Monday, 3 June 2013

BULAN JUNE BULAN KEBANGGAANKU

Assalamualaikum
Dah masuk bulan June kan? Hehehe. Bulan kebanggaan aku. Kenapa? Hahaha... Jeng jeng jeng... Bulan June ni banyak benda nak kena celebrate.

First of all besday aku la kan semalam. 2 June. So genap la umur aku 25 tahun dengan gelaran isteri orang dan ibu orang serentak. Hahaha. Terima kasih kepada yang wish, dan tak lupa juga pada yang tak wish. Kalau dulu asyik nk majuk je sebab org tak wish. Sekarang kan aku dah matang, wish ke tak wish ke, ade aku kesah??? Hehehe... Doakan la semoga aku dipanjangkan umur, dimurahkan rezeki, jadi isteri yang solehah serta ibu yang mithali ye...

2nd plak, hari ni 3 June, genap la Nur Aisyah Humairah 3 bulan. Pejam celi pejam celik dah 3 bulan berlalu aku melahirkan Aisyah. Sekarang rambut dah tak tajam2 dah. Means dah panjang la sikit after cukur haritu kan. Memang cepat panjang rambut dia. Lebat tu jangan cakap la. Patut la asyik rasa ngilu2 aje time mengandungkan dia. Perkembangan Aisyah lagi... Dah pandai meniarap. Kekadang elok letak terlentang, tinggal sekejap tengok2 dah meniarap. Kepala pun pandai angkat2 nak bangun. So far so good. 

3rd pulak, mesti la anniversary pertama kami. 6 June nanti genap la setahun kami berumahtangga. Sekejap aje kan? Rasa macam baru je minggu lepas akad nikah (cessss, anak dh 3 bln masih nak berangan2 kan). So, gitu la.. Diam tak diam dah setahun. Sekejap aje kan? Kan? Kan? Tahun depan pulak lagi sorang.. Ehhhhhhh???!!!! Kikikiki....

p/s : Serius rasa cepat sangat masa berlalu!!!

2 comments:

Syaz Blackrose said...

wah.. tahniah untuk segalanya..
selamat hari lahir, selamat menjadi ibu dan selamat ulang tahun perkahwinan yang pertama..
semoga mr. abi n family dilimpahi dengan keberkatan sebaik-baik keberkatan yang melimpah ruah dari Allah swt.

Lydia Miza said...

Hep belated besday dik. Kiss tuk
Korang berdua. Bolat mata aisyah kan?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...