Tuesday 31 January 2012

INFO : AWAS KEPADA PEMILIK HAMSTER!!!

Hui... Assalamualaikum...

Berita mengejutkan aku beberapa hari yang lepas, sekali lagi mengejutkan aku hari ni. Perkara yang tak disangka2. Dalam seminggu yang lepas, aku dikejutkan dengan berita kematian pakcik aku kat Kulim. Berumur 57 tahun. Dan tadi aku diberitahu puncanya disebabkan oleh KENCING TIKUS!.

Arwah pada mulanya demam. Disangkakan demam biasa. Tapi tak lama lepas tu, arwah tak sedarkan diri, dan koma. Katanya doktor jangkitan kuman dalam darah. Then kuman tu menyerang hati sampai hitam hati dia. Last sekali, merebak ke otak. 

Beberapa orang pakar, menyoal selidik keluarga arwah untuk kenal pasti punca penyakit sebelum tahu penyakit sebenar dia tu terkena dimana. Siasat punya siasat, si isteri teringat....

'Rumah mereka diami memang banyak tikus. Dan arwah memang suka pasang perangkap tikus.  Dan beberapa hari sebelum kejadian, sekor tikus terkena perangkap. Dan mati dibunuh. Bangkai tikus diletakkan dibawah rumah berhampiran pili air. Kebetulan berhampiran bangkai tikus tu ada satu bekas buah-buahan. Arwah makan buah tu bersama isteri, tapi si isteri sempat basuh. Manakala arwah terus makan tanpa basuh.'

So, kat situ la terkena jangkitan tersebut!. Oh... Rupanya tikus kat rumah pun sangat beracun la! Ingatkan tikus hutan or tikus yang jarang2 kita jumpa aja. 

Menurut pakar tu lagi, sekarang ni semua jenis tikus adalah bahaya kalau kita kena jangkitan kuman dia. Malah!!! Hamster yang comel kecik2 cute2 tu pun sekarang para pakar dah tak galakkan untuk membela!!!

Serius!!!??????

Ye!!! Pakar tu sendiri yang cakap pada my makcik a.k.a isteri arwah! So, disuruh sampaikan pesanan kepada kaum terdekat dan kawan2. Andainya ada bela hamster or apa2 jenis binatang peliharaan yang bersekutu dengan tikus, berhati2. Bukan nak suh bunuh depa, or buang depa tu. Tapi lepas main, or lepas sentuh depa, PASTIKAN BASUH TANGAN SEBELUM MAKAN!!! 

Dan lebih baik basuh tangan SELEPAS pegang binatang peliharaan tersebut! Mana la tau kot depa ada kencing ke kita tak pasan, kita sentuh2 then makan gula2 lak ke kan. Kalau demam biasa tak pe, kalau kena kencing tikus???? Nauzubillah....

So, beringatlah... Aku hanya menyampaikan...

kecik, kadang2 comel tapi BAHAYA!!

9 comments:

PCL said...

kena jaga kebersihan..yg utama, jauhi tikus dan seangkatan dgnnya like hamster ke.. tq sharing.

Mrs. Abi said...

yup!! welcome.... sebarkan ye...info penting....

Unknown said...

assalmualaikum..
dik.. terima kasih atas pengkongsian y baik ini..
kak didik diri sendiri dan untuk tersayang, jaga kesihatan lebih2 lagi beli minuman dlm tin.

so, skrang minum air Ro dr rumah sahaja..

PS: kamu pun baik hati.. sayang kamu ketat2....muahhhhhhhhh

nur amalina athman said...

waalaikumussalam..:)

perkongsian yg menarik...

Liyana Anuar said...

Bahayanya..nasib baik saya mmg takut tikus..hehe..


p/s:saya dah tukar blog baru, jom tgk~ :)

fRaMe+LenSeS said...

terimakasih kongsi ng nadh. huu. takut nya.. T.T

ehh template sama ke? weeee.. kita geng. :D

~..Lesung Batu..~ said...

waaa takotnya..huhu nasib baik kat umah memang tak bela binatang pape..hee

mr.D said...

nice sharing..XD

Unknown said...

arwah penyanyi izwan pilus pon kena kencing tikus gak kan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...