Sunday 29 January 2012

TRANSFORMASI DIRI

Huiiii....

Semakin hari, diri ni rasa semakin lain pulak. Berubah2 macam alien kah? Hulk? Tak la.... Bila difikirkan balik, sekarang ni jauh beza la dengan dulu2. Alhamdulillah, perubahan ke arah positif. Itu la yang diingin2kan... 

Eh? Kenapa... Dulu teruk sangat ke perangainye....

Akuilah, dulu perangainya teruk la sikit. Apa yang dibuat, semua tak puas hati. Rasa macam ada something yang tak lengkap dalam hidup ni. Semua benda nak komplen. Kalau makan pun, mesti nak makan banyak2 sampai lupa diri. Rasa macam nak kenyangkan perut sendiri. 

Macam tu jugak berblog. Dulu kalau buat entry wajib sehari 3, 4 entry berupdated. Kalau tak updated, rasa tak lengkap. Then bila dah tak ada idea, dari 3, 4 entry sehari turun pada sehari satu entry. Lepas tu, bila dah tak ada entry, rasa tension gila babas. Stress dan sangat emosi. Sehinggalah suatu hari, keputusan mendelete blog dilakukan. Ekekekeke...

Itu namanya terlalu taksub dengan sesuatu perkara. Memang dulu kalau buat sesuatu sangat taksub. Terlalu taksub pada blog. Terlalu taksub pada dunia sendiri. Terlalu taksub pada perasaan sendiri. Sehinggakan lupa pada orang disekeliling. 

Sekarang,

Selepas mentransformasi diri sendiri, barulah Cc paham erti kehidupan sebenar. Erti bersederhana. Erti bersahabat. Erti perasaan. Dalam apa semua benda yang kita buat, jangan terlalu fikirkan tentang diri sendiri. 

Walaupun blog ni baru aje lahir. Followers pun xsampai 10 orang, itu baru followers, belum readers lagi. Template pun pakai yang free punya kat template design, header pun ala kadar buat sendiri. Tapi alhamdulillah, dengan kesederhanaan yang dimiliki ni, Cc sangat bahagia, sangat gembira.

Dan syukur jugak, dengan mentransformasi diri sendiri, jiwa semakin tenang, semakin mendekatkan diri dengan Yang Maha Pencipta, rezeki pun semakin baik, keluarga makin bahagia, kawan2 semakin ramai dan banyak hikmah yang diberikan.....


p/s : nak kasitau header tu buat sendiri aje sbenarnye... menjela pulak mengarutnye!huh!

special thanks for 'abg demok' sebab dari kata2 beliau lah, Cc terkecik hati dan mula fikir pasal diri sendiri. Walau terkecik hati, tapi terlalu besar impaknya.... 

5 comments:

liyana said...

ooo..nak bgtau tu je ke sebenarnye..hehe~

Mrs. Abi said...

hahahhahahaha....

Unknown said...

tahniah! dapat rasakan dunia awak skrg ni lebih indah dan bahagia.. :)

alhamdulillah.

Mrs. Abi said...

zulfikar : sangat bahagia!!

jerung said...

Bagus le cmtu CC, sapa ye abg demok tu? nak ngorat leh? kahkahkahkah

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...