Sunday, 31 March 2013

ANTARA HOSPITAL KERAJAAN DAN SWASTA

Assalamualaikum,
Hospital Kerajaan (HK) atau Hospital Swasta (HS)?? Dilema kan? Orang kata HK layanannya sangat teruk. Nurse garang, doc kalut tapi murah/free. HS pula layanan tiptop, selesa. Cuma bayarannya mahal. Mana nak cekau duit? Kalau klinik panel, untunglah. Kalau tak? Pasrah aje la. 

Kalau pengalaman aku bersalin hari tu, aku bersalin ni HK (Hospital Sultanah Nur Zahirah, K.Trg). Company Encik Rumate memang panel klinik bersalin swasta memandangkan memang dia bkn gov sector. Tapi kami yang nak bersalin kat HK. Sebab anak sulung. Takut berisiko. So, macam mana layanan HK tu ye? Kalau 100% markah penuh, aku berani kasi 80%. 

Kita tak boleh la nak bandingkan HK dengan HS. Memang layanan HS jauh lebih baik. Tapi sepanjang aku berada di HK, layanan mereka pun boleh tahan. Risau juga nak mintak tolong apa2 takut kena tengking or kena marah. Tapi Alhamdulillah, semuanya baik2. Nurse, sister, doctor semuanya baik2 belaka. Tapi mungkin kata orang kebetulan aku tak 'kena' or aku tak try masuk 3rd class. Tak tahu lah kan. Hope depa layan semua pesakit terutamanya ibu2 mengandung ni sama rata tak kira class berapa. 

Tapi nasihat aku, kalau nak pi HK.....

Jangan Banyak Songeh
Maksud aku, jangan nak selesa macam duk kat rumah. Means jangan merungut2 cakap tilam keras ke, baju tak cantik ke, nasi tak sedap ke. Tilam semuanya sama. Kalau depa kasi tikar duk atas lantai baru boleh nak komplen. Baju pun sama jugak. Kalau depa kasi baju org lain elok tapi baju ampa lutsinar baru lah nak komplen pun. Nasi tak sedap, kalau depa kasi beras satu pot bkn nasi, baru nak komplen. 

Cakap Elok2
Setengah orang, mentang2 la nurse ni yang kena layan depa, hamboi bukan main tengok nurse sebelah mata aja. Kena la ingat, kita nak mintak tolong orang, so mintak la dengan elok2. Kalau kita elok mintak tolong, elok la depa layan kita. Depa pun penat juga kerja walaupun tu memang tugas depa, tapi kita kat rumah pun layan anak2 or budak2 kecik yang tak dengar kata pun kita panas juga kan. Inikan depa penat layan pesakit2 yang macam2 kerenah.

Jangan Berlagak
In case ampa boleh masuk ward 1st class or ampa layak masuk 1st class tapi ward penuh dan terpaksa masuk 3rd class. Jangan la berlagak sangat. Seolah2 ampa layak masuk 1st class so ampa kena dilayan macam tuan puteri. Jangan gitu, kalau ampa sakit depa juga yang akan tolong ampa. Sapa lagi? Kalau ampa berlagak sangat, sapa pun sakit hati kan? Nanti time ampa sakit, sapa mau layan?? Sapaaa?? Haaaa...

Bila tempat ramai macam tu, nurse pun tak cukup tangan nak layan. So harap bersabarlah. Lainlah kalau tak ada pesakit tapi ampa depa takmo layan. Andai kata ampa wife pada engineer ka, wife pada pegawai ka, or ampa sendiri yang pegawai kerajaan ka, bila time sakit, status ampa tak boleh nak kurangkan sakit tu. Nak2 kalau nak beranak. Sakit habaq anggg!!! Tak dak la if ampa ni pegawai, sakit tu boleh kurang. Tak dakkkk... 

Gitu la noh. Kalau rasa berlagak sangat dengan status ampa, pi laaaa specialist kannn... Kata pegawaiiiiiiiii... Apadahal HK ni kannn. Specialist baru ada class. Tak gitu? 

p/s : kepada kakitangan2 Hospital Sultanah Nur Zahirah K. Terengganu, terima kasih tak terhingga diucapkan atas layanan sepanjang berada di ward bersalin berkenaan. hope diteruskan. kepada mak guard2 ward 1, terutamanya yang jaga pintu masuk utk 1st class tu, jangan garang2 sangat noh. Consider la sikit pelawat2 yang dtg dari jauh tapi tak dapat masuk. Consider la ye...

Salam Sayang,

Tuesday, 26 March 2013

SAMBUNG PANTANG DI RUMAH MERTUA??

Assalamualaikum,
Haiyo... Bila bosan mula la bukak new entry. Hehehe. Sebab ada benda nak cerita kan. Kalau tak, memang no need la. Huhuhu. 

Okey, ekceli minggu pantang ni ade berbaki dalam 2 minggu lebih. Mak mertua dah balik negeri. Sekarang hanya tinggal Encik Rumate, mama, abah yang menjaga aku kat sini. Dan ada juga 2, 3 hari abah balik Bangi sekejap. Then datang balik. Sebab ada hal kerja yang perlu di uruskan. 

Mungkin lepas ni aku akan sambung pantang kat rumah mertua. Sebab mertua kasi cadangan mintak lagi balance pantang berpantang kat kampung dia. Sebab katanya habis pantang nak buat majlis akikah + cukur kepala. Erkkk... Dan katanya lagi, kesian kat mama ngan abah duk lama2 kat situ. So mertua mengofferkan diri nak jaga tapi kat kampung la.

Tapi aku serba salah. Bukan tak nak. Tapi tak mau la berjauhan dengan Encik Rumate buat masa ni. Dia kerja, nanti tiap2 minggu pulak dia kena ulang alik jenguk aku. Nanti makan pakai dia camne. Walaupun bukan aku yang buat semua tapi depan mata, tak pa la. Lagipun kalau duk umah mertua aku tak biasa sangat. Tak bebas. Paham kan?

Kalau tak ada orang nak jaga kat sini pun, aku rasa aku dh boleh berdikari sendiri. Walaupun dalam pantang. Boleh la slow2. Bab2 lain aku boleh handle. Dan aku harap, itu semua mungkin sahaja. Mungkin. Hope mungkin. 

p/s : lambatnyeee lahai hbis pantang 100 hari... huhuhuhu...

Salam Sayang,

Friday, 22 March 2013

PENGALAMAN BERSALIN PART III

Assalamualaikum...
Tak sangka pulak PENGALAMAN BERSALIN ni boleh cecah sampai ke part III. Hahahaha. PART I  juz kuar tanda. PART II mula rasa sakit. PART III last kot. Insyallah.

02 March 2013 (Sabtu)
Pukul 11 lebih aku rasa lagi sakit dari semalam. Dalam sejam sekali. Nurse datang check, bukaan 3 cm. Dia kata sabar dulu. Tak boleh masuk dewan bersalin lagi. Kalau 5cm or 6 cm baru boleh bawak pi dewan bersalin kata dia. Nurse alhamdulillah semuanya baik2. Rasa lega hati ni bila layanan depa sangat terbaik! Lembut aje cakap. Encik Rumate memang dah ada, duk tanya lapar ke? Nak makan ape? Huhuhu... Dah tak rasa lapar yang, sakit nak beranak ni yang oiiiii.... Huhuhuhu...

Petang tu dah start sakit lagi. Pinggang rasa lenguh gila rasa mcm badan nak terputus dua! Nak baring tak selesa, nak mengiring tak selesa, semua tak selesa. Tak tau nak duduk mcm mana. Sekali contraction mai + sakit pinggang tak tau nak kata apa. Hanya zikir dan syahadah aje yang duk berlagu kat mulut. Sakit memang tak henti2 sampai ke malam. Makin lama makin kerap, makin sakit.

Kalau tak silap pukul 10.30 malam bukaan dah 4.5 cm. Nurse kata nanti dh bukak 5 cm or 6 cm terus masuk dewan bersalin. So get ready aje. Kat tangan dah cucuk2. Then nurse kata 'ok mintak maaf kat suami dulu, kat mak, kt ayah... kita nak berjuang dah skejap lagi...' terus aku nangis2. Lagi sekali drama berlaku di sana. Huhuhu. Sebak la pulak. Ayat mintak maaf nurse ngan berjuang tu yang tak tahan. Serius rasa meremang dan juz pikir sama ada hidup atau mati aje. Tapi thanks kat nurse tu. Ayat tu pembakar semangat buat aku. Berjuang!!!

Then tak tau la pukul berapa, aku rasa sakit sangat2 dah. Menangis2 aku bagitau kat nurse yang jaga aku tu cakap sakit 'kak sakit kakkk... sakit sangat2, nak buat mcm mana ni....'. Sebab aku tak tau dah nak buat apa.Then check bukaan dah 5 cm pastu nurse cakap 'Iyee, sabar... Saya nak bawak masuk dewan bersalin dah ni. rileks. jangan panik. kawal pernafasan, nanti dalam sana doc tolong ye...'

Dewan bersalin, sejuk gilaaaaaa!!! Doc check bukaan, dah 6 cm. Aku hanya pakai baju. Kain kat bawah terselak semua terjojol. Haha. Haih tak penah aku duk terjojol kat orang. 1st time pulak duk ternganga tanpa kain dibawah.  Sejuk sangat bayangkan sampai minyak selusuh aku bawak tu beku!! Serius tak tipu. Macam minyak sapi.

Bila dah bukak 6cm tu, sakit semakin sakit sangat2. Serius terasa benda nak keluar. Macam nak terberak, yang taik duk hujung2 dah. Tapi doc tak kasi teran lagi. So terpaksa tahan dulu. Aku sempat tanya doc, lambat lagi ke. Dah sakit sangat tak tahan. Doc kata tak boleh teran lagi, baru 6 cm nanti koyak. Diulangi KOYAK!! huhuhu. Nak tunggu 10 cm, lamanyaaaaaaa... Dewan bersalin penuh. Sampai ade yang bersalin kat luar. Bukan luar koridor, masih dalam dewan bersalin la.

Oleh kerana terlalu ramai, maka para suami2 tak boleh masuk temankan isteri. Kalau masuk, konpem ternampak orang lain punya pulak. Tapi ade la tirai2. Yang sana meraung2, yang sini mengaduh2, yang sana bunyi baby nangis, yang sana maknye yang nangis. Huhuhu. Masing2 dengan sakit masing2. Aku sempat cakap kat nurse tu, aku nak operate je! Tak tahan sangat. Nurse tu kata 'Jangan dik, kalau ade laluan baik normal. Saya ni dah 2 kali operate. Takde jalan. Sakit dikkk... Sama aje sakitnyaa... Sabar2...' Huhuhu....

Lama jugak laa aku menahan sakit sebelum ketuban pecah. Oleh kerana minyak selusuh aku beku, doc kasi selusuh hospital punya. Then doc cakap 'okey puan, dah bukak 9 cm... Nanti kalau saya suruh push baru push...' Tau2 je ramai nurse2 dekat 10 orang dan 3 orang doc berkerumun kat aku kasi kata2 semangat. Rupanya2 yang nak bersalin sebelah2 aku tu dah bersalin. So depa mai jenguk kasi kata2 semangat kata aku. Tapi tenaga dah tak ada. Tak larat dah menahan sakit. Langsung tak boleh nk push!! Kata semangat pun tak boleh nak buat apa dah. Sakit yang sangat amat! Menggigil2 aku pegang tiang katil tahan sakit + sejuk sangat.

Sedar2 doc cakap kepala dah keluar. Sakit gila nak keluarkan kepala. Tak tau nak cakap. Aku sampai gigit kain! Ouchh... Pastu aku nampak doc tarik baby keluar dari bawah tu dan aku nampak banyak gilaaa darah!! Tapi lega la selamat keluar 5.32 pagi. Tapi baby tak nangis. Doc tepuk2 baru dia nangis sekejap pastu letak atas perut aku. And doc kata baby keluar lambat, so biru sikit. Kena kasi oksigen skejap katanya. Nurse2 dengan doc semua tegur rambut baby. Lebat. Hehe. Selesai part tu mengeluarkan.

Part menjahit pulak. Doc kata koyak agak banyak. Sebab baby besar dan aku tak meneran. Lantak la. Janji lepas dah. Tapi bila start jahit, rasa macam nak gigit dinding simen tuh! Lagi sakit dari bersalin. Rasa mcm nak bangun, nak lari balik rumah! Doc lelaki yang jahit okeyyy... Dah siap jahit lama jugak la duk rehat. Datang pulak doc check tekanan darah, check jahitan. Tekan2 tempat jahit tu. Haih!! Nasib baik tak ada kudrat. Kalau tak, konpem tercampak dia kena penyepak. Hahaha. Pastu dapat la minum milo, nurse suapkan kasi tambah tenaga. Hehehe. 

Dalam pukul 10 pagi, baru dapat keluar dari dewan bersalin utk masuk wad. Lagi satu perkara yang memalukan. Bila nak kuar dewan bersalin tu, aku duk atas stretcher tu la kan, then nurse panggil 'Nurin!!' means dia panggil waris2 aku nak iring masuk wad. Tapi aku ingat dia panggil aku. So dalam letih2 tu aku gigih angkat tangan. Pastu nurse gelak 'awak xyah angkat tangan la. rehat je. sy pggil waris2 awk.' ngeeee mana sy tau nurse. Kakakaka. Lagi perkara yang memalukan ialah time nak menyusukan baby. 1st time. Adoyai. Xyah la cite. Malu. Hahahahaa.

Tengahari tu makanan pertama aku ialah ikan panggang yang abah bawak dari rumah. Encik Rumate suapkan. Ecececece. Manjala konon, padahal tak larat kan. Hahaha. Sempat lagi dia tanya aku, nak pregnant lagi tak?? Huwaaaa aku cakap takmooooooo. hahaha. Kalau teringat2 kat dewan bersalin, memang serik! Then alang2 Encik Rumate ada, aku mintak dia bawak pi toilet. Nak kencing. On da way pi toilet, menjejeh2 darah dari katil smpai ke toilet. Kalut pulak Encik Rumate pi panggil nurse. Nurse kata biasa la sbb aku lama baring, so bila bangun banyak la kuar. Seram oiiiiii....

04 March 2013
Aku eksaited nak balik bawak baby. Tapi tak boleh balik lagi. Sebab doc kata aku demam. Tapi aku rasa sihat aje. Mungkin sebab aku makan ikan panggang dengan lada hitam kot? So bermalam la lagi kat spital. Malam tu doc amik suhu lagi, dia kata dah ok, tekanan darah pun ok. 

05 March 2013
Pagi nurse amik suhu lagi . Time dia pi kat jiran sebelah, aku cabut skejap. Nak balik punya pasal. Hahaha. Tengahari boleh balik rumah. Pihak hospital kasi hadiah stokin2 utk baby, pampers dan set mandian utk baby. Tapi nurse kata baby macam ada kuning sikit. Tapi takpa, esok nurse datang check kat rumah. 

Sebelum balik tu, sempat la bergurau senda ngan nurse2. Ngan Mak guard yang garang (Encik Rumate slalu merungut pasal mak guard tu)... Baik aje sbenarnya. Then last bila nak keluar wad, Encik Rumate sempat cakap 'Okey terima kasih banyak2... Nanti tahun depan kita jumpa lagi....' Hamboiiiiii 

p/s : okey, setakat ini dulu. taip sikit2. baru dapat 1 entry. benda yang lain2 nanti aku ceritakan kemudian. amacam? scary tak? huhuhu....

Salam Sayang,
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...