Friday, 23 November 2012

BILA TERLEBIH RAJIN

Assalamualaikum
Dah jadi satu kebiasaan pada aku bila duk rumah sorang dan tengah boring aku akan cari tempat untuk aku geledah. Kadang2 aku geledah halaman rumah, cabut rumput mana ada, siram pokok, geledah almari cari baju yang dah tak nak pakai, susun balik baju2 yang berselerak (kantoi hahahaha). Kat dapur pulak aku tukar bekas garam gula, letak dalam bekas baru. Yela bila dah bosan sangat kan.

Dan petang semalam aku godek almari/rak kasut kat luar. Dah penuh sangat dah kotak2 kasut aku, mama, kakak, asben sume. Ada kotak yang kosong, ada kotak yang terisi. Kasut lama yang masih elok tapi dah rosak. Sayang! Ada juga kasut yang dah buruk tapi masih boleh dipakai. Yang buruk tu la sebenarnya sangat selesa dipakai. Sebab kerap sangat pakai so jadi buruk. 

Dan ternampak pulak kasut ni. Hahahaha. Aku beli tahun lepas. Tapi tak pakai sangat sebab terlalu tinggi dan susah nak tekan minyak bila drive. Dan tak sampai hati nak pakai bila dengan kawan2 sebab kawan2 sume pendek mcm aku gak. Hahahaha. Kang kesian pulak diorang.
- Kasut macam ni pakai dengan jeans skinny sgt smart okeh!
- Dan bila pakai kasut macam ni, langkahlah dengan yakin, 
jangan teragak2 kalo tak org akan nampak anda mcm pelik!
- Dan bila berjalan jgn fikirkan ttg kasut! Jalan je... 
Jangan nak malu2 n sembunyikan kasut anda...

(aku penah jumpa org ni, dia punya pergerakan mcm pelik. berjalan mcm malu2, mcm takut2, mcm segan2. aku pelik, nape dia mcm tu?last2 baru aku pasan tentang kasutnya. hahahahaha... kasutnya cantik! tp mybe dia tak biasa pakai. so dh jadi pelik!)

Asben cakap, kasut ni kalau baling kat anjing pun boleh mampos. Hahahaha. Ni pertengahan tahun depan baru boleh pakai balik. Huhuhuhu. Hope masih elok lagi.

Salam Sayang,

2 comments:

AyueJean said...

AJ selalu akan berjalan pusing 1 rumah dengan kasut sebelum keluar......
Then kalau rasa tak selesa AJ akan tukar....
pernah dulu AJ sanggup beli kasut lain time tu juga sebab AJ tak selesa dengan kasut yang AJ tengah pakai.... =D

kiera'sakura said...

hahahahhaha gelak tang part last tue hikhikhik. kami nie x reti pkai kasut tinggi kang ada yg terpeleot kaki huuuu

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...