Wednesday, 10 July 2013

SAMBAL DAGING MUDAH CEPAT DAN SEDAP!!!

Assalamualaikum
Salam Ramadhan. Haaa hari ni hari pertama kita berpuasa. Kalau tahun lepas 1st puasa ni aku tengah mengandung sebulan. Tengah loya dan muntah2. Makan sahur syok gila lepas tu 'keluar' balik. Tapi tahun ni sahur bertiga walau 2 orang aje yang puasa. 

Hari ni 1st sahur, sememangnya menu sejak turun temurun 1st sahur mesti sambal daging. Tapi aku panggil daging masak merah. Hehehe. Dari kecik sampai ke besar menu 1st sahur mesti sambal daging. Then semalam call mama, dah agak memang sambal daging. Call kakak pulak, ponnnn same!!  Hahaha. 

Okey jom semak resepi SAMBAL DAGING MUDAH CEPAT DAN SEDAP!!!

Bahan2 :
- Daging dipotong2 anggaran 3 genggam.
- Bawang besar merah 3 labu (kisar)
- Bawang putih 3 ulas (kisar)
- Cili boh 3 sudu besar
- Serai 1 batang (diketuk)

Cara2 :
- Panaskan minyak secukupnya.
- Tumiskan bawang2 yang dikisar + serai sehingga naik bau.
- Masukkan cili boh dan tumis sehingga pecah minyak. 
- Masukkan secawan air.
- Masukkan daging dan kacau sekejap.
- Bila minyak mula kemerahan masukkan air sehingga sama aras daging.
- Perlahankan api sehingga kuahnya pekat then masukkan gula, garam dan perasa mengikut citarasa.

pic pinjam kat blog yusleen.blogspot
susah nk snap pic skrg guna hp, camera tak cntik
kalau dulu pakai hp sony camera memang tiptop
tp hp tu dh rosak! frust gile...

Salam Sayang,

6 comments:

aDisH.sHidA said...

kak ptg td wat daging masak merah

kiera'sakura said...

haishhhh terliur pulak. nak buat la jugak nanti

nani said...

Sy dah buat ikut resepi yg ini..memang sedap..

aam said...

tgh buat :)

Anonymous said...

Saya pun sejak kecik wajib lauk daging sambal utk first sahur tiap2 tahun. High five!

Anonymous said...

Saya pun sejak kecik wajib lauk daging sambal utk first sahur tiap2 tahun. High five!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...