Sunday, 25 November 2012

TELUR KEMBAR

Assalamualaikum
Semalam rasa bosan. Tak tau nak buat apa. Then tetiba bukak peti ais nampak telur sebakul yang pegi beli barang2 dapur haritu. Dan timbul lah idea nak buat apam polkadot. Tapi asben pernah merungut, apam polkadot kecik sangat. Tak puas kunyah dah habis. So, dengan bijaknya aku nak buat apam polkadot versi bapak jin! Hahahaha... 

Tapi biasalah, nak buat tapi malas. Buat dalam bekas bulat lutsinar mcm orang jual bubur tu, dapat 6 bekas. Malas nak corak, juz letak pewarna dan celoreng2 pakai chopstick. Rupa memang tak ada, tapi rasa tetap sama. Malas nak snap pic sebab time tu hp tengah cas. 

Nak dijadikan cerita, masa nak pecahkan telur pertama tetiba terkeluar 2 biji kuning. Means telur tu kembar! Wahhh 1st time ni tengok. Bagitau kat asben, tapi dia tak kasi guna. Dia suruh buang. Yang aku ni pulak degil nak guna. Then bila dia kata " Ha, ikutlah. Kalo jadi kembar elok tak pe, tapi kalo jadi pelik2 kang susah..." huihhh terus buang telur tu dalam sinki.

Bukan ape, tengah mengandung ni tak boleh la pelik2. Kalau boleh elak, elakkan. Tapi semua tu ketentuan Allah. Kalau benda dah nak jadi, nak buat mcm mana kan. Tapi kalau boleh elak tu elak la. Walau orang kata berpantang maut sebelum ajal or ajal maut tu ditangan tuhan tapi jangan la duk terbaring tengah jalan pulak. Kan?

mcm ni la rupanya telur tu, tapi bukan aku punya...
credit to BLOG INI

Salam Sayang,

4 comments:

Yan Ty said...

Yup , pe2 nk jdi dgn Izin Allah.

kiera'sakura said...

klu sebelum pregnant blh kot makan kan. hihi

aDisH.sHidA said...

kak pernah jumpa telur kembar mcm nie time bulan posa..mmg kak x makan..hahaa

Anonymous said...

org tua2 ckp boleh makan tpi kena pisah kan dulu....kalu tak pisah kan nanti dpt anak kembar siam.....katanya.....

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...