhu... 

Salam Sayang,

Sunday, 31 March 2013

ANTARA HOSPITAL KERAJAAN DAN SWASTA

Assalamualaikum,
Hospital Kerajaan (HK) atau Hospital Swasta (HS)?? Dilema kan? Orang kata HK layanannya sangat teruk. Nurse garang, doc kalut tapi murah/free. HS pula layanan tiptop, selesa. Cuma bayarannya mahal. Mana nak cekau duit? Kalau klinik panel, untunglah. Kalau tak? Pasrah aje la. 

Kalau pengalaman aku bersalin hari tu, aku bersalin ni HK (Hospital Sultanah Nur Zahirah, K.Trg). Company Encik Rumate memang panel klinik bersalin swasta memandangkan memang dia bkn gov sector. Tapi kami yang nak bersalin kat HK. Sebab anak sulung. Takut berisiko. So, macam mana layanan HK tu ye? Kalau 100% markah penuh, aku berani kasi 80%. 

Kita tak boleh la nak bandingkan HK dengan HS. Memang layanan HS jauh lebih baik. Tapi sepanjang aku berada di HK, layanan mereka pun boleh tahan. Risau juga nak mintak tolong apa2 takut kena tengking or kena marah. Tapi Alhamdulillah, semuanya baik2. Nurse, sister, doctor semuanya baik2 belaka. Tapi mungkin kata orang kebetulan aku tak 'kena' or aku tak try masuk 3rd class. Tak tahu lah kan. Hope depa layan semua pesakit terutamanya ibu2 mengandung ni sama rata tak kira class berapa. 

Tapi nasihat aku, kalau nak pi HK.....

Jangan Banyak Songeh
Maksud aku, jangan nak selesa macam duk kat rumah. Means jangan merungut2 cakap tilam keras ke, baju tak cantik ke, nasi tak sedap ke. Tilam semuanya sama. Kalau depa kasi tikar duk atas lantai baru boleh nak komplen. Baju pun sama jugak. Kalau depa kasi baju org lain elok tapi baju ampa lutsinar baru lah nak komplen pun. Nasi tak sedap, kalau depa kasi beras satu pot bkn nasi, baru nak komplen. 

Cakap Elok2
Setengah orang, mentang2 la nurse ni yang kena layan depa, hamboi bukan main tengok nurse sebelah mata aja. Kena la ingat, kita nak mintak tolong orang, so mintak la dengan elok2. Kalau kita elok mintak tolong, elok la depa layan kita. Depa pun penat juga kerja walaupun tu memang tugas depa, tapi kita kat rumah pun layan anak2 or budak2 kecik yang tak dengar kata pun kita panas juga kan. Inikan depa penat layan pesakit2 yang macam2 kerenah.

Jangan Berlagak
In case ampa boleh masuk ward 1st class or ampa layak masuk 1st class tapi ward penuh dan terpaksa masuk 3rd class. Jangan la berlagak sangat. Seolah2 ampa layak masuk 1st class so ampa kena dilayan macam tuan puteri. Jangan gitu, kalau ampa sakit depa juga yang akan tolong ampa. Sapa lagi? Kalau ampa berlagak sangat, sapa pun sakit hati kan? Nanti time ampa sakit, sapa mau layan?? Sapaaa?? Haaaa...

Bila tempat ramai macam tu, nurse pun tak cukup tangan nak layan. So harap bersabarlah. Lainlah kalau tak ada pesakit tapi ampa depa takmo layan. Andai kata ampa wife pada engineer ka, wife pada pegawai ka, or ampa sendiri yang pegawai kerajaan ka, bila time sakit, status ampa tak boleh nak kurangkan sakit tu. Nak2 kalau nak beranak. Sakit habaq anggg!!! Tak dak la if ampa ni pegawai, sakit tu boleh kurang. Tak dakkkk... 

Gitu la noh. Kalau rasa berlagak sangat dengan status ampa, pi laaaa specialist kannn... Kata pegawaiiiiiiiii... Apadahal HK ni kannn. Specialist baru ada class. Tak gitu? 

p/s : kepada kakitangan2 Hospital Sultanah Nur Zahirah K. Terengganu, terima kasih tak terhingga diucapkan atas layanan sepanjang berada di ward bersalin berkenaan. hope diteruskan. kepada mak guard2 ward 1, terutamanya yang jaga pintu masuk utk 1st class tu, jangan garang2 sangat noh. Consider la sikit pelawat2 yang dtg dari jauh tapi tak dapat masuk. Consider la ye...

Salam Sayang,

Friday, 22 March 2013

PENGALAMAN BERSALIN PART III

Assalamualaikum...
Tak sangka pulak PENGALAMAN BERSALIN ni boleh cecah sampai ke part III. Hahahaha. PART I  juz kuar tanda. PART II mula rasa sakit. PART III last kot. Insyallah.

02 March 2013 (Sabtu)
Pukul 11 lebih aku rasa lagi sakit dari semalam. Dalam sejam sekali. Nurse datang check, bukaan 3 cm. Dia kata sabar dulu. Tak boleh masuk dewan bersalin lagi. Kalau 5cm or 6 cm baru boleh bawak pi dewan bersalin kata dia. Nurse alhamdulillah semuanya baik2. Rasa lega hati ni bila layanan depa sangat terbaik! Lembut aje cakap. Encik Rumate memang dah ada, duk tanya lapar ke? Nak makan ape? Huhuhu... Dah tak rasa lapar yang, sakit nak beranak ni yang oiiiii.... Huhuhuhu...

Petang tu dah start sakit lagi. Pinggang rasa lenguh gila rasa mcm badan nak terputus dua! Nak baring tak selesa, nak mengiring tak selesa, semua tak selesa. Tak tau nak duduk mcm mana. Sekali contraction mai + sakit pinggang tak tau nak kata apa. Hanya zikir dan syahadah aje yang duk berlagu kat mulut. Sakit memang tak henti2 sampai ke malam. Makin lama makin kerap, makin sakit.

Kalau tak silap pukul 10.30 malam bukaan dah 4.5 cm. Nurse kata nanti dh bukak 5 cm or 6 cm terus masuk dewan bersalin. So get ready aje. Kat tangan dah cucuk2. Then nurse kata 'ok mintak maaf kat suami dulu, kat mak, kt ayah... kita nak berjuang dah skejap lagi...' terus aku nangis2. Lagi sekali drama berlaku di sana. Huhuhu. Sebak la pulak. Ayat mintak maaf nurse ngan berjuang tu yang tak tahan. Serius rasa meremang dan juz pikir sama ada hidup atau mati aje. Tapi thanks kat nurse tu. Ayat tu pembakar semangat buat aku. Berjuang!!!

Then tak tau la pukul berapa, aku rasa sakit sangat2 dah. Menangis2 aku bagitau kat nurse yang jaga aku tu cakap sakit 'kak sakit kakkk... sakit sangat2, nak buat mcm mana ni....'. Sebab aku tak tau dah nak buat apa.Then check bukaan dah 5 cm pastu nurse cakap 'Iyee, sabar... Saya nak bawak masuk dewan bersalin dah ni. rileks. jangan panik. kawal pernafasan, nanti dalam sana doc tolong ye...'

Dewan bersalin, sejuk gilaaaaaa!!! Doc check bukaan, dah 6 cm. Aku hanya pakai baju. Kain kat bawah terselak semua terjojol. Haha. Haih tak penah aku duk terjojol kat orang. 1st time pulak duk ternganga tanpa kain dibawah.  Sejuk sangat bayangkan sampai minyak selusuh aku bawak tu beku!! Serius tak tipu. Macam minyak sapi.

Bila dah bukak 6cm tu, sakit semakin sakit sangat2. Serius terasa benda nak keluar. Macam nak terberak, yang taik duk hujung2 dah. Tapi doc tak kasi teran lagi. So terpaksa tahan dulu. Aku sempat tanya doc, lambat lagi ke. Dah sakit sangat tak tahan. Doc kata tak boleh teran lagi, baru 6 cm nanti koyak. Diulangi KOYAK!! huhuhu. Nak tunggu 10 cm, lamanyaaaaaaa... Dewan bersalin penuh. Sampai ade yang bersalin kat luar. Bukan luar koridor, masih dalam dewan bersalin la.

Oleh kerana terlalu ramai, maka para suami2 tak boleh masuk temankan isteri. Kalau masuk, konpem ternampak orang lain punya pulak. Tapi ade la tirai2. Yang sana meraung2, yang sini mengaduh2, yang sana bunyi baby nangis, yang sana maknye yang nangis. Huhuhu. Masing2 dengan sakit masing2. Aku sempat cakap kat nurse tu, aku nak operate je! Tak tahan sangat. Nurse tu kata 'Jangan dik, kalau ade laluan baik normal. Saya ni dah 2 kali operate. Takde jalan. Sakit dikkk... Sama aje sakitnyaa... Sabar2...' Huhuhu....

Lama jugak laa aku menahan sakit sebelum ketuban pecah. Oleh kerana minyak selusuh aku beku, doc kasi selusuh hospital punya. Then doc cakap 'okey puan, dah bukak 9 cm... Nanti kalau saya suruh push baru push...' Tau2 je ramai nurse2 dekat 10 orang dan 3 orang doc berkerumun kat aku kasi kata2 semangat. Rupanya2 yang nak bersalin sebelah2 aku tu dah bersalin. So depa mai jenguk kasi kata2 semangat kata aku. Tapi tenaga dah tak ada. Tak larat dah menahan sakit. Langsung tak boleh nk push!! Kata semangat pun tak boleh nak buat apa dah. Sakit yang sangat amat! Menggigil2 aku pegang tiang katil tahan sakit + sejuk sangat.

Sedar2 doc cakap kepala dah keluar. Sakit gila nak keluarkan kepala. Tak tau nak cakap. Aku sampai gigit kain! Ouchh... Pastu aku nampak doc tarik baby keluar dari bawah tu dan aku nampak banyak gilaaa darah!! Tapi lega la selamat keluar 5.32 pagi. Tapi baby tak nangis. Doc tepuk2 baru dia nangis sekejap pastu letak atas perut aku. And doc kata baby keluar lambat, so biru sikit. Kena kasi oksigen skejap katanya. Nurse2 dengan doc semua tegur rambut baby. Lebat. Hehe. Selesai part tu mengeluarkan.

Part menjahit pulak. Doc kata koyak agak banyak. Sebab baby besar dan aku tak meneran. Lantak la. Janji lepas dah. Tapi bila start jahit, rasa macam nak gigit dinding simen tuh! Lagi sakit dari bersalin. Rasa mcm nak bangun, nak lari balik rumah! Doc lelaki yang jahit okeyyy... Dah siap jahit lama jugak la duk rehat. Datang pulak doc check tekanan darah, check jahitan. Tekan2 tempat jahit tu. Haih!! Nasib baik tak ada kudrat. Kalau tak, konpem tercampak dia kena penyepak. Hahaha. Pastu dapat la minum milo, nurse suapkan kasi tambah tenaga. Hehehe. 

Dalam pukul 10 pagi, baru dapat keluar dari dewan bersalin utk masuk wad. Lagi satu perkara yang memalukan. Bila nak kuar dewan bersalin tu, aku duk atas stretcher tu la kan, then nurse panggil 'Nurin!!' means dia panggil waris2 aku nak iring masuk wad. Tapi aku ingat dia panggil aku. So dalam letih2 tu aku gigih angkat tangan. Pastu nurse gelak 'awak xyah angkat tangan la. rehat je. sy pggil waris2 awk.' ngeeee mana sy tau nurse. Kakakaka. Lagi perkara yang memalukan ialah time nak menyusukan baby. 1st time. Adoyai. Xyah la cite. Malu. Hahahahaa.

Tengahari tu makanan pertama aku ialah ikan panggang yang abah bawak dari rumah. Encik Rumate suapkan. Ecececece. Manjala konon, padahal tak larat kan. Hahaha. Sempat lagi dia tanya aku, nak pregnant lagi tak?? Huwaaaa aku cakap takmooooooo. hahaha. Kalau teringat2 kat dewan bersalin, memang serik! Then alang2 Encik Rumate ada, aku mintak dia bawak pi toilet. Nak kencing. On da way pi toilet, menjejeh2 darah dari katil smpai ke toilet. Kalut pulak Encik Rumate pi panggil nurse. Nurse kata biasa la sbb aku lama baring, so bila bangun banyak la kuar. Seram oiiiiii....

04 March 2013
Aku eksaited nak balik bawak baby. Tapi tak boleh balik lagi. Sebab doc kata aku demam. Tapi aku rasa sihat aje. Mungkin sebab aku makan ikan panggang dengan lada hitam kot? So bermalam la lagi kat spital. Malam tu doc amik suhu lagi, dia kata dah ok, tekanan darah pun ok. 

05 March 2013
Pagi nurse amik suhu lagi . Time dia pi kat jiran sebelah, aku cabut skejap. Nak balik punya pasal. Hahaha. Tengahari boleh balik rumah. Pihak hospital kasi hadiah stokin2 utk baby, pampers dan set mandian utk baby. Tapi nurse kata baby macam ada kuning sikit. Tapi takpa, esok nurse datang check kat rumah. 

Sebelum balik tu, sempat la bergurau senda ngan nurse2. Ngan Mak guard yang garang (Encik Rumate slalu merungut pasal mak guard tu)... Baik aje sbenarnya. Then last bila nak keluar wad, Encik Rumate sempat cakap 'Okey terima kasih banyak2... Nanti tahun depan kita jumpa lagi....' Hamboiiiiii 

p/s : okey, setakat ini dulu. taip sikit2. baru dapat 1 entry. benda yang lain2 nanti aku ceritakan kemudian. amacam? scary tak? huhuhu....

Salam Sayang,

Friday, 15 March 2013

PENGALAMAN BERSALIN PART II

Assalamualaikum....

Haaaa, scary tak baca PENGALAMAN BERSALIN PART I?? Tak eh? Ok xpe xpe... Memang tak scary langsung kannn... Hahaha... Baru kuar tanda2, langsung tak sakit, apadahallll... Lagi scary sembelit, ye dak?? Hahahaha... Ok kita sambung ke Part II plak....

1 March 2013 (Jumaat)
Jumaat yang indah. Pepagi aku dah rasa lain macam. Baby mengeras dan agak sakit. Sebelum ni tak pernah sakit macam gitu. Tapi boleh tahan lagi. Then kejutkan Encik Rumate. Dia pulak kalut. Huhuhu terus dikejutkan semua orang yang mamai2 dan terus panaskan enjin kereta. Then mama suh pakai kain batek siap2. Tanda2 kuar lendir dan darah sikit tu memang always ada.

Dalam pukul 10 pagi, sakit agak kuat sikit. Sikit aje. Tapi boleh tahan lagi. Kereta yang Encik Rumate panaskan dah tutup enjin. Hahaha. Mak mertua kata rilekss, jangan kalut. Kalau anak sulung proses dia lambat sikit. Sakit arini, belum tentu beranak arini. Mungkin esok. Dalam hati duk pikir, kalau arini pun best jugak, 01.03.13. Hehehe. Sempat lagi aku makan nasi lemak pagi tu.

Pukul 11.30 pagi, sakit tak kurang. So, mama kata elok la pi hospital dulu. Time ni aku juz pi hospital dengan mama, mak mertua dan Encik Rumate. Abah dan Adik Is duk umah. Salam abah, mintak maaf mintak ampun sume. Cium2 Adik Is, Adik Is lak nangis. Aku pun naik sebak. Padahal Adik Is nangis sebab nak ikut. Bukan sebab sedih pun. Hahahaha... Dalam kereta aku diam sejuta bahasa. Encik Rumate pun sama. Apa yang mama ngan mak mertua ckp aku dh lupa dh. Cuma aku sempat 'WhatsApp' Kak Lydia. My sifu. Huhuhu. Mekasih kak! Lebiu.

Sampai kt hospital, macam biasa pi tingkat 1. Mak aihhh penuh kat ruang menunggu depan dewan bersalin! Macam tengok wayang. Siap ada makcik tu bentang tikar. Huhuhu. Aku terus ke bilik pemeriksaan. Doc seluk lagi check jalan, baru 1cm. Bayangkan, baru 1cm sakit dah tak tahan pi spital. Nanti nak tunggu bukak 10cm, nak pi mana lagi?? Pi dewan bersalin laaaa... Hehe. Benda dah lepas boleh la aku gelak. Kalau on time tu, tengok Maharajalawak pun rasa tak kelakar! 

Pukul 2.30 petang aku dah boleh masuk wad. Tapi wad penuh! So, kena tunggu. Tunggu duk atas kerusi. Bayangkan! Pukul 5.30 bru dapat katil. 3 jam duk atas kerusi. Rasa mau patah pinggang. Dah la tengah sakit, duk plak atas kerusi. Adoi. Tak sanggup rasa nak ingat balik. Tapi alhamdulillah, dapat katil walaupun 1st class penuh, 2nd class pun boleh la. Sebilik 4 orang. Syukur. Bukan demand takmo masuk 3rd class. Tapi aku anak sulung, tak ada pengalaman. Kalau 3rd class nanti kalau sakit mcm mana aku nk panggil doc.

Bila dah masuk wad rasa lega sangat. Sakit pun tak sesakit time kat rumah tadi. Cuma sekali sekali dia mai sakit. Tapi perut lapar gila!! Last makan nasi lemak pagi tadi. Then Encik Rumate pi belikan KFC sementara nak tunggu nasi pihak hospital. Tengah makan KFC nasi pun sampai. Stop KFC jap, makan nasi plak. Licin! Then sambung KFC balik. Dah siap makan, baru rasa sakit tu mai sikit2. Malam tu dalam pukul 9 malam, aku lapar lagi. So, mintak Encik Rumate bawak nasi. Nurse datang check, doc datang check, masih 1cm.

p/s : okey. ekceli tak la scary mana pun bila aku cite. kalau la rasa sakit tu boleh aku share, konpem xmo beranak la korang. hahaha... ok stop dulu. baru 1 march. panjang benooo dah ni. 2 march 3 march nanti buat sekaligus. 

p/s : ade member aku ni tanya, kalau beranak ni kuar ikut jub*** ke? hahahahahaha... sabooooo aje laaaa!

tata!

Salam Sayang,

Wednesday, 13 March 2013

PENGALAMAN BERSALIN PART I

Assalamualaikum,
Sejak berpantang ni, ingat nak stop online, stop berblog apa semua untuk tempoh 44 hari. Yelah kannn bizi nak bertungku, nak menyusu nak itu, nak ini... Tapi hampesss... Bosannnnn... Tak tau nak buat apa dah. So, meh aku nak share pengalaman bersalin sikit2. 

Opsss!!! Untuk 18 Tahun Ke Atas Sahaja.... 

24 February 2013 (Ahad)
Pagi tu bangun, tengok kuar lendir kekuning-kuningan. Tak la banyak sangat. Tapi ade la. Lendir tu sbenarnya yang menutupi ruang rahim dikenali sebagai 'mucus plug'. Tapi bila mucus plug tu keluar, tak semestinya terus nak bersalin. Itu tanda2 waktu melahirkan semakin hampir. Lagipun due aku lagi 2 minggu. 
So bila dah kuar mucus tu gelabah la jugak. Then call kawan mama, dia nurse. Dia kata rileks dulu. Nanti kalau sakit sangat or ketuban pecah baru pi hospital. Memandangkan aku tak rasa sakit pun, so rileks aje la. Lagipun dah banyak baca kat tenet kan. Sempat la malam tu aku pi jalan2 kat Giant. Hehehe.


25 February 2013 (Isnin)
Pagi tu aku mimpi menangis. Sampai sakit dada. Terus terjaga dan rasa sakit sikit kat perut. Pastu pi toilet tengok ade darah sakit dengan lendir. Pastu rasa nak terkencing. Sampai terpaksa pakai pad. Tapi bukan kencing. Tak tau air apa. Basah jugak la pad tu. Dia kuar sikit2 mcm kencing tak lawas. Bagitau mama lagi. Mama kata tanda2 nak bersalin la tu. Nanti dah sakit betul2 baru pi hospital. So memandangkan tak ade la sakit sangat, aku sempat updated blog. Entry HARI NI ATAU ESOK?

26 February 2013 (Selasa)
Masih tak sakit apa2. Juz keluar lendir dengan darah sikit2 dan air misteri tu masih terasa keluar sikit2. Nak kata air ketuban, selalunya ketuban kalau pecah mesti debushhh!!! sekaligus. Tapi ini sikit2. Tak berbau. Perut pun terasa menyusut sikit. Kepala baby memang dah turun kebawah dah. Nampak perut kebawah.

Tapi Encik Rumate tak puas hati, dia ajak aku pi klinik desa berhampiran suh cek tengok. So ikut aje la. Nurse tu kata kepala memang turun kebawah dh. Tunggu sakit or pecah ketuban terus pi hospital. So, aku tunggu lagi. Mama pulak call kawan dia nurse tu. Dan dia tanya doc dan doc suh datang spital check dulu. Sebab konpius air apa yang keluar sikit2. Takut ketuban kuar sikit2 nanti surut, bahaya jugak.

So, kemaskan la baju2 sebab kalau pi spital konpem la kena tahan wad. Nervous  jugak la time ni. Siap2 sume terus pi spital. Dalam bilik check tu tunggu doc check kat sejam. Doc seluk check jalan, belum ada jalan. Doc lelaki nkooooo. Nak kata malu tu dah tak ada perasaan malu dah. Takot punye pasal kan. Seluk la nak seluk pun. Huhuhu. Sakit jugak la kena seluk. Pastu masuk plak bebudak praktikal. Huwaaaaa...

Then seperti yang dijangkakan, aku kena tahan wad sebab nak tunggu doc pakar. Time tu dah pukul 6.30 baru dapat wad. So masuk2 wad, nurse datang check jantung baby. Alhamdulillah semuanya ok. Kena tukar baju pink. Sebilik juz 2 orang. Selesa. Katil sebelah aku dah masuk labour room. Bila dah pukul 7, waktu melawat dah tamat. Semua pelawat kena balik. Tak boleh teman2. 

Time ni aku ok je sengih2 sebab tak sakit pape pun. Lagipun bilik selesa dan ada nurse yang jaga aku. So rasa secure la kalau ada pape hal. Tapi tetiba bila aku nk salam ngan Encik Rumate, aku tengok mata dia merah. Terus aku pun jadi sebak sangat2. Menangis la weh!!! So terjadi la drama dalam bilik tu. Hahahaha. Tak sanggup nak cite. Malu. Hahaha.

Oleh kerana masuk wad lambat so, makan malam untuk aku tak ada. Encik Rumate kena datang la malam tu hantar mee goreng kicap basah. Demand tak aku? Hahaha. Pas makan2 nurse datang check jantung baby lagi. Semuanya ok. Dup dap dup dap!! Kuat dan sihat!!

27 February 2013 (Rabu)
Esok pagi2 tu doc datang check. Dan dia kata boleh balik sebab semuanya ok. Juz tunggu sakit or ketuban pecah baru datang hospital cepat2. Banyak jugak la dia bebel tapi aku excited nak bagitau Encik Rumate, so tak amik port sangat. Yang penting, tunggu sakit or ketuban pecah. Hehehehe... So balik la aku tengahari tu dengan happynya..

p/s : okey setakat ini dulu utk permulaan. Lepas 27/02/2013 masih tak rasa sakit. Start sakit pulak bila 1 March 2013. Itu next entry pulak. Panjang sangat dah ni. 

Salam Sayang,
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...