Bersawang dah blog aku...
6 hari aku kat Bangi, umah Abah. Tapi 5 tujuan dalam 1.
- Tujuan utama nak pi melawat anak abah baru lepas bersalin. Dah tak baru. Lama sangat dah. Baru pi tengok. Kejam kan? Eh, anak abah, so kakak aku la ye? Tak. Abah ni 2nd husband mama aku. Baru 2 tahun kawin. Adik bongsu aku ni hasil diorang la. Dats why la aku sayang sangat sebab 22 tahun beza umurnya.
- Tujuan kedua pulak sebab family sebelah En. Abi nak kenal2 pulak dengan aku. Heran sungguh, beriya2 benor la yang belah2 sana nun. Hari kedua ke sana aku terus ke Seremban dengan family2 2, 3 kerat ni ha. Hamboiii bukan main macam dah kenduri pulak. Rasa terharu pulak bila family aku disambut macam gitu. Sekali rasa macam tengah buat sidang akhbar. Hahahaha. Tapi best la... (sembang punya sembang, rupanya En.Abi sepupu kepada wife ex-husband mama. Memang kebetulan. Kitorang tak kenal pun sapa wife ex-husband mama a.k.a papa aku tu. Kalau boleh nak elakkan, tapi bila dah jadi macam ni, emmm... )
- Tujuan ketiga ialah nak beli persiapan untuk majlis nanti. Banyak beli bunga2, dan bekas hantaran. Pastu beli baju kerawang2 kaler baby blue dan grey. Mama pulak duk sibuk beli karpet. Boleh pulak dia nak beli bekas telur. Bukan kenduri kawin mama oiii... Majlis bertunang aje kot. Huhuhu...
- Tujuan keempat pulak sebab nak tukar kereta. Anak bongsu abah baru beli keta jugak. Pastu dia segan pulak nak bawak ke kampus dia. Adoi. Then hegeh nak tukar dengan aku pulak. Dia beli Vios, nak tukar dengan aku Myvi. Tapi okey jugak. Boleh aku berpoya2 sikit dengan Vios dia kan... Ekekeke... Cuma tak best sebab cermin keta dia macam akuarium. Tak tinted langsung. Tapi aku tak kisah sebab keta aku tu pun abah yang hadiahkan. Abah tiri aku tu, abah kandung dia. So, aku tak nak la lebih2. Aku okey ajee....
- Tujuan terakhir adalah, melawat anak buah aku laaa. Danial dan Tasha. Dah besar dah diorang. Dulu depa duk panggil aku 'Ucu' sekarang mama suh tukar. Sebab adik aku yang bongsu ni akan dipanggil 'Ucu'. Aku pulak ditukarkan kepada 'Uteh'.
6 hari aku kat sana, memang jenuh tak tau nak pi jalan kat mana. Jumaat, Sabtu dan Ahad aje aku leh ronda2, selebihnya duk umah je sebab tak de orang nak guide aku nk kuar. Mama pulak tak kasi lepas nak pi jumpa kawan2 kat sana. Katanya aku baru lagi, so bahaya. Kalau ikutkan, memang nak je aku buat gath kecik2 kat sana. Ekekeke nak gath ngan sapa ntah kan...
Dah la, penat naip. Jari aku dah kaku nak naip.
p/s : opsss... awal bulan 4 aku dh start keje. company lama dulu tapi department lain pulak. lagi best!! so xde la aku jumpa dengan En. Abi sangat. Dia company sama jugak tapi department len2... Ekekeke... Selamat... ( mesti ada yang pelik kan, org len mintak doa supaya dapat lagi dekat dengan si dia, tapi aku pulak mintak duk jauh2, bukan ape, nak simpan dulu semuanya. tak nak keluarkan lagi apa2 perasaan. tunggu lepas kawin...)
3 comments:
wah..cam bz je...tempat keje still sama kan? ok la tu..bestlah pas kawin leh g keje sesama, senang~~
waaaaaaaaaaaaaaaaah....mcm tu sekali...bagus la tu...
lepas ni kalau turun bangi,
ajak suami pergi mlancong o bekelah kat sungai gabai.
best!!!
lagi2 kat atas die.. :)
-penulis kata
Post a Comment