Sunday, 17 February 2013

PERKEMBANGAN BABY 35 MINGGU

Assalamualaikum,
Baby arini dah 35 minggu. Minggu depan masuk la 9 bulan. Tapi mama kata, perut aku nampak dah turun kebawah. Bila kepala dia turun kebawah la aku rasa kerap nak kencing, nak kentut dan sewaktu dengannya. Gelak sikit nak terkencing, batuk sikit nak terkincit dan juga bersin. So terpaksa pakai pad yang 8 bulan dah tak pakai tu. Hehehehe.
Kedudukan bayi 35 minggu
Tapi perut tak rasa ringan lagi. Orang kata kalau rasa ringan pelik, tu means time nak beranak dah dekat. Tapi masih berat. Tak larat dah nak kesana-sini. Kalau usha2 info kat tenet, baby dah makin gemuk bila dah masuk 35 minggu. Bukan baby aje gemuk, mummynya pun makin makin gemuk. Rasa mcm doremon dah. 

Tapi yang kelakarnya, adik aku, Adik Is (3tahun) dia duk makan biskut teddy bear tu, then dia mai kat aku dia buh sekeping biskut tu atas perut. Ingatkan dia dah takmo makan. Aku pun amik la yang duk atas perut then makan. Punye la dia marah. Pastu dia buh lagi. Then cakap "baby...eat...eat..." hamboiiiii utk anak buah dia rupanya. Siap speaking kauuu.... Sejak duk kolumpo ni dah speaking2 pulakkkk.... 

Semalam mama masak santan kelapa yang pekat 3 biji untuk hasilkan minyak kelapa. Minyak kelapa tu nanti nak bawak pi bidan utk dibuat minyak selusuh. Bidan tu mak angkat akan tunjukkan kat mana. Katanya kena bawak telor ayam kampung sekali. Nanti kena makan mentah2 sebiji sehari... huhuhuhu...

Emmm, tu je la kot perkembangan setakat ni. Tata!

Salam Sayang,

3 comments:

penjejak badai said...

gulp :D

cik chinta said...

mmg rmi minum myk klpa utk sekusuh, br2 ni je dgr

Puteri BeriBiru said...

comelnye is letak sekut kat perut!!!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...