Tuesday, 12 June 2012

SEMINGGU JADI ISTERI ORANG


Hurm,
Lusa konpem akan balik ke Ganu. Sebab Ahad dah start keje. So, konpem jugak Ahad nanti jiwa meracau2 akibat mood bermalasan masih bermaharajalela. Maka keputusan diambil untuk balik awal untuk menyesuaikan diri kat rumah sendiri berdua-duaan. Ekekekeke... Yawww!!!!

Perancangan keluarga.
Sampai ke hari ini masih  dapat mesej, ucapan tahniah dari kawan2 rapat dan saudara-mara yang tak dapat datang majlis nikah hari tu. Dan hari ni jugak, dapat berita kawan blogger aku yang kawin tahun lepas, dah bakal jadi ayah awal tahun depan. Tahniah bro! Jeles pulak. Insyaallah kalau ada rezeki, aku pun nak jadi 'ibu' secepat mungkin. Kalau ikut perancangan aku sendiri, aku tak nak anak lagi. Hurm tak ape lah, kalau ada rezeki, ada lah tu...

Penyesuaian diri.
Sebenarnya sekarang pun aku masih kekok lagi bergelat isteri ni. Bayangkan aku terjaga dari tido, dah 3 hari memula tu pun duk terkejut 'Eh!! aku tido dgn En. Abi??'  . Then bila terpikir balik, ohh... kami kan dah kawin... Ekekekeke... Setakat ni aku cuma uruskan pakaian dia. Makan, belum masak lagi, sebab dia makan aje ape yang maid abah masak. Tapi, petua orang tua, makan kena temankan suami. 

Ape yang aku dah tau pasal dia?
Setakat ni, soal makanan dia tibai semua benda. Kalau lauk, dia kurang yang banyak kuah. Dia suka yang kurang kuah. Macam sup, tomyam, kari, dia kurang gemar, tapi kalau dh xde lauk, dia makan jugak. Dia suka lauk mcm masak kicap, masak tomato, masak merah mcm gitu lah. Bab lain, belom teroka. Ekekeke... Hope sumenye ok. Yang penting, dia romantik sangat!


p/s : bile la period nak habis!! wakakakaka.... opsss...




6 comments:

Sunah Sakura said...

ahahaha..gataiiiiiiiiiiiiiiii

Iffah Afeefah said...

ceit y last tu xtahan

harap bahagia tu sampai ke akhirnye

Citarasa Rinduan said...

setuju..
time hubby makan, duk sebelah...
time dia bangun baru kamu boleh bangun dan sambung bt kerja lain

nur amalina athman said...

ayat last tuu..haaha

Yana Libra said...

tak tahan yang last tu..huhu~ :P

aDisH.sHidA said...

lama2 dapat la sesuaikan diri..

yg last tu awat dah x sabar erk..hahahaa

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...