Monday, 21 December 2015

ANAK DEMAM

Assalamualaikum,
Hari ni terpaksa cuti lagi sebab Aisyah demam. Dah beberapa hari lepas demam. Then macam dah nak sihat, hantar pergi school. Alih2 tak sihat balik. So nak tak nak terpaksa lah kuarantinkan Aisyah buat masa ni. 

Adat lah tu bila hantar anak pi nursery or mana-mana pusat jagaan. Demam, selsema ,mesti akan hinggap. Tak boleh nak lari melainkan kita sebagai ibu dan ayah ni ambil perhatian tentang suppliment untuk cegahnya.

Suppliment tu lu pikir la sendiri hahahaha. Ada yang amik scott, ade yg amalkan madu qaseh gold tu dan macam2 lah. Jadi apa2 pon boleh, ikhtiar dah, so kita tawakal berserah kepada Allah aje lah semoga anak2 kita dijauhkan dari segala keburukan. Betul tak?

Tak boleh nak salahkan pihak taska kalau anak kita selalu jangkit selsema, batuk, demam. Sebab tempat macam tu memang senang jangkit. Takkan kau nak anak kau di asingkan dri kanak2 lain semata2 tak nak dijangkiti. Kalau asyik nak salahkan taska, baik kau berhenti kerja jaga sendiri anak kt rumah. Sendiri jaga pun anak kena demam jugak kan?

Bagi aku sebagai ibu kepada dua anak ni, memanglah kalau jaga sendiri anak lebih baik. Tapi bagi ibu2 yang bekerja aku sangat berpuas hati dengan taska yang aku letak anak aku sekarang ni. Cikgu2nya baik. Jujur. Mesra. Hairan juga bila mesyuarat ibubapa ada juga yg tak puas hati dengan service yg diberikan.

Masing2 nak perfect. Tak nak kurang sikit pon. Tapi time gotong royong tak datang pon. Pelik betol. Apa salahnya datang, jumpa parents2 kawan anak2. Bile kita kenal, mesra, jadi aura positif tu datang la.

Ok lah, babai

Salam Sayang,

Sunday, 15 November 2015

LAYAN PERASAAN





Assalamualaikum,

Tetiba mood menaip mai plak kan.

Hari ni ibu cuti. Saja sebab dah lama tak ambik cuti. Nak rilekskan diri. Tapi anak2 semua hantar school. Asalnya ayah pun nak cuti jugak. Alih2 pagi tadi bersiap jugak sebab katanya lupa hari ni ada hal. Hehehe.

Hari ni ibu nak layan feeling sorang2. Sepanjang tak berblog sebenarnya banyak benda sangat nak cerita, nak kongsi, nak luah. Banyak perkara berlaku. Tanpa diduga. Kadang2 rasa tak tertanggung sendiri. Tapi masa betul2 tak ada. 

Stress!

Cuma nak pesan lah kat wanita2, perempuan2, hawa2, gadis2, adik2, kakak2, anak2 diluar sana.

Kalau betul nak bercinta, carilah yang betul2 korang sayang. Jangan cari pasal nak sakitkan hati orang lain. Jangan cari untuk menumpang senang. Jangan cari kerana harta. Jangan cari jalan mudah. Jangan cari jalan singkat. Jangan cari masalah.

Kadang2 rasa pelik jugak dengan budak2 zaman sekarang. Nak rasa seronok aje kejenye. Pikir nak enjoy aje. Nanti dah kawin ampa tau lah!

Tak pelah dah nama pun budak2, apa nak dikata. 

Salam Sayang,

Thursday, 12 November 2015

AKHIRNYA BERJAYA JUGAK UPDATE!! YEYYY!!

Assalamualaikum,

Tetiba datang mood menaip. Maklumlah anak2 semua dah tido. Awal tido sebab petang tadi bawak diorang pegi playground. Beriya nak basikal pink. Bila beli tak reti nak kayuh. Tak larat katanya. Alih2 ayah jugak kena tolak. Hahaha.

Rindunya nak membebel. Rindunya nak blogwalking. Rindunya nak mengomen. Hikhik. Tapi apakan daya, masa sangat cemburu dengan saya. Dari pagi sampai ke malam, nak login blog sendiri pun tak sempat.

Alhamdulillah kehidupan family so far so good. Anak2 semakin membesar. Aisyah semakin kuat berdrama. Mulut semakin galak berdialog. Celoteh macam2. Pernah sekali time hujan, ayah nak mandikan dia. Sejuk. Boleh dia tanya " Ayah letak ais ke dalam air ni?" hahaha. Sebijik ikut ibu kan. Air tangki beku!

Harris plak dah boleh bertatih. Cuma bila dah start jalan dia tak pandai nak brek. Kalau dinding kat depan, memang benjol la dahi. Haritu tak sempat tahan, langgar pintu. Berdarah jugak la bibir.

Hah, sini aje lah bebel. Cerita sekaligus kang malas plak orang nak baca. 

Dah tu sikit2 ni sape nak baca?

Kau rasa???

Hahaha.


p/s : rindu sangat semua kawan2. rindu.
p/s : btw saya dah tukaq no. hp. sila pm no hp kwn2 if terbaca entry ni ye. ill contact u later.


Salam Rindu,
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...