Wednesday 4 April 2012

KISAH : CINTA Al-FARABI (9)



Dah lama tak updated pasal Cinta Al-Farabi kan... 

Emph... Episod kali ni la bermula nya detik2 and saat2 bagaimana aku dan En.Abi boleh terbukak cerita pasal jodoh. Sebelum ni kami tak pernah sembang pun betul2 berdua2. Yelah sebab kerja kan. Memang mustahil la nak keluar makan malam berdua. Aku sapa, dia sapa. Maksud aku, kami xpenah rapat pun.

Suatu hari, tengah duk rileks2 baca paper kat ruangan menunggu, tiba2 pintu bilik bigboss terbukak. Aku dengar riuh 2, 3 orang duk tergelak2. Tak tau ape cerita. Tempat aku baca paper dengan bilik bos tu sebelah aje. Bila boss nampak aku, dia terus cakap...

'Ha, Chenta... Kamu bizi tak skrg?' terkejut aku bila tetiba aje dia tanya mcm tu...

'Err... Tak... Tengah tunggu Kak Maria bawak balik report...' jwp aku cover. Kot la dia kata aku tak buat kerja.

'Owh, Maria tengahari jap lagi baru balik. Ha, pagi ni kamu ikut Abi eh...' Aik, tetiba aku pelik. Ikut kemana pulak. Kena ikut En.Abi pegi buat presentation ke?

'Ha, Abi, bawak Chenta pegi dengan ko. Cepat skit nanti tak sempat pulak' Boss aku ni... Aku tak de hal. Setakat nk gi presentation tu, teman aje boleh la.

'Ok jom Chenta. Tunggu saya kat kereta eh. Nak amik kunci jap.' En.Abi terus masuk bilik dia. Aku lak pegi amik handbag dan terus turun bawah. Dalam 10 minit jugak baru En.Abi turun. Ehhh???? Xde bawak fail ape2 ke?

Then dalam kereta baru lah aku tau, destinasi kami ke Hotel Tanjong Vista. Boss ada dapat voucher breakfast kat hotel tu. So, dia suh En.Abi pegi. En.Abi mula2 tak nak sebab En.Jam outstation. Last2 boss suruh bawak aku. Laaaa....

On da way pegi sana, slow aje En.Abi bawak keta. Santai2 aje kan. Kalut nak pegi mana kan. Sampai sana, amik2 makanan buffet, amik kopi dah duduk tu aku mula gabra. Sebab aku duk bertentangan dengan En.Abi buat kali pertamanya!!Sejuk kaki tangan. Yelah, meja makan kat hotel tu kan kecik aje.

Lepas makan, baru sembang2 sikit2. 

'Tak keluar dengan Safwan ke?' tetiba En.Abi wat keluar topik Safwan.

'Err... Tak. Dah lama tak contact dia...' Pengakuan aku jujur. Memang dh lama kami tak contact. 

So terbukak cerita pasal Safwan ni. Dia tanya, aku jawap. Aku tanya, dia gelak. Emph. Sembang2 pasal Safwan. Dia tanya aku jadi ke dengan Safwan. Aku terus terang la cakap tak kot. Sebab rasa mcm tak boleh ngam. Pastu bila dh konpem aku dengan Safwan tak ada apa2, baru la En.Abi cakap yang aritu time dia pegi umah Safwan (umah makcik dia la) ada kenduri. Safwan ada bawak awek. Aku tak pegi. Mama aku je pegi.

Owh, aku tak kisah pun. Mama pun ada cakap Safwan ada bawak kawan pompuan. Then mama tanya aku, bila pulak nak bawak kawan tunjuk kat dia. Aku malas lagi nak pikir kawin2 lagi. Sebab dah tak ada yang berkenan kat aku kan. Hehehe. Then aku bagitau la kat En.Abi yang aku dah tau dah. Mama aku pun ada cakap benda yang sama. Tiba2 En.Abi pun tanya benda yang sama...

'Awak pulak bila nak bawak kawan tunjuk kat mak....' 

'Hahaha... Belum jumpa yang sesuai. Tak de orang nak....' aku gelak2 aje. Tapi dalam hati ni hanya tuhan je yang tau macam mana rasa dia. Macam nak pecah jantung! Aku tak tau kenape aku rasa lainnnn sangat2. Rasa berdebar2. Rasa tak tau nak gambarkan! Tapi aku perasan En.Abi pandang aje aku. Tu yang aku hishhhh!!!!! Jangan pandang aku boleh tak!!!

Then aku ubah topik. Selama ni aku tak banyak cakap. Oleh kerana nak ubah topik, haritu aku rasa aku banyak cakap sangat2. Pantang jumpa something, mesti aku komen. Nampak sangat aku gabra. Dan memang aku sedang gabra... Aku tak tau kenapa jantung aku lain macam.

Lepas sampai opis, aku rehat2 dulu jap. Sebelum aku wat keje skit2. Dalam 2 jam lepas tu baru aku bukak handbag amik handphone. Then aku nampak ada satu mesej. Erk!!!! En. Abi mesej....

'Kalau saya nak, boleh saya suruh makcik saya pegi mintak?'

OMG!!!!! aku tengok time, aku dapat sms tu dalam 5 minit lepas masuk opis. OMG!!! OMG!!! OMG!!! Aku nak jawap ape ni??? Nak jawap ke nak diam je??  Memang waktu tu, tangan aku menggeletar gila2. Tak pernah aku rasa macam gini. 

'Saya serahkan semuanya pada mama...' itu la yang aku reply. Sebijik huruf pun aku tak tinggal. 

Aku tak tau nak cakap hepi ke, sedih ke, terkejut ke. Aku ke toilet, tengok2 aku 'datang bulan'. Mybe bercampur2 dengan hal yang tu kot. Jadi emosi sikit. Terus aku ke surau, call kakak aku. Aku tak tau nk kongsi cerita dengan siapa lagi waktu tu. Sambil2 cerita, aku duk nangis. Kakak aku pun pelik. Sampai tanya aku ni sedih ke hepi sangat ke ape... Aku cakap, aku xpernah rasa macam ni. Aku takot!!



2 comments:

aDisH.sHidA said...

alangkah bahagia nya.....

Liyana Anuar said...

bagusla camtu kan..tak bercinta sangat~ :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...