Thursday, 22 November 2012

CINTA PERTAMA VS CINTA TERAKHIR

Assalamualaikum
Tadi pagi my mum call. Cakap my ex boyfren a.k.a bekas pakwe dulu2 tu call mama, nak no hp aku. Nak jemput kenduri kawin dia bulan depan. Hurm, dah 2, 3 hari ni aku asyik melayan lagu jiwang rock kapak. Tetiba dapat berita ni, ape lagi, terkenang2 pulak zaman bercinta2 dulu. Best kan?

1st time naik motor
Namanya F. Uih F, baru aku perasan, ex aku dah 2 orang nama huruf F, even my asben pun F jugak. Hahahaha. Dia pakwe aku zaman poli. Banyak lah kenangan. Yela budak yang sebelum ni ibarat 'katak di bawah tempurung' tetiba bebas. Indahnya dunia. Pastu bercinta pulak. Ibarat berada di syurga. Dengan dia jugak la aku 1st time naik motor. Dengan kaki terkangkang kat belakang sebab risau kaki tersepit kat roda. Helmet pun aku tak reti pakai. 

Jadi kuli
Dengan dia jugak lah aku dengan rela hati jadi kuli kiriman order housemate bila pegi pasar malam. Beger xmo bawang tapi mayonis lebih la, laksa takmo cili api la, nasi kerabu takmo budu la, nak tambah itu ini la. Tapi masuk telinga kanan kuar telinga kiri. Orang pesan murtabak, aku pi beli apam balik.   Ingat lagi housemate aku pesan ayam goreng. Aku buh ayam goreng dalam helmet (buat mcm raga). Balik2 helmet housemate dia habis bau ayam. Memang silap besar la diorang kirim kat orang tengah angau. 

Midnight
Dengan dia jugak lah 1st time aku tengok wayang berduaan dengan lelaki midnight. Naik motor ke Jusco. Sampai traffic light baru perasan selipar lain sebelah. Malas nak patah balik, dia belikan aku selipar. Dan selipar dia kasi tu jugak lah buatkan aku licin bila turun escalator Jusco malam tu. Biasa la midnight mana benda tu gerak dah. 

Orang Pertama
Dia la orang pertama yang aku bawak jumpa family. Kenalkan. Bajet serius la tu kan. Ku sangkakan dia bukan monyet, rupanya beruk kelaparan. Then lepas tu, aku tak serius dengan sesiapa dah. Pernah bercinta juga, tapi aku tak amik serius. Sehinggalah aku jumpa suami aku ni. Kiranya kami menjalinkan hubungan memang untuk kawin secara serius. Dia nak cari isteri dan aku pulak nak cari suami.

Arghhhh banyaknye kenangan cinta pertama. Betul kan orang kata, Cinta Pertama susah nak lupa. Betul tak? Tapi masing2 dah ada kehidupan sendiri. Yang ada cuma kenangan. Kalau masa boleh diputarkan balik pun, aku tak nak putarkan. Aku sangat bahagia dengan sekarang. Sangat!
p/s : walaupun abang bukan cinta pertamaku, tapi aku syukur dia sah menjadi cinta terakhirku... Terakhir dan semoga untuk selamanya.... Love u!

Salam Sayang, 

6 comments:

AyueJean said...

Amboih sampai sebelah lain selipar...
Memang bila imbau kenangan cinta lepas2 tu, macam2 hal jadi.... =D
Hehehheeehhe.....

Apapun semoga perkahwinan dengan suami berkekalan sampai ke akhir hayat.... =D

Lydia Miza(Aidyl Azim) said...

bahayanya selipar licin..huhu

puteri rimba said...

mengulit kenangan keeeeee....olo olooooo...heeheehee....

Yan Ty said...

Pengalaman kan Awin , some is sweet but there's also bitter. life's much goes. yet now u're married now soon to be mom. experience mematangkan kita .

kiera'sakura said...

sbb tue klu nk beli kasut test2 dlu dia licin ke tak takut tergelincir wuuuu

aDisH.sHidA said...

SAKAN DIA NO...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...