Assalamualaikum
Tadi petang duk bersembang sakan dengan geng wasap, terkenang2 pulak peristiwa time sekolah2 dulu. Masih segar dalam ingatan. Bila dikenang balik rasa sangat kelakar dan sayu pun ade. Yelah, dulu kecik lagi, sekarang bakal jadi mak orang. Nanti anak aku pulak yang masuk sekolah. Jom la nak shared sikit kisah masa sekolah2 dulu.
TADIKA
Dulu aku masuk tadika lambat. Orang lain masuk awal tahun, aku lepas cuti pertengahan tahun baru masuk. Kalau tak silap bulan 7 atau 8 camtu la. Sebab? Family aku berpindah sana sini, so susah la skit. Oleh kerana orang baru, aku tak reti nak biasakan diri dengan keadaan tadika. Besa la budak2.
- Terkunci dalam toilet
Hari kedua sekolah, aku nak terkencing. Mintak tolong kawan temankan. Nama dia langsung tak ingat! Sekolah tadika aku ni sebenarnya balai raya. Dalam kawasan masjid. So toilet guna masjid punya. Paham2 aje la tandas masjid dulu macam mana. Masuk jamban terus kunci. Bila nak kuar, kunci tu susah nak tarik. Errrkkk!! Huwaaa... Berpeluh2 panggil kawan suh tolong. Aku terkunci dalam jamban. Last2 kawan panggil cikgu, cikgu datang goyang2kan pintu kasi lock tu longgar sikit then aku terus tarik. Sejak hari tu, terus langsung tak masuk toilet. Pandang pun tak nak. Dah la ade kerandaaa.... Fobiaaa...
- Mencuri bekas air.
Ini pun kalau tak silap awal2 masuk sekolah. Aku kan orang baru. Tak penah sekolah pun sebelum ni. Tapi belajar dengan mama aje. So huruf2, nombor2 tu aku dah kenal la. Hari tu dah dekat nak balik cikgu kasi soalan. Sapa dapat jawap boleh balik awal. So, angkat tangan 1st dan dapat jawap (genius jugak aku ni kan). Jawapan aku betul dan cikgu kata 'okey, kamu boleh balik awal. amik beg, amik bekas air, pakai kasut, boleh balik...' aku pun ikut la arahan. Pilih beg aku, pastu bekas air.... errrr aku memang tak bawak bekas air, tapi cikgu suruh amik bekas air. Macam mana? Oleh kerana aku budak yang taat, aku main pilih aje la bekas air. Kot la memang dapat bekas air satu sorang free cikgu kasi adiah ke kan. Aku amik yang paling cantik. Siap ada tali dan aku gantung kat leher. So aku balik la senang hati. Bila balik mama tanya bekas sapa, aku cakap cikgu yang kasi. Sebab bekas tu nampak macam baru, air pun dah habis, so no wonder la. Esoknya aku siap suh mama buatkan air oren buh dalam tu. So pegi la sekolah. Kat situ la aku kantoi. Budak manja tu cakap tu bekas air dia. Dah jadi kontroversi dah. Aku pun kena marah kat cikgu. Pastu kawan2 pun dah pandang semacam aje kat aku. Dah tak sonok dah sekolah.
- Mentipu cikgu.
Suatu hari my mama belikan kotak pensil piano. Kaler pink. Belah dalam kotak pensil, belah luar penutup ade piano. Bila tekan2 dia kuar bunyi. Bawak pegi sekolah nak tunjuk kat kawan2. Bangga gilaaa... Last2 kawan2 berebut pakat nak tekan2. Dah kemana hala dia bawak kotak pensil tu. Geram la jugak. Dah la aritu takmo kawan ngan aku sebab kata aku curi bekas air, pastu nak bebaik pinjam bekas pensil. Last2 ntah mcm mana datang idea, buat sakit perut. Cikgu suh pi berak kat toilet tapi oleh kerana fobia terkunci dalam toilet aritu, aku nangis cakap nak balik!!!! So cikgu hantarkan aku balik. Nasib baik rumah dekat aje. Balik rumah aku terus sihat. Masuk bilik main kotak pensil piano sorang. Hehehehe... Mentipu cikgu... Haaa marah la lagi, kan dah kena tipu kannn...
mcm gini la lebih kurang. tapi piano aku punye penuh kotak pensil. besar.
boleh tekan kuar bunyi. pic atas ni mcm lukis aje.
So aku masuk lewat tapi berhenti awal. Tak sampai sebulan pun aku pi sekolah tadika. Dalam 3 minggu camtu je la. Sebab tak best sekolah. Maklumla budak2 sekolah tadika nampak aje masih kecik tapi buruk pangai tahu! Kalau takmo kawan tu boleh pakat2 pulak. Aku ni dulu comot aje, hingus meleleh tak hingat. Sape la nak kawan. Tapi sekarang dah cun dah! Tu la kauuu, kan dh melepas.... Hahahahaha
Tapi alhamdulillah, masuk darjah satu aku rajin pegi sekolah. Pertengahan tahun dapat No.3, akhir tahun dapat No.1... Sekolah rendah nanti cite esok2. Habiskan bab tadika dulu.
Salam Sayang,
1 comment:
u r so so so CUTE Awin... haih la...hihihihi
Post a Comment