Thursday 12 November 2015

AKHIRNYA BERJAYA JUGAK UPDATE!! YEYYY!!

Assalamualaikum,

Tetiba datang mood menaip. Maklumlah anak2 semua dah tido. Awal tido sebab petang tadi bawak diorang pegi playground. Beriya nak basikal pink. Bila beli tak reti nak kayuh. Tak larat katanya. Alih2 ayah jugak kena tolak. Hahaha.

Rindunya nak membebel. Rindunya nak blogwalking. Rindunya nak mengomen. Hikhik. Tapi apakan daya, masa sangat cemburu dengan saya. Dari pagi sampai ke malam, nak login blog sendiri pun tak sempat.

Alhamdulillah kehidupan family so far so good. Anak2 semakin membesar. Aisyah semakin kuat berdrama. Mulut semakin galak berdialog. Celoteh macam2. Pernah sekali time hujan, ayah nak mandikan dia. Sejuk. Boleh dia tanya " Ayah letak ais ke dalam air ni?" hahaha. Sebijik ikut ibu kan. Air tangki beku!

Harris plak dah boleh bertatih. Cuma bila dah start jalan dia tak pandai nak brek. Kalau dinding kat depan, memang benjol la dahi. Haritu tak sempat tahan, langgar pintu. Berdarah jugak la bibir.

Hah, sini aje lah bebel. Cerita sekaligus kang malas plak orang nak baca. 

Dah tu sikit2 ni sape nak baca?

Kau rasa???

Hahaha.


p/s : rindu sangat semua kawan2. rindu.
p/s : btw saya dah tukaq no. hp. sila pm no hp kwn2 if terbaca entry ni ye. ill contact u later.


Salam Rindu,

3 comments:

Sheila Adziz said...

welcome back sis....

Liyana Anuar said...

lama tak nmpk..anak pun dah 2 ye :)

Lydia Miza said...

Pm kat mana?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...