Monday, 18 May 2015

AKHIRNYA MEREKA KE TASKA

Assalamualaikum
Hye bersama kembali kita dalam post entry yang seterusnya. Hehehe. Tudia, berkurun lama, kurahsiakan cintaku padamu...

Well well, perkembangan terbaru sangat lah berkembang dengan pesatnya. Hari ni hari kedua aku hantar anak-anak ke taska memandangkan aku akan mula bekerja pada awal bulan Jun nanti. Kalau sebelum ni aku rasa sedih nak tinggal Aisyah kat Taska tapi kalini aku teruja sebab dia sangat eksaited nak pi school. Lagipun Aisyah sangat petah bercakap, langsung tak pelat dah, macam budak 5-6 tahun dah gayaya.

Semalam ayah dia call from Sarawak, tanya kat school belajar apa? Suka hati ja dia cakap "Belajar alif ba ta, ABC, one two three.. Belajar tulish, warna...." amboiiii mengelat sangat kan. Jawapan hapal dari rumah tu. Mananya cikgu nak ajar semua tu kat sekolah dalam masa sehari? Hehehe...

Walaupun yuran pendaftaran mahal, tapi rasa ini lah masanya yang sesuai untuk aku hantar depa pi taska. Esok mungkin pi hantar ja, tak tunggu dah. Semalam pi daftar tengahari dah. Sekejap ja pun pi dalam 3 jam. Harini pun pi lewat jugak sebab pengurus taska ckp dia mai lambat. Esok hantar pagi, tengahari pukul 3 boleh la pi ambik.

Now A-Z aku yang kena handle memandangakan duk PJJ ngan En. Somi ni kan. Aduhai. Semoga semangat aku kuat mental dan fizikal. Huhuhuhuhu. 

Salam Sayang

Tuesday, 7 April 2015

MAMPU KE PJJ?


Assalamualaikum

Lamanya tak update blog ni. Bila ada benda nak cerita, tapi tak tau nak cerita kat sapa, baru teringat pasal blog. Lepas luah kat blog, rasa lega la sikit, konon dengan harapan ada orang 'mendengar' masalah kita. Walaupun sebenarnya tak ada sapa yang kisah pon. kan kan kan.

Haaa, so ada benda nak cerita la ni kan bila dh up post baru ni kan. hahaha. yelaaaaa...

Ok, actually En. Asben kena handle company di Melaka. Jadi awal bulan April dia kena pi sana dah. So tinggal lah kami anak-anak bersama bibik. Huhuhu sedihnya. Baru seminggu En. Asben pi sana, dah rasa rindu. Ecah pulak asyik tanya ja..

"mana ayah ni.. lambatnya"

selalu dia la yang duk tunggu ayah dia balik kerja sebab nak mintak ayah dia bawak gi jalan2 petang ngan motor. Dah pulak aku kena reka cerita cakap ayah meeting, ayah jumpa kawan, ayah banyak kerja. Bila time nak tidor pulak, dia selalu masuk tidor dengan ayah. Selalu cakap...

"mana ayah ni, ecah nak tidor ni..." 

Lagi sekali aku terpaksa menipu anak. Alih2 dia tertidur.Sedih jugak tengok dia mcm tu. hmmmm. Itu anak yang rindu, mak yang rindu nak cerita kat sapa ye? Hahahaha..

Tengok la seminggu dua lagi macam mana. Hope semuanya baik2 saja.

ok tata!!

Salam Sayang,

Saturday, 28 February 2015

SELAMAT TAHUN BARU 2015 HAHAHAHA

Assalamualaikum

Haa tudia, tahun 2015 baru 1st entry. Ini baru blogger tegar katanya. Bhahaha. Ini pon tiba2 nampak Encik Asben lepas wat keje, pi solat isyak kat masjid. So, Puan Waif menyendeng la sekejap. 

Faster update.

Alhamdulillah family okey semuanya. Aisyah Humairah dah nak masuk 2 tahun lagi beberapa hari. Adam Harris pun nak masuk 7 bulan dah. Syukur semuanya sihat walafiat. 

Okey itu sahaja. hahahahaha


BYEEE!!!!

muahh!!!

Salam Sayang,
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...