Wednesday, 21 November 2012

TERIMA KASIH PAKCIK!!

Assalamualaikum
Petang semalam bawak Adik Is pegi jalan2. Kesian dia boring duk umah kan. Nak pegi melantak McD, KFC tapi smua kena boikot. So bawak la ke Pantai Teluk Ketapang nu ha... Tengok pantai, tengok kapal terbang. Tapi tak singgah pun. Jalan2 amik angin aje. Tapi ada satu kejadian yang membuatkan aku berterima kasih kat pakcik tu.... Haaaa....

Camni, petang semalam masa on da way nak gi sana, tengah syok sembang2 dengan asben tetiba ada sebuah waja potong kereta aku sebelah kanan bersaing mcm nak lumba tu dan kasi isyarat tangan. Muka dah pakcik2, sekali tengok macam polis tak pun JPJ. Tapi personal car la. Aku cuak! Apehal pulak pakcik ni. Dalam otak aku banyak kemungkinan terlintas. Mungkin nak ajak gado, mungkin dia marah asben bawak slow tapi duk line kanan. Tapi nak bawak laju mcm mana lagi depan ade kereta? Tak pun mungkin tak pakai seatbelt?

Aku masih blur sebab terkejut. Peluk Adik Is kuat2. Then asben kasi signal berhenti kat tepi tapi kereta tu dah terus aje. Rupanya pintu belakang kereta kami tak tutup rapat. Fuh, nasib baik Adik Is tak duk belakang. Asben tak perasan sebab lampu warning tak menyala pun. Tapi nasib baik dia cepat tangkap apa yang pakcik tu nak kasitau. Kalau tak mau dia pecut aje! Ha itu aje ceritanya. Hehehehe...

Tapi perihatin la jugak pakcik tu. Walaupun tindakan dia tu boleh buat aku sakit jantung. Huhuhuhu. At least sebelum potong tu kasi la hon dulu. Tapi apa pun, pengajaran, sebelum masuk kereta pastikan semua pintu rapat ye!

TERIMA KASIH PAKCIK!!!

p/s : dan tak pasal2 asben kena bebel free... haaa, itu lah cuai lagi...

Salam Sayang,

3 comments:

aDisH.sHidA said...

NASIB BAIK LAGI KAN..

Lydia Miza(Aidyl Azim) said...

baiknye la pakcik tu

hafiz hafizol said...

Nanti bawak saya pulak ye jalan2 kat Pntai teluk Ketapang... belanja sotong celup tepung sekali ok..



Maceh... Haha =p

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...