Tuesday 9 July 2013

BEKALAN SUSU UNTUK AISYAH

Assalamualaikum
Nur Aisyah Humairah dah 4 bulan 6 hari. Alhamdulillah setakat ni fully breastfeed (BF). Siang aku ajar dia guna botol. Malam2 aje baru direct. Bukan ape, susu banyak, kalau tak pam sakit. So hari2 kena pam. Nak tak nak kena kasi botol jugak la. Lagipun boleh ajar dia tak melekat kat aku aje kan...

Sehari aku pam 3 kali paling kurang. Pagi, tengahari dan malam. Tapi kalau rasa rajin, pam aje la tak kira waktu. Sekali pam dapat maksimum 3 botol. Sebotol tu 5 oz. 5 oz tu lebih kurang 140 ml. Paling kurang sehari dapat kumpul 9 botol, bersamaan 1260 ml. Syukur sangat. Rezeki Aisyah.

Dalam freezer pun dah penuh dengan stok susu Aisyah. Kalau boleh nak BF Aisyah sampai 2 tahun. Susu alhamdulillah setakat ni banyak. Bra pun dah kena tukar cup. Opssss hahahaha. Rahsianya?? Hehehe.... Banyak minum air, dan aku makan produk SHAKLEE... Alfalfa Complex dan ESP. Alhamdulillah setakat ni memuaskan hati.

stock susu Aisyah.Ini baru sini, yang kat wings peti ais ni ada lagi berderet. 

p/s : petua bagi ibu2 bersalin yang bengkak susu, sakit kan? Petua nak hilangkan sakit, tuam breast dengan ais. Balut ais dengan kain dan tuam... Time tu susu yang bertakung dalam tu akan keluar. So tadah la. Tak baik membazir. Hehehe...

p/s : ada petua cakap amik kobis ketuk2 kasi lembik dan tekap kat breast, pun boleh cuma, kalau amalkan petua tu, susu kat dalam tu nanti jadi kering. Itu petua mertua aku kasi la. Better tuam dengan ais ok??

09 Julai 2013 : 04.37pm

Salam Sayang,

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...