Friday, 3 February 2012

KISAH : CINTA Al-FARABI (1)

Hui... Assalamualaikum...

Disebabkan bulan ni adalah bulan 'cinta' romantika de amor la katekan, saya nak kongsikan sikit tentang status relationship saya. Dan bagaimana ianya bermula dan bagaimana pula pengakhirannya. Maybe its juz like a novel but, its a true story about me and him since we know each other. 

Status saya... Pre engaged. Means, sudah dirisik. Siapakah orangnya. Nama dia Al- Farabi a.k.a Encik Abi kat opis or gelaran oleh kawan2nya Abi. Salah seorang Ketua Unit ditempat saya bekerja beberapa bulan lepas. Umurnya... Emph, 10 years after me! I'm 24 for this year. 

Sebelum2 ni saya pernah bercinta, tapi tak serius. Banyak main2. Yela remaja2. But bila dengan Abi, dia seorang yang agak serius. Susah nak ketawa. Honestly, kami tak bercinta. Langsung tak pernah ber 'love u, love u too'. Tak pernah 'miss u or miss u too...'  Kalau tak, sebelum2 ni, saya la orang paling gedik gila, terkinja2 mintak perhatian.

Dengan Abi, saya jadi malu. Malu nak bersayang2 di phone, realiti lagi la. Nak2 Abi seorang yang serius. Maybe dia 'nak' tapi dia takot saya tak suka. Sebab bila dengan Abi, ego saya agak tinggi (jual mahal la). Kami cuma ber 'awak' dan ber 'saya'. Biarlah semuanya bersederhana. 

Dating?

Sepanjang kenal dia selama 6 bulan ni, baru beberapa kali kot keluar sama2 tu pun lepas habis kerja sebelum balik pi melantak Mcd. Then lepas tu keluar pun dia bawak adik dia. Tak de la nak berdua2. Lepas saya berenti kerja akhir tahun lepas, tak pernah lagi jumpa. Call pun jarang2. Mesej pulak kadang2.

Dah tu, macam mana dia melamar? 

Itu nanti saya ceritakan macam mana kisah kami berdua. Walaupun tak menarik macam kisah cinta orang lain, tapi sangat menarik pernah terjadi dalam hidup saya. Mungkin ini la kot dikatakan C.I.N.T.A?


Hahahahaha.... Tetiba pulak rasa nak ketawa lah! Ishhhh asal terasa diri ni macam terlalu matang pulaksss adehhh!!!! 


bintang di atas pasir, walaupun tiada kelipan namun masih indah dipandang


p/s : macam tak caya pulak dah nak kawin!

4 comments:

[ wanni ] said...

jangan lupa buat sambungannya~ lepas ni tunang pula kan? waaa tumpang gembira..

Ada masa tak? mari join contest wanni bersama partner http://humblekindlovely.blogspot.com/2012/02/contest-kata-kunci-strawberi.html

Yana Libra said...

Tahniah~~

Orang yang berusia lagi stabil..jadi leh kawin cepat..hehe :)

Iffah Afeefah said...

so sweet

cinta ade dmana2

Cik Chenta said...

wani : hahaha tgk la nnti

Yana : org kata pun mcm tu gak.... yg penting matang kan...huhuhuhu

Iffah : hahaha suwit la sgt...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...