Saturday, 9 November 2013

ROTI JALA SIMPLE

Assalamualaikum,
Haaaa... Kali ni nak share resepi ROTI JALA pulak. Ini salah satu peberet kami sekeluarga. Senang je nak buatnya tapi yang paling malas bila kena menjala satu per satu. Itu yang lambat. Sekeping tu dalam 2-3 minit la jugak kena tunggu. So memang kena mengadap aje le.
Roti jala ni best kalau dimakan dengan Kuah Kari. Kuah Karinya boleh amik kat sini KUAH KARI MAMAK. Dan  kalau tak ada acuan roti jala boleh pakai bekas yang picit buh sos tu. Lagi senang dan kemas pakai yang picit2 tu ha. Cuma tipsnya jangan buh banyak sangat aduanan dalam tu. Buh separuh2 dulu.

Resepi...

Bahan2 :

1 cawan tepung
1 1/2 cawan air
2 sudu makan minyak
2 sudu makan susu cair (xde pon xpe)
1 biji telor
Secubit garam
Pewarna kuning (kalo xde, buh serbuk kunyit pon xpe)

Caranya :
1. Campur semua kacau biar rata kemudian tapis.
2. Picitkan aduanan dalam acuan laju2 (hehehe)
3. Bila agak2 dah masak, angkat. Tak perlu balikkan.
4. Siap!!

Senang kannnn??? Hehehehe....

p/s : resepi ni boleh la cuba bagi yang baru nak mula2 masuk dapur sbb cincai2 je. kalau yg dh lama masuk dapur, errrrr mesti korang akan kata "hape bendaaaa la share resepi mcm gini...." hehehehhee

Salam Sayang,

Friday, 8 November 2013

BUAH KEDONDONG/AMRA

Assalamualaikum,

Heee, baru2 ni kan, we olls ke pasar malam tau. Then tengah syok usha2 kanan ngan kiri nampak makcik ni jual buah. Sekali pandang bertambun2 mcm buah mangga tapi kecik la sangat. Duk pikir dalam hati "ish makcik ni juai mangga time hujan2 sapa nak beli? kecik2 pulak tu, konpem masam tak boleh bukak mata"... 

Last2 terpandang pulak dia tulis KEDONDONG RM3/kg. Terbeliak bijik mata ni bila terbaca KEDONDONG tuh! Memang dah lama carik buah ni tapi tak jumpa. Alih2 depan mata, maunye tak menjerit kan. Menonong tinggai abang juai baju kat depan tu, pi kat makcik ni. Hehehe...

Sekilo bak ang aku beli. Macam banyak. Beli hari Selasa, hari Khamis dah licin. Memang tak sedar bila start makan. Tak masam ponnnn, lemak2 gituuu... Aku tak suka makan kulitnya. Pahit sikit. So, aku tokak buah tu, then kikis isi ngan gigi hehehehe... Dap emmmm....


p/s : orang utara panggil buah amra.

Salam Sayang,

Thursday, 7 November 2013

KUIH LAPIS MACAM COMEL JE, MACAM SEDAP JE....

Assalamualaikum
Uiii lama nya tak menaip. Hehehehe. Bukan malas tapi keadaan tak mengizinkan. Ada2 je benda yang menghalang dari menaip entry. Now semua dah ok, baru la terkial2 cari bahan untuk buat entry. Nak membebel2 pun masih belom ada mood so share resepi aje la, boleh? Kalau rajin, buat laaa. Kalau malas, tak payah!
Ini Kuih Lapis version terlebih rajin. 1st cilok resepi kat blog yatiememories. Then nampak dia buat comel2 gini so try jugak la. Tapi agak manis. So aku saya edit kasi manis2 tekak aje resepi ni.

Bahan2 :
1 cawan tepung gandum
1 cawan tepung beras
1/4 cawan tepung ubi
3/4 cawan gula pasir
1 cawan santan pekat @ 1 kotak santan
3 cawan air
secubit garam
pewarna

Cara2nya :
1. Campur semua tepung kemudian bancuh dengan air + santan + garam
2. Kacau rata dan tapiskan.
3. Bahagikan kepada bahagian2 untuk diwarnakan.
4. Sapu minyak pada bekas yang nak dikukus. Sama ada bekas kecik atau loyang pun boley.
5. Setiap lapisan kukus 3 minit. Tapi yang last sekali 15 minit.

Macam comey je, macam sedap je.... hahahaha...

Salam Sayang,
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...