Saturday, 27 September 2014

BAGI ORANG MINUM LAICI DIRAMAS-RAMAS??

Assalamualaikum
Terbaca entry daging kat blog kak suria lekat lekit (KLIK SINI), teringat pulak kisah laicikang aku suatu ketika dulu. Kalau teringat memang mendidih rasanya darah ni.

Kisahnya berlaku di bumi Terengganu beberapa tahun yang lepas. Time tu aku belum kawin. So kuar dinner dengan family kat area jalan nak ke kampung Chabang Tiga. Tertarik dengan nama kedai Selera Timur. Kami singgah la. Tapi rupanya waktu malam makanan hanya ada masakan panas aje la. So its ok. Tak de hal la bab makan.

Kebetulan haritu aku teringin nak minum air laicikang. Tanya la waiter, laicikang ade? Katanya ada. Gud! Dalam 5-6 minit sampai la air2 kami oder. Then tak lama sampai makanan pulak. Time air laicikang aku sampai, aku tengok pelik.

Bukan laicikang tapi air chikong. Chikong dan laicikang aku rasa berbeza. Laicikang lebih berempah sikit. Kalau laicikang biasa2 ja.

Hasil aku google ada yang cakap ini laicikang. Tapi kalau ikutkan family aku dan kawan2 aku time study semua cakap laicikang macam pic kat bawah ni bukan kat atas. Yang atas ni Chikong.


Ini laicikang yang aku maksudkan. Kalau pi bazar Ramadhan or pasar malam, Chikong dan Laicikang sama macam aku maksudkan. Ini Laicikang dan atas sana Chikong. Dari situ la aku tahu perbezaan dia. 


So aku konpius, then aku lambai waiter. Bukan nak bebel tapi juz nak tanya. Kalau kat kedai tu laicikang nya mmg gini, aku terima lah. Kalau tersilap ambik oder pun, aku nak oder lah lagi satu. 

"Bang, tadi saya oder air laicikang. Ini chikong kan? Ke memang laicikang mcm ni kat sini?" -aku

"Oooo... Laicikang..." - waiter

Dia pun ambik mangkuk air tersilap tadi bawak masuk dapur. Aku duk mengadap dapur. Mata aku pun secara tak langsung terpandang ke dapur! Telinga aku pun terdengar something.

"Laici pulokkkk..." -orang dapur

Then aku nampak dia ambil tin laici, dia bukak, dia ceduk laici 3-4 biji buh kat tangan, then dia ramas buang air pastu dia masukkan laici tu dalam mangkuk aku tadi. Perghhh!!!! Dan mangkuk tu pun sampai depan meja aku. Bezanya cuma air Chikong tadi ditambah dengan buah laici diramas2 jadilah laicikang??? Kebabian apakah itu??

Time waiter nak hantar kat aku, yang tukang ramas tu memang pandang aku. Aku pun memang pandang dia. Kiranya kami memang saling pandang memandang la. Mungkin dalam hati dia cakap "amik kau nak sangat!" dan dalam hati aku pulak "babi kau buat kerja ingat aku tak tahu??"

Aku langsung tak sentuh. Waiter tu buh mangkuk kat tepi meja la kan. Langsung aku tak sentuh alihkan. Mama ngan abah tanya awat tak minum, aku cakap tak selera. Abah aku nak minum tapi aku tak kasi. So aku makan pun dah tak selera sangat. Yang tukang ramas tadi tu dari duk kat dapur dia keluar duk depan TV selang beberapa meja dari meja aku dan kami masih saling berpandangan sampai la aku balik.

So sampai la sekarang aku langsung tak makan kat situ. Time aku kerja pulak kebetulan bos suh oder nasi untuk meeting. Tengok2 kat no tepon, rupanya kedai tu. Terus aku cakap kat bos tukar kedai lain. Kedai tu pengotor!! Kan dah tak ada rezeki ko kan. Buat la kotor lagi.

Apa salahnya ko cakap "Laicikang kat sini mmg mcm ni" atau "laicikang la ni" tak ade la aku nak bebel nak jerkah nak tengking. Yang ko pegi tambah laici yang ko ramas2 tu apahal. 

Cerita ni cerita benar. Kedai makan selera timur area Kampung Chabang Tiga Kuala Terengganu, setentang dengan Perodua. Now aku tak tau yang ramas laici tu masih kerja kat situ atau tak. Mungkin dah upgrade tahap kesopanan pekerja pon aku tak tau sebab memang aku LANGSUNG TAK PERGI DAH!

Sekian

Salam Sayang,

3 comments:

ummi aqilah (LM) said...

Memang betul2 kebabian ni dik. Haha ngeri dgr.

Tp kan.. Mmg akak selalu dgr org duk ludah la apa la bila pelanggan kompelin. Sbb tu klu kau salah hantar air pun aku telan. Tu yg akk terpaksa terima klu kedai buat perangai hantar air salah.

Malas nk mintak tukar. Takut kena pedajal pastu x nampak.

Pakcik Belog said...

kah kah kah....kesiannya laici kena ramas2 ....

memang tak tahan nak gelak...

memang tak patut betul tukang buat tu... apasal tak belanja aja dia minum laicikang modified tu> hahaha...

Kira Sakura said...

Ya Allah sampai macam tu. dulu orang kata pizza ada yang tukang masak dia ludah dalam pizza tu rasa mcm tak percaya, sanggup ke manusia ni buat macam tu dekat makanan orang. baca cerita Awin. barulah percaya. pengotor betul

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...