Tuesday, 26 August 2014

TASKA UNTUK AISYAH

Assalamualaikum
Harini berbincang dengan En. Rumate tentang Aisyah. Dah lama sebenarnya En. Rumate cakap pasal hal ni tapi kami hold dulu sebab Aisyah masih kecik. Now Aisyah 1 tahun 5 bulan lebih dah. Berjalan pun dah mahir, communications dengan kita pun okey. Tak boleh bercakap fasih tapi kita boleh paham apa yang dia nak sampaikan.

So, En. Rumate bercadang nak hantar Aisyah ke Taska. Taska tu dah survey lama dah. Bukan sekadar taska tempat jagaan kanak-kanak tapi more to school. Ada banyak aktiviti permainan yang boleh meningkatkan perkembangan kanak-kanak. Katanyaaa. 

Nama Aisyah dah booking sebenarnya. So bila-bila masa aje pihak taska boleh call suh hantar if ada kosong. Sebab tu kena discuss betol-betol hahaha. Harap-harap lepas pantang ni nama Aisyah dipanggil, at least boleh temankan and intai Aisyah dari jauh macam mana dia kat sana. 

Kakak aku cakap, kesian Aisyah tak dapat bermanja. Dah la masih kecik, dapat adik lagi. Pastu nak hantar taska pulakkk. Hahaha. Kalau nak ikutkan, kesian jugak. Tapi kami tak pernah pilih kasih. Dua-dua sayang sangat-sangat. Walaupun Aisyah ada adik baru, kami tak pernah sisihkan Aisyah tauuu. 

Lagipun tengok dia macam bosan aje main sorang-sorang. Main masak-masak sorang-sorang, tengok Upin Ipin sorang-sorang. Bila anak-anak jiran duk riuh main kat luar, dia macam excited aje tengok nak main jugak. Asyik panggil2 aje kawan-kawan kat luar.

Memang aku selalu duk main ngan dia jugak, tapi yelah macam kita la jugakkk, kuar shopping ngan mak atau ngan kawan-kawan, mana lagi best??? Kompem la shopping ngan kawan-kawan kannn?? Haaaa... Aku ni ibu yang memahami apeeee... 

So, everything for u Aisyah... 

Salam Sayang,

1 comment:

ummi aqilah (LM) said...

Macam awl sgt je kot sbb masa umur dia 2-4 tahun ni la masa kita dgn dia. Jgn biar dia main sorang, menyusukan harris pun layan gak dia borak atau mengaler ke apa awin. X la dia boring. Nnt 4 tahun blh la lepas dia g taska. Pendapat akak je la..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...