Friday 6 June 2014

HAPPY 2ND ANNIVERSARY

Assalamualaikum,
Happy 2nd Anniversary!! Alhamdulillah genap 2 tahun di alam perkahwinan. Syukur dikurniakan seorang cahayamata yang cukup sempurna bagi kami. Insyallah bakal mendapat adik jugak bulan Ogos ni. 

Perkembangan Aisyah
Aisyah dah 1 tahun 3 bulan. Dah boleh berjalan dengan jayanya. Aktif dan mulut pun boleh tahan celotehnya. Aisyah Humairah, tak mampu nak baitkan dengan kata-kata. Ibu love u Ecah... Moga jadi anak yang baik, yang solehah yang dengar kata, yang cerdik yang pandai ye... Dah nak jadi kakak, pic baby kat botol softlan pun dia boleh peluk cium. Pic baby kat pembalut pampers pun dia bising duk panggil baby baby... 

Perkembangan Kami
So far so gud... Semua sihat alhamdulillah. Barang2 baby dah start nak punggah balik dalam beg2 lama. Baju2 baby pun dah 60% dah beli siap2... Kali ni blue colour plak... Kalau tak ada aral melintang due 25 Ogos 2014...Insyallah. Doakan yang baik-baik ye!

Bersalin Ecah dulu kat Ganu, next mgkin kat Seremban Nismilan plak kot. Tapi masih berkira-kira lagi macam mana nanti. 

p/s : masih pening nak cari nama yang baik-baik untuk baby


Salam Sayang,

2 comments:

Lydia Miza said...

Selamat ulng tahun perkahwinan awin dan abi. Moga bahagia hingga ke jannah

Omey je ecah jln kedek2 kot. Rindu nk tgk ecah

kausar said...

moga dipermudahkan urusan melahirkan ya...salam kenal dari saya :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...