Monday, 27 October 2014

SAKIT GIGI PULAK!

Assalamualaikum
Lepas satu satu masalah kesihatan melanda diri. Sebelum ni demam. 4 hari lepas demam gigi pulak rasa berdenyut. Duk pikir, kalau dah denyut konpem la takkan hilang selagi tak buat sesuatu. Pi klinik gigi sementara tak denyut sebab takut nanti demam sakit gigi pulak. 

Doc cakap bekas tampal tu pecah. Kena cabut jugak. So redha aje lah. 1st time pi klinik gigi yang sangat scary! Menakutkan dan seram gila! Klinik swasta okey! Rasa macam tak berbaloi pi swasta if ngeri macam ni. Gigi ke-5 dari depan ke kanan. Cabut gigi, gusi koyak sampai ke atas. Serius sakit gila. Doc kasar sangat. 

Alhamdulillah 4 hari lepas tu, sihat walafiat. Demam dah okey, gigi pun dah okey. But esoknya selsema pulak! Pastu esoknya diserang batuk. So ke klinik lagi. Telan ubat lagi. After 3 hari baru laaaa okey. Now selsema dah okey. Cuma batuk ada sikit lagi. Tapi tak teruk. Juz biasa2 je. 

Hope dah tak sakit lagi lepas ni. Mudah-mudahan. Amin.

Salam Sayang,

Wednesday, 15 October 2014

PENING MUNTAH-MUNTAH

Assalamualaikum
Haaiii ramai sungguh orang kawin time hujung2 minggu ni kan. Tak menyempat tunggu cuti sekolah. Konpem cuti sekolah dah plan nak gi honeymoon lettew. Hari Jumaat haritu pi majlis akad nikah anak kepada ibu angkat asben. Then hari sabtu baru kenduri.

So pergi la kami 5 beranak termasuk bibik sekali. Hehehe. Pi tengahari, balik tu rasa tak sedap badan. Tapi pikir mungkin tengahari kot. Tapi malam tu start sakit kepala berdenyut Ya Alllah hanya Tuhan yang tahu. Telan panadol active fast pon tak jadi ape. Terus tido dalam sakit pon.

Pukul 3 pagi pening, terus muntah2. dekat 7-8 kali ulang alik toilet pi muntah. Sakit kepala tetap tak hilang. Nak kata salah makan, takkan la sebab perut tak sakit. Tak cirit birit pon. Petang tadi okey aje. Tak de la pulak rasa nak demam ke ape ke. Takkan mengandung lagi kot hahahaha... Takkan laaaa kan.

Pukul 3 pagi sampai subuh tak henti muntah. Sampai terkencing2 dalam seluar nkooo.. Hahahaha. Then pagi tu asben gi opis siap pesan, kalau muntah lagi call, nnti gi klinik. Pukul 9 muntah lagi. Terus call n siap2 nak gi klinik. Baru nak naik kereta, sempat lagi muntah lagi skali. Gi klinik doc cakap, aku demam rupanya. 39c. Panas kepala itu yang buat jadi sakit kepala n muntah. So dapat 3 ubat, ubat demam, ubat pening/tahan muntah dan antibiotik. 

Balik rumah, muntah pulak lagi sekali. Terus sarapan then makan ubat pastu tido. Asben ambik cuti jaga anak. Hehehe. Alhamdulillah malam tu dah rasa okey sikit. Esoknya terus okey macam tak ada apa2. Pelik jugak demam kali ni. Datang tiba2, sembuh pun cepat je. Alhamdulillah. Kalau tak, memang melepek la 2 3 hari.

Salam Sayang,

Monday, 13 October 2014

CPUV LAGI. ALHAMDULILLAH

Assalamualaikum,


Alhamdulillah, tak lama lagi boleh cashout la ni kot hehehe... mudah-mudahan... bak mai la banyak lagi cpuv or BE ye encik nuffnang ku sayang... hehehe...

muahciked!

Salam Sayang,
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...