Wednesday, 23 October 2013

PETUA HILANGKAN DAKI PADA KULIT KEPALA BAYI

Assalamualaikum,
Kulit kepala yang berdaki akan mambantut tumbesaran bayi/kanak-kanak (org2 lama ckp). Then Kak Ayu tanya macam mana nak hilangkan daki2 tu ye? Haaaa, sepanjang aku dah hampir 8 bulan menjadi ibu ni alhamdulillah setakat ni kepala Aisyah tak berdaki walaupun rambutnya sangat lebat! Tapi petua2 yang makcik2 kasi, mertua kasi, orang2 lama kasi, itu la aku pegang. So, tak salah nak share kan? Dan ada la juga aku search kat google sikit buat tambah.

Cukur kepala
Biasanya bayi baru lahir, kita akan cukur kepala dia kan? Menurut sifu Kak LydiaMiza, 'Antara kelebihan mencukur kepala, rambut yang ada pada kepala bayi dibimbangi mengandungi kuman yang dibawa bersama daripada dalam rahim. Jika tak dibuang, bimbang kuman itu akan meresap dalam kepala dan otak dan akan menjejaskan metal bayi. Kalau nak baca lebih lanjut KLIK SINI.

Tapi macam mana kalau dah cukur tapi daki masih berkeping2, berkerak2?

Kadang2 kuping2 mungkin disebabkan masalah kulit. Tapi kalau dah sampai hitam berkuping teruk sangat, maybe disebabkan kebersihan. Time mandikan bayi, haruslah pastikan tak ada lebihan syampo melekat kat kulit kepala. Kalau tiap2 hari mandikan cincai2, lama2 tak mustahil teruk macam tu kan? Okey macam mana nk buang kerak2 daki tu?

Santan kelapa
Kalau ikut petua family, kulit kepala baby sapukan dengan santan kelapa. Biarkan sekejap kasi daki tu kembang then baru gosok2 pelahan dan bersihkan. Buat tiap2 hari, lama2 insyallah tanggal. Boleh juga gunakan baby lotion, minyak zaitun, baby oil dan sebagainya. Tapi pastikan selepas tu bersihkan balik.

Kuku
JANGAN cuba2 nak tanggalkan dengan kuku. Sebab kerak2 tu melekat kat kulit kepala baby. Kalau tanggalkan dengan kuku, perit la!! Kang luka pulak kulit baby yang lembut tu. Pastikan daki tu lembut baru buangkan okey??!!

Emmm, ini juz petua2 makcik2. Tapi kalau ada silap tolong betulkan ye, dan kalau ada petua2 lain silalah share sama. :)

Kronik
Tapi sekiranya terlalu kronik, jumpa la pakar.

Salam Sayang,

Friday, 20 September 2013

KISAH AMBULANS DAN JAGUNG

Assalamualaikum...
Haaaa, ini story kisah benar dan diubah2 sikit untuk dapatkan storyboard yang kena dengan punchline. Hehehehe... Tapi tak ada kaitan dengan yang masih hidup atau pun yang telah meninggal dunia. Kalau ada sama, itu kebetulan dan hanya satu cerita untuk teladan... Teladan? Ah lantak la...
Disuatu petang nan indah... Pulang dari mencari rezeki yang halal buat diri dan famili. Perlahan2 menyusuri jalan raya dengan pemanduan berhemah dengan memegang slogan 'biar lambat asal selamat'.
Dikejauhan terdengar sayup2 siren ambulans. Oh ambulans. Tapi entah dari mana arahnya. Mungkin dari arah depan, tepi atau belakang. Masih rileks menyusuri arus jalan.
Tiba2 siren makin kuat. NENO NENO NENO!! Oh tidak!!! Ambulans sudah berada di belakang!! Mau kemana ini? Harus ketepi? Harus ke kanan atau ke kiri? Arghh!!! Lajunyaaaa... Mesti mengelak untuk menyelamatkan mangsa! Mesti mengelak untuk disaman!!
Elak2 tersalah elak. Nak cepat punya pasal + gabra + panik + cuak, terempuh kereta. Ahhhh, nak selamatkan mangsa, diri sendiri jadi mangsa.
Ambulans meluncur laju. Kes kecemasan mana boleh dilengahkan. Mungkin cepat sesaat mampu menyelamatkan nyawa simangsa atau mampu mengurangkan kesakitan yang mangsa alami. NENO NENO NENO NENO... Terus laju pergi...
Alih2 ambulans berhenti dalam beberapa km dari kejadian tadi, dan singgah membeli jagung. So? Ape pendapat anda? Haaaaa.... Jagung jagung mai singgah mai singgah!!!
Hehehee... Korang ingat aku reka ke cita ni... Cite betul ni tau!!
p/s : jangan salah guna kuasa yang ada...

Salam Sayang,

Thursday, 19 September 2013

KENANGAN MANIS BERULANG KEMBALI

Assalamualaikum,
Tersenyum2 aku bila baca tajuk ni lama2. KENANGAN MANIS BERULANG KEMBALI... Sweet kan?

Tadi tengahari duk ping entry kat group FB, tiba2 pemilik blog masakan pemes amos komen entry kat FB tu. Blognya TIFFIN BIRU... DAPUR TANPA SEMPADAN. MAT GEBU, kenal kan? Opkos la kan...

Aku panggil dia PCM. Maksudnya Pak Cik Mat. Dia la salah seorang yang menyebabkan aku rajin masuk ke dapur. Gara2 donat pelangi. Donat Pelangi yang mencetus idea geng2 blogger aku waktu zaman muda2 dulu berebut2 buat donat pelangi. Ada yang jadi, ada yang NGERI nkoooo, hahahahhaa... Ada yang gemok gile, ada kurus kering donatnye. Adoyai...

Dan seingat aku, 1st time tu la aku berusaha masuk dapur wat donat pelangi jugak. Kena la lawan jugak kannn... Tatau la dari mana aku cilok resepi or derhaka resepi, keras gila jadinya. Kaler dah lawa dh... Macam tayar lori mainan adik aku aje jadinya hehehehe...

Then lepas tu, aku jadi minat masuk dapur. Sebab rasa mcm best gila... Benda2 yang ntah apa2, main campak2 campur2 kacau2 tiba2 jadi lauk pastu boleh makan kenyang sampai sendawa tak hengat!! Perghhh!! 

Tapi itu semua dulu la. Zaman muda2. Sekarang dah tua dah. PCM kata tu semua kenangan manis dan tak mustahil ia akan berulang kembali. Tapi entah la... Rindu juga nak bergelak tawa dengan rakan2 blogger dulu2. PCM, PCB, Abg Ady Budika, Kak Sunah, Kak Shida, Amalina Donat Ngeri tu, lagi sape ye, maklumla dh tua2 ni dah banyak lupa... Hehehehe...
sekarang bukan je masakan melayu, masakan korean pun aku dah buat tauuu...
ini kimchi... hhehehehe RUNNINGMAN punye pasai...
pssstt kimchi ni kan, org sane mkn gitu aje..
tp tekak tak brapa nk boleh telan la pulak kan,
so derhaka skit, bancuh tepung mcm nk wt jemput2 tu,
then potong2 kimchi buh dalam tu... goreng la mcm biasa...
jemput2 kimchi... sedapppppp hahahahhhaa 
p/s : apa pun thanks to PCM sebab sudi listkan link belog ni kat bloglist beliau... hehehe maceh maceh maceh... 

Salam Sayang,
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...