Friday 3 June 2016

BILA AISYAH NAK JADI ELSA (FROZEN)

Assalamualaikum

Wah wah, Ramadhan nak mai dah cheq oi, persiapan apa pon takdak lagi. Ala posa kali ni lain maciam sikit la. Semua sendiri bikin. Bibik takdak dah. Dah lari lintang pukang, habuk pon tadak. Tak payah berbibik sangat lah. Lagipon anak2 dah besar2, so senang la sikit dan penat la sikit.Hehehe.

Bila cakap pasal besar ni, tau tau la kan i ni ada anak dara. Umurnya baru 3 tahun 3 bulan. Tapi mulutnya mengalahkan budak darjah 1. Celotehnya banyak. Ada2 aje ayat dia yang buat kami terkesima. Kita cerita sekali, dia ingat berhari-hari.

Aisyah,

Suatu hari semasa otw nak hantar Aisyah ke Taska, dia bagitau nak rambut merah macam Elsa (Frozen). Time tu adiknya Harris dlm car seat didepan dan dia kat belakang.

Ecah : Ibu, boleh tak Aisyah nak rambut macam Elsa.
Ibu   : Ish, tak cantik lah rambut macam tu. Dia mandi air tak bersih. Sebab tu             rambut dia kaler mcm tu.
Ecah : Bukan lah ibu, rambut dia tu buat kat kedai rambut. Auntie kedai rambut           buatkan..
Ibu   : (Gelak dlm hati) Laaa yeke, ibu tak tau la pulak. 

Dan aku pon buat2 la sembang alihkan topik pasal rambut Elsa. Dan tiba2 hidung ni terbau bedak Carrie Junior. Dalam pikiran mungkin Ecah bukak beg kot. Sebab dia memang nak melawa je sejak akhir2 ni.

Alangkah terkejutnya aku bila sampai taska, Ecah keluar dengan rambut penuh bedak. Cikgu2 kat taska semua terkejut dan gelak. Aku pon. 

Ibu   : Lah apesal pulak ni, Aisyah tumpahkan bedak ke???
Ecah : Macam Elsa kan?...

Aduhai anak, nak gelak ada nak marah pon ade. Nak amik pic pon tak sempat sebab nak mengangkat Harris lagi, kereta parents lain pon dah beratur kat belakang. Aduhai. Termenung sekejap aku dalam kereta.



Aisyah, Aisyah....


Salam Sayang,

2 comments:

Unknown said...

terdetik hati

fafau-gule2 atiey said...

i & jepon..rindu u sgt.. lama xbersosial di laman sosial

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...