Monday 27 January 2014

KEIKHLASAN

Assalamualaikum,
IKHLAS, 
Tak ada siapa yang boleh nilai sejauh mana keikhlasan yang ada pada seseorang. Hanya tuan punya badan yang Allah saja yang tahu sejauh mana keikhlasan tersebut. 

IKHLAS, 
Dikatakan umpama semut hitam yang berjalan di atas batu hitam dimalam yang gelap. 

IKHLAS,
Juga satu perkataan yang membuatkan hati aku terluka. Kerana keikhlasan aku dipertikaikan. 

Mungkin bagi mereka keikhlasan perlu dalam bentuk material? Fizikal? Ibarat semut hitam yang perlu disuluh? 

Sesungguhnya aku kecewa. 

Mungkin silap aku. Tak pandai menunjukkan perasaan. Tak tahu mengeluarkan kata-kata manis, kata-kata bodek. 

Silap aku.

Apa pun aku hanya mendoakan yang terbaik untuk mereka yang pernah aku sayang. 

Terima kasih.

Salam Sayang,

1 comment:

suria lekatlekit said...

tak perlu sangat kita menunjuk keikhlasan sebab orang yang merasai keikhlasan tu akan tahu dengan sendiri melainkan org tu memang krg peduli dgn apa yg kita buat memang dia takkan rasa atau nampak kesungguhan yg kita buat utk mereka..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...