Wednesday, 9 January 2013

KE KECEMASAN HOSPITAL SULTANAH NUR ZAHIRAH

Assalamualaikum,
Makin hari makin malas pulak nak menaip. Tapi kalau dah lama sangat tak menaip nanti semakin malas pulak nak update entry. So mana ada cerita nak share, mana ada benda nk kongsi kita kongsikan terus. Emmm... Alkisahnyaaa....

Petang semalam aku dan Encik Rumate dah pakat nak gi jenguk kawan kat Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ). Dah siap2 then call tanya tingkat berapa dan ward berapa. Last2 isterinya bagitau dia dipindahkan ke Hospital Daerah Kuala Berang. Dipindahkan sebab kes Ribut Tropika Sunomu yang kecoh baru2 ni. So, alang2 dah siap, kami suami isteri pi la jalan2 Mydin.

Then balik sebelum maghrib, Encik Rumate nak angkat kain kat penyidai. Tetiba dia masuk rumah dengan muka yang penuh darah, baju2 yang dia angkat pun penuh darah. Menggigil lutut tengok. Then nak tak nak aku yang takut darah ni lap jugak darah nak tengok lukanya. Dia terhantuk besi penyidai. Huhuhu...

So after solat maghrib siap2, aku tak tukar pun baju ke Mydin tadi, terus ke klinik berhampiran. Staff kata malam2 diorang tak buat jahitan. So kami ke klinik 1Malaysia, diorang pun tak buat jahitan. Then ke HSNZ untuk pesakit luar, punnnnn tak buat jahitan. Terus ke HSNZ bahagian KECEMASAN! Sampai kat situ abang ensem bahagian amik i/c tu nak sorong wheelchair kat aku. Hehe, bukan i la bang, suami i ni haaa... Hahahaha...

Lepas daftar sana, cek sini, bayar sana, duk sini, then Encik Rumate masuk bilik rawatan. Manakala aku duk kat luar. Encik Rumate suh duk luar sebab kat dalam tu macam2 la orang sakit itu ini. Lama juga, dekat 45 minit. Sementara tunggu macam2 la ragam manusia. Ada yang budak tu tersepit zip kat anunya. Ada kakak tu meraung2 kat wheelchair tak tau sakit apa. Huhuhu... Tapi keadaan HSNZ tenang.

After 45 minit, keluar la Encik Rumate. Doc tak jahit, juz buh gam. Doc kata luka agak dalam tapi sikit sangat nak jahit. Sakit pulak tu. So gam aje. Apa pun tak kisah, asalkan semuanya ok. Hehehe...

p/s : manja jugak Encik Rumate ni sebenarnya... hahahahaha...

Salam Sayang,

2 comments:

fizafantagiro said...

nanti akk nak g teganu..leh jumpa :-)

kiera'sakura said...

laaaa kesiannya dia. tp klu blh buh gam je nape yg klinik2 sebelum tue dorg tak check dlu ek? ermmm sebab takut nanti pendarahan lagi terok kot kan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...