Sunday, 14 July 2013

KEMANA HILANGNYA DIA...

Assalamualaikum,
Juz luahan untuk kenangan yang makin menghilang. 

Kali Pertama
Bila kali pertama aku kenal dia, gembira sangat. Dia la sahabat aku yang selalu ada bila susah senang. Sentiasa menghiburkan. Selalu ada bila aku tak boleh tido malam. Berhabisan kredit buat supersaver maxis nyanyi2, bercerita, buat lawak. Selalu bagi semangat, selalu buat aku rasa senang walaupun tengah susah hati.

Kawin
Bila aku dah kawin pun aku still nak rapat dengan dia. Aku tak nak kehilangan kawan baik macam dia. Aku bukan jenis yang lupakan kawan baik bila dah kawin. Cuma dia yang takut nak contact aku sbb aku dah kawin. Aku yang dulu dan aku yang sekarang sama. Tak semestinya bila aku dah kawin aku jadi orang lain. Aku tetap aku. 

Berubah
Sejak itu kami dah berjauhan. Tak selalu contact. Yang ketaranya dia. Lost. Memula memang aku rasa down. Tak ada tempat aku nak bercerita, buat lawak. Memang ada suami tapi suami ngan dia tak sama. Nampak sangat dia nak jauhkan diri dari aku. Tapi aku paham, mungkin dia bizi kerja. Tapi entah... Paham macam tak berapa nak paham sangat (kuar dah ayat keling)

Kosong
Kalau dulu aku suka bercerita. Kalau tak ada apa nak cerita pun aku akan gelak2 aje. Sekarang dah tak ada cerita. Dulu kalau ada yang kelakar aku akan simpan cite tu sebab nak cerita kat dia. Usaha save kt hp point2 nak cite takot lupa. Sekarang ni kalau ada pun aku dh tak ada jiwa nk ingt. Biar je berlalu gitu. Sebab kalau ingt pun, tatau nk cite kat sape. 

Awek
Tetiba kami tersembang kat fb. Cara dia chat pun dah tak sama mcm dulu. Dah berslang Sabah Sawak. Jak jak jak jak... Gilak gilak gilak... Kalau dulu dia bahasakan dia ngan aku dengan nama lain, sekarang asyik tersasul dengan nama lain. Ye, dia ngaku dia dh ada awek orang belah sana. 

Cemburu
Cemburu? Aku cemburu?? Tak. Aku tak cemburu. Bagi aku semua orang ada jodoh masing2. Nak kawin dengan anak raja ke, anak panglima ke, anak jutawan ke, kawin aje la. Tapi jangan lupa asal usul. Jangan lupa diri. Jangan lupa kawan2...

Kecewa
Ye aku kecewa. Kecewa sebab kawan baik aku yang dulu dah TAK ADA. Yang ada hanya pakwe kepada awek Sabah Sawak tersebut. Kemana dia? Kemana?

Sedih
Sangat!


Salam Sayang,

3 comments:

Suria Lekatlekitgurl said...

sahabat lain jantina bila kawen kena ada renggang. sebelum kawen kita boleh kawan rapat.. bergayut kat tel.. lepas kawen memang kita kena jadi orang lain pada sahabat kita.. mean, apa yg pernah kita buat dengan dia kita mungkin dah tak boleh buat..sebab kita ada perasaan seseorang yg lebih berhak kita jaga. Macam akak senang jer.. akak dahulukan apa yang sepatutnya.Akak kalau boleh taknak tulis @ cakap tentang perasaan loving2 pada orang yg boleh mengundang fitnah atau salah sangka. Dalam blog ke.. kat fb ker.. atau cakap depan suami memang x kan sama sekali. akak pun ada sahabat yg akak sangat2 sayang.. lelaki tapi akak tahu persahabatan tu kekal di hati tak pernah terputus & diputuskan walau dah hilang khabar. Sebab masing2 dah ada hati yg lebih berhak untuk di jaga

Lydia Miza said...

Bila dah berkeluarga mmg mcm tu la... Bila berbeza jantina lagi la... Mmg ada jurang. Tak boleh nak sama mcm dulu lagi dah. Nak2 bila dia sahabat yg lbh fokus pd dunia baru dia. Mmg la dia asik sasul je. Masing2 bawa haluan sendiri. Tu lumrah hidup

Sue Sopian said...

salam..
dah jd lumrah kehidupan apabila masing2 telah ada komitmen lain begitu la jadinya.. tambah2 telah ada hati yg nak dijaga.. rasanya ramai yg mengalaminya termasuk sy juga.. hihi

salam perkenalan..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...