Tuesday, 14 February 2012

KISAH : CINTA Al-FARABI (6)


Huii... Assalamualaikum...

Lagi aku nak cite pasal Kisah Cinta Al-Farabi... Ha, ada lagi yang tanya Sapa Al-Farabi? Klik sini okey....

Suatu hari, duk menyembang dengan mama. Tetiba mama tanya pasal kawin. Erkkk!! Berderau jugak la darah ni naik ke muka. Ekceli tak pernah pun sembang2 pasal pakwe2 kawin2 ni sume. Tetiba rasa malu sendiri kan. Mama tanya sama ada saya ni ada 'kawan laki' ke tak nak kenalkan dgn dia.

Hishhhh... 

Malu ai. Ada tu ada time tu tapi tak serius la. Then mama kata, dia ada kawan. Kawan dia ada sorang anak laki yang belum kawin. So, dia nak suh saya dgn budak laki tu kawan2 dulu kenal2. Ceh, kire nak kenenkan aku dengan anak kawan dia la tu kan... Aku tak kenal pun sapa orangnya... Tapi boleh gak nak kenal pun. Mana la tau kot2 hensemmmm!! Wachaaa!!!

Suatu hari...

Ada call, emmm dari si lelaki tu nama dia Safwan. Ajak kuar lunch. Halamak... Dah la tak kenal muka. Macam mana nak jumpe. Kira blind date la ni kan. So aku on aje la. Dia kata dia datang pkul sekian sekian, bawak keta sekian sekian... (waja). Bila sampai waktu, aku kuar pintu opis. Tunggu kot2 ada dia tunggu. Jalan jammed, so dia lambat sikit.

Dalam 5 minit lepas tu baru la Safwan sampai. Emmm... Seram sejuk aku naik keta dia. Keta dia rock sangat la. Ekzos besar, conteng2 lagi, cermin gelap, seat mcm keta F1 eeeiiii... Macam suka idop enjoy aje budak ni. Bukan taste kot camni... Then pegi la aku makan dengan si Safwan. Siyes berlagak gile... 

Soalan pertama dia tanya aku...

'Lame ke ko tunggu? Jalan sibuk ah...' Seee!!!!! 1st time nak kenal ni, dah ber aku ko... Hahaha... rock beb!!!

Biasa la jalan sibuk waktu lunch. Dia pulak duk membebel mencarut gila2 marah kat jem. Tak respect langsung aku kat sebelah. Yela, dia amik aku, then jalan jem. Macam nak salahkan aku aje. Dah dia macam celupar sangat mencarut sebut pompuan punya ehem2... Aku naik darah la... Macam la aku ni penyabar sangat kan...

'Eh, asal ko suka sebut mcm tu eh?' 

'Eh, sori2.... tak pasan.....' tau pun!!!

Then aku dapat rasa, dia tak sesuai untuk aku. Tapi dia sangat sesuai jadi kawan! Sporting gila. Siyes. Makan pun aku nak terbelahak aku duk tergelak. Walaupun dia bajet2 poyo mcm tu, tapi bila sembang macam dh kenal lama. Seorang yang open. 

Eh, aku dah suka kat Safwan ke? Oh no no no no....

Eh, takde kisah En. Abi pun kali ni kan... Haah, xde... 


2 comments:

fRaMe+LenSeS said...

safwan ye? haaa.. haaa.. enchik abi mana ni? :P

Yana Libra said...

takde lgsg ye encik farabi tu dalam kisah dia kali ni..hehe~~

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...